Label

CARA BERPUASA KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)

Jika didapati sihat untuk berpuasa, pastikan anda mengambil minuman mencukupi terutama dalam cuaca panas kini

 SAYA kini hamil dua bulan dan ini kehamilan pertama buat saya. Saya berusia 35 tahun. Menjalani ibadah puasa ini, apakah nasihat doktor dalam soal pemakanan untuk ibu hamil?

Amira,
Perak


 
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

BERIKUT adalah panduan umum mengenai berpuasa sewaktu hamil.

• Dapatkan nasihat doktor anda sama anda sihat untuk berpuasa atau sebaliknya. Ini terutama bagi mereka yang sedang dalam rawatan penyakit diabetes atau darah tinggi. Ada yang boleh berpuasa dan pengambilan ubat disesuaikan jadualnya. Ada pula yang tidak.

• Jika didapati sihat untuk berpuasa, pastikan anda mengambil minuman mencukupi terutama dalam cuaca panas kini. Untuk mengekalkan hidrasi tubuh, jumlah air bergantung kepada berat badan.

Contohnya bagi wanita seberat 60kg, minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air bagi hidrasi tubuh yang sihat. Bagi wanita seberat 50kg pula, sekurang-kurangnya 2.2 liter air. Selepas jumlah itu, jangan terlalu lebih, minumlah jika haus. Ini boleh dibahagikan dari saat berbuka, sebelum tidur dan sewaktu bersahur.

• Waktu berpuasa di Malaysia sekitar 14 jam, ini lazimnya tidak menimbulkan masalah metabolisme badan jika seseorang mengambil makanan yang mencukupi sewaktu berbuka dan bersahur.

Berpuasa melebihi 16 jam pula bergantung kepada jumlah makanan yang diambil, boleh mendedahkan kepada asidosis metabolik. Maka, seeloknya lewatkan bersahur dan segerakan berbuka puasa.

• Kenal pasti tanda seperti pening, berpeluh-peluh, kesejukan dan seumpamanya. Segeralah berbuka walaupun hanya tinggal beberapa minit saja.

• Anda masih dalam trimester pertama. Kebiasaannya wanita hamil mengalami ‘morning sickness’ dan lemah berbeza dengan wanita hamil trimester kedua.

Anda tidak menyatakan tempoh perkahwinan dan sama ada kandungan pertama ini semula jadi atau anda pernah mengalami masalah kesuburan sebelum ini. Seeloknya diambil pengiraan daripada setiap sudut. Tidak salah untuk yang sihat berpuasa. Tidak salah juga jika tidak berpuasa kerana bimbangkan kandungannya, gantilah setelah bersalin kelak. Ini naluri pengorbanan ibu yang sememangnya menginginkan setiap perkara itu yang terbaik untuk janinnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan