Label

'PATAH' BOLEH JADI KEKAL (SAKIT TUAN)

‘FRACTURE’ atau ‘patah’ boleh berlaku pada alat kelamin lelaki hingga ada yang gagal mendapat ereksi penuh akibat kecederaan berkenaan.

Ada juga lelaki berdepan situasi bahagian kepala kemaluannya menjadi lembik berbanding pangkal akibat kecederaan itu.

Ia berlaku kerana kecederaan di bahagian tisu lembut zakar dan ia tidak boleh dibiarkan kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini berkaitan kesihatan lelaki.

Istilah ‘fracture’ memang tepat jika zakar yang patah itu benar-benar keras seperti kayu, lebih-lebih lagi jika kepatahan itu lebih ke bahagian pangkal.

Jika berlaku berhampiran penghujung zakar selain ketika itu ia tidak begitu keras, kecederaannya tidak ketara. Apabila bengkak, cara melegakan keradangan ialah menuam dengan ais (seperti pek ais).

Seandainya bengkak itu ketara, lebih baik berjumpa doktor dan pesakit akan diperiksa bagi memastikan sama ada salur darah tercedera atau wujud darah beku di dalam otot zakar.

Jika rasa sakit berkurangan tetapi hujung zakar masih kelihatan kecut, itu menandakan otot hujungnya tidak kembang dan mungkin keadaan berubah apabila radang di bahagian itu reda.

Jangan biarkan masalah dialami tanpa rawatan atau ubat-ubatan kerana kemungkinan tanpa rawatan sebetulnya, zakar seseorang itu akan kekal bengkok apabila ereksi.

Keadaan berkenaan dikenali sebagai ‘Peyronie Disease’. Saya syorkan mereka yang mengalami masalah ini segera berjumpa pakar bedah atau urologis untuk menjalani pemeriksaan.

Jika perlu, doktor akan melakukan ujian ultrasound untuk mengesan jika salur darah turut tercedera. Hasil pemeriksaan itu, baru boleh diketahui jenis rawatan susulan diperlukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. saya sudah berumur 26 tahun tapi x pernah langsung didatangi haid.blhkah anda ulaskan sebab2 kenapa saya jadi begini?

    BalasPadam