SAYA ingin mengetahui mengenai waktu subur saya. Saya sudah berkahwin selama dua tahun, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Berikut tarikh saya didatangi haid sebelum ini:
- 5 hingga 11 Ogos 2013
- 12 hingga 18 September 2013
- 10 hingga 16 Oktober 2013
- 9 hingga 15 November 2013
- 10 hingga 16 Disember 2013
- 15 hingga 21 Januari 2014
Haid saya juga adakalanya selang antara 37 hingga 39 hari misalnya pada Mei tahun lalu, haid pada 22 hingga 28 Mei dan berikutnya pada 30 Jun. Adakah kitaran sebegini normal?
Kini saya belum didatangi haid dan sudah membuat ujian kehamilan, tetapi keputusannya negatif. Pada masa sama saya turut sakit kepala dan pening selain sakit di bahagian bawah perut bahagian kanan. Apakah pandangan doktor mengenai perkara ini?
Ann,
Kuantan, Pahang.
KITARAN HAID anda berubah-ubah antara 28 hingga 38 hari, sukar untuk menyatakan waktu subur anda dengan tepat malah anda mungkin tidak subur pada bulan atau kitaran tertentu.
Namun, sekiranya anda lewat didatangi haid serta mempunyai simptom berkaitan kehamilan, eloklah anda membuat ujian pengesahan kehamilan dengan lebih tepat lagi iaitu secara ujian darah BhCG. Sakit sebelah bahagian kadangkala boleh disebabkan oleh komplikasi kehamilan misalnya kehamilan ektopik.
Apabila membicarakan soal kesuburan, harus diingat bukan saja ovari perlu subur (menghasilkan telur) tetapi begitu juga keadaan ruang dalam rahim serta lapisan terdalamnya (endometrium) dan keadaan tiub fallopio kanan dan kiri. Selain itu, keadaan sperma suami juga penting.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan