Benjolan berhampiran bukaan faraj lazimnya adalah Cyst Bartholin dan ia lembut berisi cecair kecuali jika ia mengalami jangkitan kuman dan membentuk abses maka ia tegang kemerahan dan sakit. |
SAYA wanita berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Masalah saya membabitkan benjolan kecil di kiri, atas dan bawah di bahagian tempat haid keluar. Namun benjolan itu ada kalanya menghilang dan kemudian muncul semula.
Apabila saya mahu membersihkan faraj, saya biasanya terpegang benjolan itu dan keesokan hari, benjolan itu tiada.
Saya agak risau mengenai benjolan itu tetapi saya malu untuk ke klinik. Apakah benjolan itu? Apakah langkah untuk mencegah benjolan terbabit? Adakah benjolan itu akan memberi kesan kepada rahim saya?
Wan,
Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ADAKAH anda maksudkan anda mempunyai tiga benjolan?Atau adakah benjolan itu satu saja tetapi meliputi kawasan atas, kiri dan bawah bukaan faraj? Anda tidak menyatakan saiz benjolan terbabit. Adakah benjolan itu lembut mengandungi cecair ataupun berisi daging?
Sukar untuk meneka jenis benjolan itu berdasarkan penerangan anda. Benjolan berhampiran bukaan faraj lazimnya adalah Cyst Bartholin dan ia lembut berisi cecair kecuali jika ia mengalami jangkitan kuman dan membentuk abses maka ia tegang kemerahan dan sakit.
Cyst Bartholin lazimnya hanyalah satu di sebelah kanan dan kiri berhampiran bukaan faraj. Cyst Bartholin tidak bersifat hilang dan muncul semula.
Sekiranya benjolan terbabit menjadi nyata dalam posisi berdiri dan boleh ‘masuk’ semula apabila ditolak serta dalam posisi berbaring, mungkin ia adalah hernia femoral yang turun ke dalam bibir kemaluan labia majora. Seeloknya anda menjalani pemeriksaan doktor pakar sakit puan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Saya mempunyai masalah yg lebih kurang sama tetapi benjolan itu seperti daging dan bukan cecair. Benjolan itu akan dtg sebelum saya period kemudian hilang dan selepas period kemudian hilang. Kdg2 benjolan itu pedih dan gatal. Mohon penjelasan.
BalasPadamSaya nak tanya satu soalan..
BalasPadamBengkak dekat bahagian tepi alat sulit.. Bengkak tu bulat2, sakit bila kita sentuh. Bukan dekat bibir vagina ye.. Bhgian atas tepi kemaluan sebelah kiri dan kanan. Bengkak tu bukan kt luaran tapi dalaman. Bila sentuh boleh rasa benjolan. Serius ke sakit macam ni-?��