Label

KEJANG KAKI KETIKA BERSAMA (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 35 tahun. Masalah saya ialah selalu mengalami kekejangan otot di bahagian kaki ketika melakukan hubungan kelamin. Masalah ini mengganggu kenikmatan kami suami isteri untuk melakukan hubungan kelamin. Saya telah melakukan urutan dan bekam di bahagian itu tetapi hasilnya tetap hampa. Harap doktor dapat memberi penjelasan dan nasihat rawatan untuk masalah ini.

Suami tertekan
Simpang Renggam

KEKEJANGAN berlaku apabila kumpulan otot itu dalam keadaan separa tegang, atau perjalanan darah di bahagian itu kurang atau takungan asid laktik meningkat serta kurang beberapa zat seperti kalsium, potasium, magnesium dan zinc.

Jika kekejangan otot kaki hanya berlaku setiap kali anda bersetubuh atau mencapai klimaks, keadaan ini akan membuatkan anda rasa kurang senang dan sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hubungan kelamin dengan pasangan. Mengikut pandangan saya, cara yang anda mengendalikan masalah kekejangan otot kaki agak kurang tepat.

Mungkin mengurut dapat melancarkan perjalanan darah atau 'circulation' dalam kumpulan otot yang separa tegang selain mengurangkan tahap asid laktik, tapi bekam tidak memberi apa apa manfaat.

Urutan perlu dilakukan secara teratur di samping senaman yang dapat membantu melegakan otot yang kerap kejang itu. Kesejukan boleh membuatkan fenomena kekejangan mudah berlaku.

Anda boleh cuba mengubah posisi persetubuhan supaya otot kaki yang mudah kejang tidak tertekan. Anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Lakukan senaman berkala.

Anda perlu makan zat kalsium untuk pastikan tahap potasium dalam darah mencukupi. Jika masalah kekejangan otot itu berterusan, anda perlu rujuk pakar ortopedik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan: