Label

KITARAN HAID TIDAK STABIL (SAKIT PUAN)

SAYA remaja berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah kitaran haid tidak stabil.

Saya mula datang haid sejak berusia 12 tahun dan pernah dalam setahun saya langsung tidak didatangi haid.

Pelbagai rawatan sudah saya cuba sehingga kini. Saya bimbang jika saya mandul selepas berkahwin. Apakah pandangan doktor untuk membolehkan haid saya lancar semula?

Gadis Runsing,
Jitra Kedah

MANDUL adalah istilah negatif yang jarang dipakai kini. Mandul bermakna anda tidak mempunyai peluang kehamilan langsung. Anda mungkin mengalami masalah kesuburan, tetapi bukanlah mandul.

Apakah yang anda maksudkan dengan pelbagai rawatan? Apakah yang diberitahu oleh doktor anda?

Keadaan anda dinamakan amenorea sekunder, lazimnya ia berpunca daripada gangguan ovulasi (pengeluaran telur). Gangguan ovulasi pula boleh terjadi atas beberapa perkara, inilah yang perlu diselidiki dan dirawat. Jika tidak, ia akan kelihatan seolah-olah anda terpaksa bergantung kepada ubat atau pil hormon mendatangkan haid saja.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan