BARU-BARU ini saya mendapati wujud ketulan yang membentuk seolah-olah testis ketiga dalam scrotum saya. Ketulan ini kadangkala mengecut dan ada kalanya membesar, lebih besar daripada testis sebenar.
Setiap kali bersin atau meneran ketika membuang air besar, ketulan itu akan membesar dan keras. Jika dipegang terasa sangat pedih sekali.
Untuk pengetahuan, saya masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sudah tiga tahun mengalami masalah ketulan ini yang asalnya hanya sebesar manik.
AZRI
Segamat, Johor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
BERDASARKAN soalan anda, masalah itu kelihatan sangat berat. Saya pasti lelaki lain tentu sudah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.
Buah zakar mustahak untuk lelaki kerana ia kilang yang menghasilkan sperma dan hormon syahwat lelaki. Jika rosak, tentu lelaki itu mandul dan semangat kelelakiannya pudar!
Anda nampaknya lebih suka ‘membela’ masalah itu. Sepatutnya berjumpa doktor lebih awal lagi jika anda dapati sesuatu yang luar biasa di bahagian kerandut buah zakar.
Kini ‘benda’ itu semakin besar, mengembang ketika anda meneran dan menyakitkan. Doktor bukan tukang tilik. Tanpa pemeriksaan, mana-mana doktor tidak dapat memberi kesimpulan terhadap masalah anda.
Namun, berdasarkan gambaran diberi, ia mungkin merujuk kepada beberapa masalah seperti pundi epididimis anda mengalami keradangan, ada sista besar dalam pundi epididimis, kemungkinan angin pasang atau pembuluh darah vena buah zakar anda kembang dan bengkak.
Namun, semua kemungkinan itu perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan dan imbasan dengan alat pengimbas. Justeru, buat pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan