Label

ISTERI SURUH BERURUT UNTUK LEBIH PRESTASI (SAKIT TUAN)

Kini ada pelbagai rawatan yang dapat bantu meningkatkan masa persetubuhan.

SAYA baru setahun berkahwin dan sangat berharap menimang cahaya mata. Namun, saya risau jika mengalami masalah mati pucuk atau kesihatan lain.

Ini kerana alat kelamin saya sangat kecil dan mudah mengecut. Setiap kali bersama isteri, saya kerap mengalami ejakulasi pramatang dan ia berlaku sangat cepat.

Disebabkan itu, isteri kerap menyuruh saya berurut. Oleh kerana ada masalah kulit di sekitar kemaluan dan paha, saya malu dan tidak mengikut saranannya.

Harap doktor dapat membantu saya menangani masalah ini dan apa patut saya lakukan menurut prosedur kesihatan.

JUMALI
Kuantan, Pahang


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

HUBUNGAN intim berlaku dalam beberapa kategori berbeza. Jika dapat melakukan seks penetratif, itu bermakna anda tidak mengalami masalah mati pucuk.

Jika tidak dapat bertahan lama hingga menjadi punca pasangan tidak puas, saya sarankan anda mendapatkan rawatan. Namun, saya tidak syorkan rawatan dengan dukun, tukang urut mahupun doktor tidak bertauliah.

Ini kerana memang wujud pelbagai kategori ‘pak karut’ yang mengaku pandai dalam masalah rawatan lelaki. Jangan terpedaya dengan mereka.

Ini kerana bagi masalah zakar kecil dan kecut, cepat klimaks serta penyakit kulit, dikhuatiri golongan ‘pak karut’ ini membuat rawatan suntikan bagi membesarkan ‘senjata’ anda.

Suntikan ini akan menyebabkan bentan, seterusnya merosakkan otot zakar.

Untuk makluman, tiada pil atau minyak urut boleh membesarkan zakar. Suntikan dengan minyak bunga pula boleh merosakkannya.

Mungkin anda tak perlu buat apa-apa terhadap alat kelamin anda kerana masalah diutarakan isteri anda ialah cepat klimaks. Kini ada pelbagai rawatan yang dapat bantu meningkatkan masa persetubuhan.

Sebenarnya jika anda dapat bertahan lebih seminit dalam faraj, itu dikira normal. Jika kurang, itu dikatakan cepat klimaks. Cepat klimaks tidak menyebabkan masalah kesuburan.

Jika sperma atau benih anda kurang atau tiada atau lemah atau tidak berbentuk normal, itu yang menjadi punca masalah kesuburan.

Untuk mengetahui profil benih yang normal, anda perlu jalani ujian air mani. Anda bertanggungjawab terhadap kebahagiaan rumah tangga.

Cadangan mendapatkan urutan tidak tepat. Cara terbaik ialah merujuk kepada pakar. Buangkan rasa malu dan fikirkan mengenai kebahagiaan hidup berkeluarga serta hasrat mempunyai waris. Pasti anda akan buang sifat malu itu.

Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, doktor pasti akan merujuk kes anda kepada pakar yang lebih layak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan