Pertumbuhan endometrium dikawal oleh hormon estrogen manakala pematangannya sebelum menjadi haid pula dikawal oleh hormon progesteron |
SAYA berumur 32 tahun dan belum berkahwin. Sudah lebih tiga bulan haid saya tidak teratur. Ia biasanya keluar dengan banyak bermula 10 haribulan dan haid saya kering sekitar 23 haribulan. Selepas berhenti seminggu, saya didatangi haid semula namun saya tidak mengalami senggugut.
Adakah keadaan yang saya alami ini berkaitan dengan masalah rahim? Adakah mungkin saya mengalami masalah lain?
Diba,
Petaling Jaya, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
TISU yang membentuk haid disebut endometrium. Endometrium tumbuh pada permukaan paling dalam dinding rahim dan apabila haid, ia ‘luruh’ ke dalam ruang rahim sebelum turun ke faraj dan bahagian luar.
Bagaimanapun, pertumbuhan endometrium dikawal oleh hormon estrogen manakala pematangannya sebelum menjadi haid pula dikawal oleh hormon progesteron. Kedua-dua hormon ini dihasilkan terutama oleh kedua-dua ovari kanan dan kiri.
Maka, masalah haid boleh berpunca daripada masalah pada dinding terdalam rahim contohnya polip, fibroid submukosa; masalah haid juga boleh disebabkan oleh masalah pada pembesaran kantung telur di dalam ovari.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh punca luar contohnya memakan ubat moden, ubat tradisional atau produk kesihatan yang sebenarnya mengandungi hormon estrogen dan/atau progesteron.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Adakah
BalasPadamhaid datang selama 14 hari normal
As'salam saya berusia 16 tahun dan saya sangat takut kerana kitaran haid saya tidak teratur . Saya tidak datang haid selame 4 bulan . Saya bimbang akan menjejas kan kesihatan saya .. Saya takut untuk berjumpa dengan doktor . Adakah saya ada sakit yang lain
BalasPadam