Label

SUSU BERKURANGAN (SAKIT PUAN)

PIL hormon berkombinasi boleh mengurangkan penghasilan susu badan, ini salah satu kesan sampingannya.

SELEPAS melahirkan anak, saya disarankan oleh jururawat klinik kesihatan untuk mengambil pil perancang bagi menjarakkan kehamilan.

Masalahnya, saya diberi pil berkombinasi dengan alasan bayi saya minum kedua-dua susu ibu dan formula (yang hanya diberi beberapa kali saja kerana kekurangan susu badan di awal kelahiran) yang mana pil itu menyebabkan susu saya semakin berkurangan.

Saya kemudian mendapatkan nasihat doktor dari sebuah klinik swasta berkenaan perkara terbabit dan dimaklumkan hanya pil hormon tunggal (Noriday) saja yang patut saya ambil sekiranya masih menyusu walaupun bayi sudah bercampur susu.

Harap doktor dapat memberi pandangan memandangkan ini kali pertama saya menggunakan pil berkenaan.

Asma,
Sungai Petani, Kedah.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

PIL hormon berkombinasi boleh mengurangkan penghasilan susu badan, ini salah satu kesan sampingannya.

Bagi wanita yang masih ingin menyusukan bayi dengan susu badan, seeloknya mengambil pilihan sama ada pil hormon progestin saja, suntikan depo (yang juga mengandungi hormon progestin), alat dalam rahim (IUD) sama ada bersifat kuprum mahupun berhormon progestin ataupun menggunakan implan (juga mengandungi hormon progestin).

Walaupun anda tidak melakukan penyusuan badan sepenuhnya (dan disangka tidak perlu bimbang kerana bayi boleh mendapat susu formula) serta mungkin kekurangan susu akibat kurang aktif menyusu, pil hormon berkombinasi eloklah dielakkan kerana ia boleh tambah mengurangkan lagi susu badan anda.

Bagaimanapun, anda harus faham kesan sampingan setiap kaedah pencegahan kehamilan. Kaedah yang mengandungi hormon progestin saja boleh menjadikan haid terganggu misalnya haid berpanjangan, terputus-putus dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan