Label

WEB SCROTUM ADA ISTIMEWANYA (SAKIT TUAN)


‘Web’ dimaksudkan ialah cebisan kulit yang mencantumkan kerandut kepada zakar

Soalan

SAYA berumur 24 tahun dan akan mendirikan rumah tangga tahun depan. Saya menghadapi masalah ‘web scrotum’. Adakah saya perlu menjalani pembedahan atau membiarkan saja?

Mungkinkah masalah ini mengganggu hubungan suami isteri selepas berkahwin jika saya tidak membuat pembedahan? Jika pembedahan perlu dilakukan, di mana saya harus rujuk untuk temujanji?

SYAFIQ
Sungkai, Perak

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

SAYA pasti anda tahu mengenai ‘web scrotum’ daripada gambar dalam Internet dan membaca maklumat disertakan.

‘Web’ dimaksudkan ialah cebisan kulit yang mencantumkan kerandut kepada zakar. Jika cantuman padat atau cebisan kulit padat dan ketat, kerandut akan mengikut zakar ketika ereksi berlaku dan menyebabkan zakar menunduk ke bawah akibat tarikan kerandut pada zakar.

Jika ini berlaku, hubungan intim seksual menjadi kurang selesa untuk kedua-dua pihak. Cara menyelesaikan keadaan ini ialah memotong cebisan kulit yang bercantum.

Pembedahan ini mudah dan boleh dilakukan kebanyakan doktor. Jika cebisan kulit itu lebar dan luas di mana ketika ereksi, zakar mendongak ke atas dan tiada tarikan kerandut, tiada sebab untuk memotongnya.

Malah, dengan adanya kulit cantuman itu, pangkal zakar menjadi lebih kembang.

Saya pernah tengok beberapa kes lelaki berumah tangga yang tidak tahu mereka mempunyai ‘web scrotum’. Mereka tidak pernah mengalami masalah ketika bersetubuh, begitu juga pasangan mereka.

Saya pernah melakukan pembedahan bagi satu kes yang mana cantuman di antara kerandut dan zakar padat, lalu membuatkan ereksi menunduk ke bawah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan