Label

KETUAT BOLEH DIJANGKITI (SAKIT TUAN)

LELAKI sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, bijian, kudis dan ketulan. Sebenarnya, ia tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika masalah itu memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan atau membahayakan.

Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti `daging' yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau `warts'.

Kadangkala bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna. Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit, manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza. Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya, anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan. Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan atau 'sistem imun'.

Jika benar jangkitan kulit itu ketuat, doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ia boleh hilang dan pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah menjadi kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Ramai tidak tahu sebenarnya ketuat boleh berjangkit melalui hubungan seks. Buat masa ini golongan lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti yang digalakkan kepada perempuan berumur sembilan hingga 26 tahun.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan