Label

KEPUTIHAN SEPERTI TELUR PUTIH (SAKIT PUAN)

Keputihan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ia juga boleh dipengaruhi dengan pemberian ubat antibiotik tertentu, ubat berhormon, produk kesihatan tertentu dan perubahan hormon daripada ovari.

SAYA berumur 20 tahun, sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Kitaran haid saya teratur sebelum berkahwin namun dalam tahun pertama perkahwinan, saya mengalami masalah haid tidak teratur.

Tetapi bermula tahun ini iaitu dari Januari, haid saya kembali normal. Masalahnya, saya kini tidak didatangi haid sejak Julai lalu dan pada Jun pula, saya sedar ada darah yang keluar tetapi dalam tempoh pendek iaitu tiga hari, juga dalam kuantiti yang tidak bertambah.

Warnanya juga berubah daripada merah terang kepada merah jambu dan coklat. Saya juga tidak mengalami sebarang simptom PMS selama tiga hari terbabit.

Pada bulan berikutnya, saya mengalami keputihan yang tidak pernah saya alami sebelum ini yang mana tekstur dan dan warna keputihan seperti telur putih yang dipecahkan dan direbus dalam air. Teksturnya kasar tetapi tiada bau atau gatal-gatal dan saya tidak mengalami sebarang kesakitan.

Saya agak keliru dan saya juga bimbang jika saya kecewa apabila membuat ujian kehamilan kelak. Adakah keadaan itu petanda sebarang penyakit?

Asiah,
Kuala Lumpur

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ADAKAH anda sedang mengambil sebarang ubat atau produk kesihatan? Keputihan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ia juga boleh dipengaruhi dengan pemberian ubat antibiotik tertentu, ubat berhormon, produk kesihatan tertentu dan perubahan hormon daripada ovari.

Gangguan pada kitaran haid anda boleh berpunca daripada beberapa perkara. Kehamilan adalah kemungkinan yang pertama dan perlu disahkan dahulu sebelum doktor membuat diagnosis lain.

Anda boleh melakukan ujian UPT sendiri dan jika ia negatif, lazimnya doktor akan melakukan ujian pengesahan secara lebih tepat menggunakan ujian darah serta melakukan pemeriksaan penuh. Kemungkinan lain yang juga kerap adalah gangguan pengeluaran telur yang menyebabkan masalah kesuburan.

Pernahkah anda hamil atau adakah anda merancang untuk tidak hamil selama dua tahun perkahwinan ini? Ini kerana wanita seusia anda mempunyai tahap kesuburan yang tinggi, lebih 80 peratus wanita seusia anda sudah pun hamil dalam masa setahun mencuba.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

1 ulasan:

  1. Sy mmpunyai mslah lelehan yg kdang2 mcm tlur putih,susu pekat dn kdang2 coklat,seakan drah lama...dan bla mlakukak hbungan intim ngan suami,tiada rasa nikmat,.rasa nikmat 2 ada,bla beronani...apa mslah sy?blhkh sy mnimang chaya mata?

    BalasPadam