Label

SAKIT BAWAH PERUT SELEPAS PEMBEDAHAN (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 28 tahun, baru mendirikan rumah tangga selama enam bulan. Selepas dua bulan berkahwin saya ada melakukan pembedahan membuang apendiks.

Selepas sebulan lebih pembedahan, saya ada mengalami kesakitan di bahagian bawah perut seperti senggugut dan sakit ini terjadi selepas tiga hingga empat hari selepas kedatangan haid.

Haid saya setiap bulan normal. Saya ada berjumpa doktor yang mengatakan air kencing saya kotor dan diberikan ubat. Pada masa sama, keputihan saya terlalu banyak. Adakah keputihan itu menyebabkan saya sakit di bahagian itu atau disebabkan pembedahan sebelum ini? Adakah ini menyukarkan saya untuk mendapatkan zuriat.

Untuk pengetahuan doktor, pembedahan saya dilakukan secara scop (tebuk) dan selepas haid, saya sering sakit di bahagian terbabit.

Ingin Tahu,
Pulau Pinang.

SEWAKTU pembedahan berkenaan, adakah doktor anda turut meninjau keadaan organ pelvis? Lazimnya doktor akan turut meninjau keadaan ruang abdomen dan pelvis serta melihat secara ringkas keadaan ruangnya serta organ lain; dalam hal anda ialah rahim, tiub fallopio, ovari, hati, usus dan lain-lain.

Anda boleh bertanyakan doktor anda, anda boleh memohon untuk menonton rakaman video atau gambar pembedahan itu.

Simptom yang anda alami berkaitan haid, berkemungkinan ia disebabkan oleh penyakit endometriosis. Adakah doktor anda memberitahu keadaan pelvis anda?

Dalam kebanyakan kes, peringkat awal endometriosis tidak memberikan sebarang petanda. Berkemungkinan petanda yang anda alami tiada kaitan dengan pembedahan apendiks anda, ia secara kebetulan saja muncul setelah pembedahan terbabit. Begitu juga dengan keputihan, ia tiada kaitan dengan pembedahan dahulu. Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan