Label

TAK PUAS KENCING GANGGU KEINTIMAN (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami masalah terasa selalu ingin membuang air kecil. Apabila selesai, saya rasa mahu membuang lagi seakan-akan air belum habis. Apabila habis membuang air, perasaan ingin membuang air datang lagi.

Malah, setiap kali zakar saya tegang, perasaan ingin membuang air kecil datang. Ia menyebabkan saya runsing dan menjejaskan hubungan intim dengan isteri.

AMIR
Singapura

PERASAAN ingin membuang air kecil biasa berlaku apabila pundi kencing penuh dengan air dan memberi isyarat kepada otak. Oleh itu, secara sedar individu itu akan membuang air kecil.

Jika seseorang memilih tidak membuang air, pundi kencing masih mempunyai ruang sebelum perasaan untuk membuang air berlaku sekali lagi.

Tekanan akan berlaku jika perasaan itu tidak dihiraukan, menyebabkan air keluar tanpa kawalan. Ia menyebabkan sakit di bahagian bawah perut dan sering menjadi punca seseorang berlari ke tandas.

Dalam keadaan tertentu, perasaan ingin membuang air berulang dan menyebabkan individu akan berulang semula ke tandas.

Sudah tentu lelaki akan rasai kesukaran memberi tumpuan kepada hubungan intim kerana perasaan ghairah untuk bersetubuh juga akan mencetuskan perasaan membuang air kecil. Kemungkinan ini yang berlaku kepada anda.

Anda perlu rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika berada dalam golongan lelaki berumur, kemungkinan anda mengalami bengkak dan keradangan pundi prostat.

Jika masih muda, mungkin anda mengalami keradangan pundi prostat dan pundi kencing. Kebanyakan punca keradangan akibat jangkitan kuman.

Jika jangkitan menular ke sistem genitourinari iaitu pundi kencing, ia menyebabkan radang pada salur ureter dan buah pinggang dan boleh membuatkannya rosak.

Jangan cuba merawat masalah dengan mencuba ubat atau nasihat orang tidak bertauliah. Jika kebetulan pundi kencing jenis mencengkam tanpa kawalan, doktor boleh beri ubat melegakan cengkaman.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan