Label

RISAU KESAN 'SYOK SENDIRI' (SAKIT TUAN)


Pengamal onani yang tegar suka berseorangan atau ‘introvert’ dan elak bersosial

Soalan

SAYA berumur 21 tahun dan melakukan onani hampir setiap hari. Perkara ini berlarutan sejak saya di tingkatan dua.

Adakah saya akan menghadapi sindrom kemandulan atau susah mendapat cahaya mata setelah berkahwin? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan untuk mendapat cahaya mata?

KAMAL
Kulai, Johor


 Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

ANDA pengamal onani tegar kerana melakukannya setiap hari sejak tingkatan dua, kecuali mungkin jika sakit. Anda mungkin tergolong dalam kalangan lelaki ketagih onani.

Kini dalam umur awal dewasa, baru anda terfikir jika amalan itu memberi kesan buruk kepada masa depan fungsi kesuburan anda.

Bayangkan jika anda selalu beronani, tiada masa untuk bersosial dan mungkin tidak sempat bermesra dengan kawan perempuan.

Pengamal onani yang tegar suka berseorangan atau ‘introvert’ dan elak bersosial. Jika itu tabiat anda, tentu anda akan membujang selama-lamanya dan tangan anda menjadi ‘pasangan hidup’.

Soal kesuburan tidak wujud dalam situasi ini. Jika sempat bergaul dengan kawan perempuan dan ada kemungkinan beristeri, anda akan dapati anda lebih seronok beronani daripada bersetubuh dengan pasangan.

Ini kerana tangan anda lebih tahu cara memberi kepuasan menerusi urutan dan belaian dan ia tidak berlaku apabila ereksi anda masuk ke faraj isteri.

Tidak hairan sebilangan besar lelaki yang terikat dengan amalan onani mendapati sukar mencapai ejakulasi dengan isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘traumatic masturbatory syndrome’ dan jika ini berlaku, sukar untuk anda menghamilkan pasangan secara normal.

Jika anda tinjau beberapa laman yang menyebarkan maklumat mengenai kesan onani kepada kesuburan lelaki, semuanya menyatakan tiada kesan negatif.

Sebenarnya tiada kajian dijalankan untuk mengetahui jika onani kronik atau tegar boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

Namun, lelaki yang terdedah kepada tekanan dalam bentuk apa pun (termasuk amalan onani) boleh merendahkan kualiti sperma dari aspek bilangan, pergerakan dan rupa bentuk sperma.

Jika tekanan diambil kira, lelaki seperti anda boleh mengalami masalah kesuburan jika amalan onani mengganggu hubungan silaturahim dengan pasangan dan membuatkan anda sentiasa tertekan.

Bukan senang untuk melepaskan perkara menyeronokkan kerana tanpa melakukannya, jiwa tertekan dan badan sengsara, kesudahannya ialah penghasilan sperma tidak berkualiti jika masih mampu mencapai ejakulasi.

Jika tidak dapat mencapai ejakulasi melalui hubungan intim seksual, masalah itu mungkin berat.

Semua penjelasan saya tadi ialah untuk menggambarkan kepada ‘pengonani tegar’ mengenai cabaran yang mereka akan hadapi kemudian hari jika ia tidak dibendung atau dihindari.

Tuhan beri anggota kelamin itu untuk tujuan mutlak, iaitu sebagai saluran hubungan silaturahim dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan tanpa hala tujuan.

Hentikan amalan onani secepat mungkin sebelum ia menjadi perosak hubungan silaturahim anda bersama pasangan anda kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan