Label

PERNAH KEGUGURAN TIGA KALI (SAKIT PUAN)


Keguguran tiga kali berturut-turut sememangnya lebih berisiko untuk gugur kali keempat.

SAYA berusia 19 tahun dan sudah bernikah selama dua tahun. Selama dua tahun ini juga, saya keguguran sebanyak tiga kali.

Kali pertama keguguran pada Ogos tahun lalu diikuti keguguran empat bulan kemudian dan kali ketiga pada April tahun ini. Keguguran pertama kerana terpaksa dibuang atas dasar kesihatan saya yang kronik. Saya penghidap sakit jantung.

Keguguran kali kedua disebabkan dinding rahim tidak kuat dan kali ketiga kerana saya terjatuh semasa mengendali mesin.

Adakah saya mampu untuk hamil lagi? Saya sangat menginginkan zuriat. Ada yang mengatakan apabila wanita gugur kali ketiga, potensi untuk hamil tipis.


Nur,
Selangor

 Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

APAKAH nama atau jenis masalah penyakit jantung anda? Bagaimanakah status kesihatan jantung anda? Adakah anda didapati sihat untuk hamil?

Jika ya, mengapakah kandungan pertama anda terpaksa digugurkan?

Berapakah usia kandungan anda sewaktu keguguran terbabit? Adakah anda dirawat oleh doktor pakar jantung dan pakar perbidanan? Ini sangat penting sebelum anda meneruskan hasrat untuk kehamilan berikutnya.

Keguguran tiga kali berturut-turut sememangnya lebih berisiko untuk gugur kali keempat. Keguguran jenis ini dinamakan keguguran berulang ataupun keguguran habitual. Tetapi dalam keadaan anda, kehamilan pertama bukanlah gugur secara sendirinya. Apapun, tidak salah untuk anda menjalani pemeriksaan dan ujian untuk kes keguguran berulang ini.

Ini kerana terdapat beberapa jenis punca. Ada antaranya yang memberikan risiko keguguran sehingga 60 peratus sekiranya tidak dirawat sedangkan rawatannya boleh diperoleh.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

2 ulasan:

  1. Saya sudah mengandung 10 bulan 3 hari,tapi belum ada tanda2 sya cuma berasa sakit di bahagian bawah tapi sudah lama cuma skrng susah nak bergerak saja ,bgi pandangan doktor ada kah saya perlu ke hospital

    BalasPadam