Label

BENJOLAN DI KIRI KEMALUAN (SAKIT PUAN)

ADA dua perkara yang menjadi persoalan saya. Pertama mengenai benjolan di bahagian kiri kemaluan wanita. Adakah perkara ini normal?

Saya tidak sedar sejak bila wujudnya benjolan di bahagian terbabit yang agak besar sedikit, namun benjolan itu tidak sakit.

Persoalan kedua mengenai kehamilan. Mengikut sejarah, saya memang mudah hamil, namun selepas keguguran anak ketiga, saya tidak lagi hamil. Sehingga kini, sudah empat tahun selepas keguguran dan semasa keguguran itu, saya tidak mencuci rahim kerana doktor memberitahu, pihak hospital tidak lagi melakukan pencucian.

Namun selepas tiga hari, ada saki-baki uri yang tertinggal berhampiran kemaluan saya. Adakah perkara itu mendatangkan kesan kepada saya?

Puan Yati,
Selangor

BENJOLAN sebelah bahagian bukanlah normal. Jenis benjolan lebih bergantung kepada di bahagian mana ia timbul pada kemaluan. Anda tidak menyatakan dengan lebih terperinci. Memandangkan ia tidak sakit, lazimnya ia belum mengalami jangkitan kuman sehingga menyebabkan pengumpulan nanah (abses).

Pada usia muda, jarang sesuatu benjolan itu bersifat ketumbuhan merbahaya. Namun, lebih elok anda menjalani pemeriksaan doktor.

Berkaitan masalah kesuburan, anda kini dikategorikan mengalami infertiliti sekunder. Apabila mengalami keguguran, tidak semestinya seseorang perlu menjalani prosedur cuci rahim kerana ia membabitkan prosedur mengikis (curettage) permukaan dinding terdalam rahim.

Sekiranya kandungan sudah habis keluar, prosedur cuci tidak perlu dilakukan kerana jika ia dilakukan, prosedur ini boleh menghakis lebih ke dalam sehingga mengakibatkan komplikasi yang dinamakan sindrom Asherman, ini satu penyakit kesuburan.

Dapatkan pemeriksaan doktor atas dua perkara. Pertama, anda termasuk dalam kategori keguguran berulang (tiga kali atau lebih keguguran berturut-turut). Terdapat beberapa penyebab utama keguguran berulang dan ada yang boleh menyebabkan risiko keguguran sehingga 60 peratus jika tidak dirawat.

Kedua, masalah kesuburan. Pemeriksaan bukan saja untuk menentukan anda mempunyai kitaran ovulasi yang normal, tetapi juga tiub fallopio tidak tersumbat, keadaan rahim yang sesuai dan juga kandungan air mani yang normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan