Label

JANIN KEMBAR BERLAINAN KANTUNG (SAKIT PUAN)


Jika kembar berlainan uri dan berlainan kantung, lazimnya ia tidak menjadi masalah kepada janin sewaktu kehamilan

SAYA berusia 33 tahun dan kini hamil anak kedua. Kandungan saya kini berusia 15 minggu dan disahkan hamil kembar berlainan kantung.

Saya kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan kembar berlainan kantung. Saya juga ingin tahu jenis kehamilan kembar dan sebarang masalah yang bakal dihadapi oleh ibu dan anak semasa kelahiran nanti.


Liza,
Bukit Minyak

 Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

APAKAH penilaian lanjut sewaktu imbasan ultrabunyi? Adakah terdapat satu uri atau dua uri (satu uri bagi setiap kantung)? Adakah benar kembar dua saja?

Jika kembar berlainan uri dan berlainan kantung, lazimnya ia tidak menjadi masalah kepada janin sewaktu kehamilan. Cuma, cara kelahiran lebih menjurus kepada pembedahan Caesarean berbanding jika satu janin saja. Ini kerana terdapat lebih risiko untuk keadaan plasenta previa (uri bawah), janin pertama berada dalam kedudukan songsang dan seumpamanya.

Jika kembar berkongsi uri tetapi berlainan kantung, ia juga lazimnya kurang bermasalah berbanding kembar satu kantung (yang semestinya berkongsi satu uri).

Kembar berkongsi satu uri tetapi berlainan kantung terdedah kepada masalah pembahagian darah atau makanan yang tidak sama rata di antara janin.

Jenis kembar lain (tiada kemungkinan dalam kes anda) adalah kembar berkongsi satu uri dan satu kantung. Bukan saja terdapat risiko pembahagian darah atau makanan yang tidak sama rata antara kedua-dua janin, risiko tambahan adalah tali pusat kedua-dua janin terbelit ataupun anggota kedua-dua janin juga boleh terbelit sesama sendiri. Risiko kembar Siam termasuk dalam kategori ini apabila embrio awal berpisah lebih lewat daripada 13 hari selepas persenyawaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan