Label

RISAU KEADAAN TAK NORMAL (SAKIT PUAN)

SAYA masih bujang dan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Adakah normal sekiranya bukaan rongga faraj itu sentiasa terbuka dari bahagian bibir dalam?

Selain itu, terdapat bahagian yang tersembul keluar daripada rongga terbabit. Adakah bahagian terkeluar itu selaput dara?

Gadis bingung,
Kuala Lumpur.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SAIZ bibir dalam (labia minora) boleh berbeza antara wanita. Ada yang lebar sehingga bertindih antara kedua-duanya dan ada pula yang kecil sehingga menampakkan rongga faraj.

Bagi yang mempunyai labia minora yang kecil, ini lebih mendedahkan mereka kepada jangkitan kuman ke dalam faraj atau pundi kencing kerana labia minora berfungsi menutupi atau melindungi rongga faraj daripada kemasukan kuman.

Anda tidak menyatakan pada faraj bahagian manakah ada bahagian tersembul itu. Jika ia pada bahagian hadapan atau atas, lazimnya ia adalah faraj yang menampung pundi kencing di hadapannya. Ini sesuatu yang biasa.

Jarang selaput dara dapat dilihat melainkan secara berbaring dan meneran kerana selaput dara kebiasaannya kudup sehingga tidak dapat dilihat dengan pasti.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan