Ujian UPT bergantung kepada jenis kit. Ia juga boleh menjadi ‘positif palsu’ mahupun ‘negatif palsu’ |
KEMUSYKILAN saya, sehingga hari ke-41, saya masih tidak didatangi haid. Minggu lalu saya membuat UPT di klinik dan keputusannya positif, namun tidak begitu jelas.
Dua hari kemudian saya ulangi UPT, namun keputusannya negatif. Baru-baru ini saya juga mengalami migrain yang teruk serta kekejangan kaki, tetapi masih tiada darah yang keluar.
Menurut pandangan doktor, apakah masalah yang saya alami ini? Haruskah saya merujuk pakar sakit puan?
Yati,
Kuala Lumpur
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
YA, berjumpalah pakar sakit puan berhampiran. Ujian UPT bergantung kepada jenis kit. Ia juga boleh menjadi ‘positif palsu’ mahupun ‘negatif palsu’.
Pengesahan boleh dilakukan secara ujian darah (BhCG) yang hasilnya boleh diketahui dalam masa tidak sampai tiga jam di sesetengah hospital.
Migrain dan kejang kaki mungkin berkaitan dengan simptom sebelum haid. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan