Label

SETAHUN 'DISERANG' KEPUTIHAN (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 34 tahun manakala kitaran haid saya normal, namun keputihan yang dialami sejak setahun lalu membuatkan saya sangat runsing.

Saya mengalami sakit semasa ovulasi dan keluar cecair jernih yang sangat banyak dan mengganggu aktiviti seharian termasuk apabila hendak bersolat. Keadaan ini berlarutan sehingga saya mengalami haid pada bulan berikutnya.

Pemeriksaan Pap smear yang dilakukan setiap tahun menunjukkan saya normal. Selepas berjumpa dengan doktor pakar, beliau ada memberi ubat untuk dimasukkan ke dalam faraj.

Saya tidak berpuas hati apabila doktor mengatakan situasi yang saya alami itu normal kerana saya berasa keputihan itu sangat banyak walaupun tidak berbau dan tidak gatal.

Selepas tiga bulan pengambilan ubat terbabit, keadaan itu masih menghantui saya, malah ia mengganggu hubungan saya dan suami. Saya rasa segan untuk bersama.

Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang Marvelon dan Regivedon. Masalah keputihan melampau ini saya alami selepas menggunakan sejenis tuala wanita herba.

Harap doktor dapat membantu.

Isteri Runsing,
Terengganu.

KEPUTIHAN bukanlah normal apabila ia memberi gangguan kepada seseorang. Ini termasuk rasa tidak selesa, jumlah melebihi biasa, mendatangkan bau, kegatalan dan seumpamanya.

Memandangkan anda mengaitkan kejadian terbabit dengan penggunaan tuala wanita yang dinyatakan, justeru ia sesuatu yang logik jika anda menghentikan penggunaannya dan melihat sama ada terdapat perubahan yang baik.

Sudahkah anda menjalani ujian kultur kuman pada sampel keputihan terbabit? Selain ujian kultur kuman, ujian kuman lain juga boleh dilakukan. Hasilnya dapat diketahui dalam masa beberapa hari. Melalui keputusan ujian berkenaan, ubatan yang sesuai juga ada dinyatakan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan