SAYA berumur 25 tahun dan mempunyai seorang anak berumur setahun sembilan bulan. Semasa melahirkan anak pertama secara normal, saya mempunyai banyak luka jahitan.
Untuk pengetahuan puan, saya menerima tiga kali jahitan di tempat luka yang sama akibat jahitan terbuka.
Suami saya mahukan anak lagi, tetapi hakikatnya saya masih trauma untuk hamil buat masa ini.
Saya ingin tahu, adakah risiko koyakan parut lama akan bertambah teruk sekiranya saya bersalin kelak? Bilakah masa yang sesuai untuk saya hamil lagi?
Nora,
Perak
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
MENGAPAKAH anda mengalami koyakan sedemikian rupa? Berapakah berat bayi anda sewaktu dilahirkan dahulu? Adakah proses kelahiran dahulu bermasalah?
Koyakan lebih mungkin berlaku apabila kepala bayi dalam posisi mendongak, ibu mengangkat punggung sewaktu meneran, saiz kepala bayi besar, kelahiran menggunakan alat bantuan seperti forseps dan seumpamanya.
Mungkin koyakan anda tidak besar, tetapi mengalami jangkitan kuman, menyebabkan luka terbuka. Kurang penjagaan luka jahitan, faktor kesihatan ibu (kekurangan darah, kencing manis) serta pembentukan gumpalan darah beku antara perkara yang berkaitan dengan jahitan terbuka.
Apapun lazimnya ia tidaklah memberi kesan kepada kelahiran akan datang, kecuali dalam keadaan seperti penyakit kencing manis yang tidak terkawal. Jika anda sudah bersedia, anda bolehlah hamil dari sekarang.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan