Label

PERBANDINGAN FENUGREEK DAN TONGKAT ALI (SAKIT TUAN)

Jika bandingkan herba ‘fenugreek’ dengan herba Tongkat Ali pada sudut peranannya membantu kesihatan lelaki, kedua-duanya ada fungsi tertentu.

APAKAH pendapat doktor mengenai produk Prime Androguard with Testofen? Sumber utamanya ialah fenugreek. Adakah ia setanding dengan Nu prep yang berasaskan tongkat ali?

SYAHIR
Pantai Dalam, Kuala Lumpur




Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

TIDAK DINAFIKAN wujud herba dalam pelbagai bentuk seperti bijian, akar, daun, batang, bunga, pucuk dan kulit batang yang mengandungi banyak khasiat perubatan.

Penggunaannya herba ini terkenal sejak zaman nenek moyang kita. Menerusi amalan penggunaan herba ini, pelbagai lagi penemuan baru dan maklumat terkini pada aspek ramuan aktif herba itu dapat dikaji dalam makmal moden, termasuk ujian klinikal.

Tidak ada satu herba yang boleh dikatakan sama dengan herba lain, walaupun fungsinya seakan-akan atau lebih kurang sama.

Jika anda nak bandingkan herba ‘fenugreek’ dengan herba Tongkat Ali pada sudut peranannya membantu kesihatan lelaki, kedua-duanya ada fungsi tertentu.

Jika dibandingkan kajian klinikal dan saintifik yang dilakukan terhadap kedua-dua herba itu, anda akan dapati herba yang dikomersialkan dengan nama Nu Prep Lelaki menjalani banyak kajian klinikal, yang mana sebilangan besar dari hasil kajian itu direkodkan dalam jurnal perubatan terkemuka.

Kebaikan tongkat ali sebagai suplemen pro-fertiliti untuk lelaki, membantu menambah isi padu air mani, meningkatkan bilangan sperma dan meningkatkan kualiti sperma.

Ia juga mempunyai fungsi pro-erektil kepada otot lembut zakar, meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai ereksi apabila diamalkan secara tetap.

Ia juga didapati membantu menambah penghasilan hormon testosteron secara langsung kepada lelaki berumur dan membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Ketiga-tiga peranan ini disahkan melalui kajian klinikal yang tidak boleh diperlekehkan kerana semua kajian itu direkodkan dalam jurnal perubatan terkemuka seperti Andrologis dan Asian Journal of Andrology.

Kajian klinikal dijalankan ke atas ekstrak fenugreek hanya beberapa kerat dan semua kajian ini, setahu saya, hanya ‘post-marketing’ dan lebih untuk pemasaran herba itu.

Tidak ada satu pun hasil kajian klinikal yang dijalankan kepada herba fenugreek yang direkodkan dalam mana-mana jurnal perubatan terkemuka.

Bagi saya, kekuatan serta kebaikan setiap herba yang dikatakan membantu kesihatan fungsi tubuh badan dan sistem kesihatan lelaki perlu ada sokongan kajian klinikal yang kukuh.

Ini terbukti untuk ekstrak tongkat ali larut dalam air yang berpiawaian dikenali sebagai Nu Prep. Untuk fenugreek pula, cuma ada maklumat pemasaran. Mana satu agaknya yang anda boleh pertimbangkan untuk kesihatan lelaki?

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan