Label

TAMPAK GAGAH JIKA SELALU DIGUNA (SAKIT TUAN)


Saiz, bentuk dan keadaan anggota kelamin lelaki mengikut keturunan, baka, kesihatan lelaki itu dan juga pengalaman dalam bidang ‘seni’ seks.

Soalan

SAYA melihat zakar di Internet berurat dan nampak gagah tetapi mengapa saya tidak? Adakah zakar berurat disebabkan kuat aktiviti seks, khususnya yang berkahwin. Adakah perbezaan di antara zakar lelaki bujang dengan yang berkahwin?

AZRIL
Jerantut, Pahang


 Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

TIDAK DINAFIKAN, penyebaran maklumat melalui Internet adalah cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat selain ia bebas sekatan.

Melalui Internet, pelbagai maklumat boleh diterokai, baik yang sensitif mahupun dianggap lucah, semuanya ada tanpa batasan. Tidak hairan kita mudah terpengaruh dengan apa yang disebar di Internet kecuali jika kita sedar maklumat itu mungkin tidak benar, rekaan atau perkara janggal yang sepatutnya dihindari.

Anda melayari laman yang memaparkan anggota kelamin lelaki dan kurang puas dengan anggota kelamin anda apabila melihat gambar dimuatkan dalam laman itu.

Sememangnya anggota kelamin tidak sama untuk mana-mana lelaki. Saiz, bentuk dan keadaannya mengikut keturunan, baka, kesihatan lelaki itu dan juga pengalaman dalam bidang ‘seni’ seks.

Memang benar anggota kelamin yang kerap digunakan menjadi lebih ‘gagah’ dan terserlah berbanding yang belum menggunakannya.

Lelaki yang berumah tangga atau bersekedudukan dan kerap melakukan seks tentu mempunyai anggota kelamin aktif. Ini tidak termasuk perilaku onani.

Selain itu, gambar dalam Internet boleh direka bentuk untuk tujuan demonstrasi menggunakan teknologi multimedia, di mana anggota kecil boleh dibesarkan dan yang tiada urat kelihatan berurat.

Jangan percaya gambar dipaparkan pada Internet, lebih-lebih lagi jika laman itu laman komersial untuk menjual krim, pil, kapsul, minyak atau alat pembesar anggota kelamin.

Jika terpengaruh dengan gambar itu, tentu anda membeli apa dipasarkan. Anda menjadi mangsa tipu helah kerana kurang bijak. Jika musykil mengenai keadaan anggota kelamin anda, rujuk kepada doktor untuk penjelasan.

Maklumat dalam Internet hanya maklumat semata-mata dan perlu pengesahan pakar mengikut keperluan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan