Label

HANYA BERTAHAN DUA MINIT (SAKIT TUAN)

CEPAT KLIMAKS ditakrifkan apabila ejakulasi berlaku tidak lebih seminit ketika kemasukan ke dalam faraj

SAYA berusia 44 tahun dan berkahwin selama 20 tahun. Dari awal perkahwinan saya mengalami masalah pancutan pramatang tetapi alhamdulillah, ia tidak membawa kepada masalah perkahwinan.

Namun, kebelakangan ini saya rasakan masalah itu semakin teruk, menyebabkan saya tak dapat bertahan lebih daripada dua minit ketika melakukan tusukan. Saya mencuba teknik Kegel hampir dua tahun tapi masalah sama tetap berulang.

Baru-baru ini, saya terbaca mengenai ubat baru di pasaran iaitu Prilegy. Adakah ia sesuai atau terbaik pada masa ini? Untuk pengetahuan, saya tidak mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai BMI yang ideal.

RASHIDI
Langkawi, Kedah

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

CEPAT KLIMAKS ditakrifkan apabila ejakulasi berlaku tidak lebih seminit ketika kemasukan ke dalam faraj. Jadi dua minit dikira normal.

Jika anda kira dari peringkat cumbuan hingga ejakulasi berlaku menyebabkan tidak sempat berdayung 10 hingga 20 kali, kemungkinan besar anda mengalami cepat klimaks.

Anda juga mencuba pelbagai kaedah atau cara diketahui dalam pelbagai sumber, tetapi ia tidak memberi apa-apa kebaikan atau penyelesaian.

Saya tidak pasti jika memakan ubat untuk meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal dapat membantu anda. Sekurang kurangnya anda boleh cuba ubat itu.

Anda boleh berjumpa doktor dan maklumkan untuk mencuba Prilegy kerana ia satu-satunya ubat yang ditakrifkan oleh Kementerian Kesihatan untuk masalah cepat klimaks atau ‘rapid ejaculation’.

Cuba dos rendah dulu dan sekurang-kurangnya anda perlu melakukan enam kali pengambilan ubat sebelum memutuskan sama ada ia berkesan atau tidak.

Ubat itu juga perlu diambil sekurang-kurang sejam hingga tiga jam sebelum bersetubuh. Kesan sampingan, termasuk perasaan loya dan pening kepala, akan berlaku tetapi hanya untuk seketika.

Jika ia masih tidak membantu, cara terbaik adalah mendapatkan pemeriksaan pakar atau dengan menghubungi saya di e-mel: dr_ tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

3 ulasan:

  1. masa tidak penting berbanding kepuasan pasangan. namun masa memainkan peranan besar. Ini kerana setiap wanita berbeza orgasme. Namun dengan masa yg lama (10 -15minit) peluang untuk terbang adalah tinggi berbanding yg sgt singkat.

    BalasPadam
  2. Penggunaan ubat ubatan berasaskan drug n chemical saya nasihatkan cuba elakkan, kerana side effect yg akan berlaku kemudian hari. Jgn hanya tegang sebulan dan terus layu selamanya. cubalah kaedah2 yang lebih selamat

    BalasPadam
  3. Saya tidak pemberi pinjaman, saya hanya penerima manfaat dari perusahaan. mereka adalah perusahaan pinjaman terbaik yang dapat Anda pernah berpikir, jadi saya berjanji pada diri sendiri untuk memberitahu dunia apa yang mereka lakukan untuk saya. Hanya berdoa bagi mereka untuk menyetujui Anda baik-baik saja. menghubungi perusahaan dengan email respon cepat mereka: (heatherwhiteloanltd@gmail.com)
    Semoga berhasil

    BalasPadam