SAYA mengalami kesakitan di bahagian bawah perut hingga ke buah zakar. Bila ditekan pada urat di bahagian itu terasa sakit. Ada kala saya melakukan onani untuk mengurangkan rasa sakit. Ada kala berkurangan dan tidak. Biasanya sakit pada waktu malam. Mohon pencerahan doktor.
Lelaki sejati
Batu Pahat
KEMUNGKINAN besar perasaan senak yang anda alami ada kaitan dengan 'congestion' atau takungan darah yang banyak dalam buah zakar akibat tindak balas perasaan seksual yang sememangnya akan lega apabila anda melepaskan perasaan syahwat dengan onani.
Anda menyatakan perasaan senak berulang walaupun sudah lega sebelum itu dan kemungkinan kali ini kemunculan perasaan senak berkenaan akibat fenomena ereksi malam atau 'nocturnal penile tumescence'.
Anda boleh legakan kedua-dua buah zakar, pembuluh darah vena dan bahagian bawah perut anda menggunakan ais. Jika rasa senak itu akibat 'congestion' ia akan berkurangan atau lega. Jika tidak, mungkin anda ada masalah lain. Sila rujuk doktor untuk dapatkan pemeriksaan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan