Label

SINDROM KEKURANGAN HORMON TESTOSTERON (SAKIT TUAN)

Jika buah zakar tidak berkembang atau tidak mengalami ketumbesaran, buah zakar yang tidak berkembang itu tidak dapat menghasilkan sperma kerana tiada kilang sperma.

KETIKA remaja, saya dapati wujud perbezaan ketara mengenai saiz fizikal saya yang kelihatan kurang matang berbanding rakan lain.

Untuk pengetahuan doktor, saya kini berusia 22 tahun dan masih tidak mempunyai misai, suara lembut seperti perempuan, zakar tidak membesar, tiada bulu di zakar dan celah ketiak.

Saya pernah ke klinik kesihatan dan berjumpa doktor yang kemudian memberi surat rujukan kepada pakar urologi di sebuah hospital sebelum dirujuk kepada hospital lain. Bermacam ujian saya jalani, termasuk diberi ubat serta suntikan.

Pada peringkat awal, saya rasakan perbezaan apabila wujud perubahan suara, pertumbuhan bulu di zakar dan penambahan ketinggian.

Dos ubatan ditambah mengikut waktu dan membawa perubahan pada diri saya. Cuma, doktor yang merawat memaklumkan saya mungkin tidak mempunyai anak kerana saiz buah zakar kecil berbanding lelaki normal lain.

Mungkinkah saya memperoleh anak jika berkahwin kelak? Saya pernah melakukan onani dan air mani yang keluar pekat dan bercampur cair serta bertompok.

JEPP
Kota Samarahan, Sarawak




Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

BERDASARKAN keterangan anda, kemungkinan anda sebenarnya mengalami masalah sindrom kekurangan hormon testosteron atau hypogonadisme. Ini kerana buah zakar anda tidak dapat menghasilkan hormon testosteron kerana tidak berkembang.

Buah zakar juga menghasilkan sperma. Jika buah zakar tidak berkembang atau tidak mengalami ketumbesaran, buah zakar anda yang tidak berkembang itu tidak dapat menghasilkan sperma kerana tiada kilang sperma.

Air mani yang keluar ketika anda lakukan onani ialah cecair yang datang dari pundi prostat, pundi seminal dan semua cecair dihasilkan pundi aksesori anda seperti pundi Cowpers dan pepundi dalam salur kencing, tapi tiada sperma.

Seperti yang doktor merawat anda nyatakan, anda mampu menunaikan tanggungjawab dari aspek memberi nafkah batin (melakukan seks dengan pasangan) tapi tidak mempunyai sperma atau benih dalam air mani.

Kes seperti ini kerap saya kendalikan membabitkan individu yang berumah tangga tetapi hidup aman damai, sejahtera dan mengambil anak angkat dari keluarga terdekat atau dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Anda perlu teruskan rawatan dengan pengambilan terapi hormon testosteron sepanjang hayat. Kehidupan anda masih berguna dalam keluarga dan masyarakat dan anda perlu terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan