Label

UBAT DARAH TINGGI BOLEH JEJAS TENAGA BATIN (SAKIT TUAN)

 
Sebilangan besar ubat tekanan darah tinggi memberi kesan sampingan terhadap disfungsi erektil.


SAYA ada masalah lemah tenaga batin. Saya berumur 58 tahun dan ada darah tinggi. Kebiasaannya tekanan darah pada kadar 135/75. Doktor syorkan saya makan ubat darah tinggi dan gelosteron. Adakah ubat ini punca masalah saya?

ZALI
Kota Tinggi, Johor

KEGAGALAN mencapai ereksi keras untuk persetubuhan dikenali sebagai disfungsi erektil atau lemah tenaga batin dan mati pucuk.

Anda mengalami masalah itu sejak menghidap tekanan darah tinggi dan mengambil ubat untuk mengawalnya. Sebilangan besar ubat tekanan darah tinggi memberi kesan sampingan terhadap disfungsi erektil.
Jika anda tidak makan ubat, masalah lemah tenaga batin masih boleh berlaku kerana kemasukan darah dalam otot zakar anda masih kurang disebabkan kesempitan dan ketebalan salur darah dalam otot zakar.

Jika tidak makan ubat, tekanan darah melambung dan mencetuskan strok jika salur darah tercedera, pembekuan darah atau salur darah tersumbat. Jadi anda tidak boleh elak mengambil ubat tekanan darah tinggi.

Kini doktor peka dengan ubatan yang mengganggu perjalanan darah dalam otot zakar. Jadi mereka akan beri ubat kurang memberi kesan terhadap lemah ereksi.

Kini ada pelbagai ubat yang dapat melancarkan darah dalam otot zakar. Namun, ubat ini perlu dikendalikan doktor dan diberi apabila selesai melakukan pemeriksaan.

Amalkan gaya hidup sihat, senaman berkala untuk stamina dan fizikal, melakukan senaman kemut atau Kegel, mengukuhkan otot benteng zakar selain mendapat ubat pelancar darah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan