Label

SELALU TERKENCING KETIKA SUJUD (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 23 tahun dan baru bertunang. Apabila rukuk atau sujud ketika bersolat, kadangkala air kencing terkeluar walaupun saya membuang air kecil sebelum solat. Masalah ini menyebabkan solat saya terjejas.

Masalah kedua, sewaktu berusia empat atau lima tahun, saya pernah terkena rembatan bola yang kuat di kawasan kemaluan, selain pernah beronani tetapi tidak kerap.

Pada waktu sekarang, bila keluar dengan tunang, kemaluan saya kerap ereksi hingga kadangkala rasa senak di bahagian kantung telur.

LEMAN
Puchong

KETIKA membaca keluhan anda, saya teringat kes lelaki yang meluahkan keluhan serupa iaitu kesedaran bahawa ereksi tak sekuat dulu selain rasa seperti air kencing terkeluar ketika rukuk.

Sebenarnya perkara dijelaskan itu memang wujud dari awal lagi, cuma ketika itu ia bukan isu. Malah, ia bukan isu langsung dan sebahagian besar masalah ini boleh diatasi dengan amalan tertentu.

Misalnya, air kencing terkeluar ketika rukuk atau sujud kerana pundi kencing penuh dan sebarang pergerakan sebegitu akan menekan pundi kencing, sekali gus membuatkan air kencing terkeluar.

Untuk mengelakkan ia berulang, pastikan anda buang air kecil dulu sebelum solat dan pastikan air kencing habis dengan mengemut serta melurut zakar, selain mencuci penghujung zakar sebelum memakai pakaian.

Bagi keadaan zakar senak sewaktu ereksi pula, ia berlaku apabila darah masuk dengan banyak ke dalam buah zakar dan membuatkannya kembang atau ‘congested’.

Ia akan lega apabila perasaan teruja ereksi berkurangan. Jika lambat lega, boleh dituam dengan ais!

Anda wajar membuat persediaan sebelum berkahwin dan mendapatkan panduan itu daripada pakar perubatan bertauliah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan