Label

PERIKSA KELAMIN SEBULAN SEKALI (SAKIT TUAN)

 
PENJAGAAN anggota kelamin mustahak dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.


SAYA buntu dan bimbang dengan apa yang saya alami sekarang. Ketika hendak mandi, saya perasan ada gelembung di bawah alat kelamin, betul-betul di bahagian sebelum kepala zakar.

Bila disentuh, ia terasa lembik seperti ada cecair di bawah. Sebelum perasan kehadiran gelembung itu, saya mencapai orgasma dalam keadaan meniarap. Apakah puncanya dan adakah ia boleh diubati?

SERI
Subang, Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

PENJAGAAN anggota kelamin mustahak dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jika wujud perubahan luar biasa, ia perlu dirujuk kepada doktor, terutama jika perubahan itu menyakitkan.

Jika gelembung itu biasa dan kelihatan sejak dulu lagi, tentu anda tidak akan rasa gelisah. Anda mungkin jarang melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin, menyebabkan anda tidak sedar gelembung itu mungkin wujud sejak dulu.

Kebetulan pada hari anda perasan kehadiran gelembung itu, anda mengeluarkan air mani secara luar biasa.

Mungkin kerana itu anda rasa seolah-olah apa yang berlaku itu akibat perbuatan anda. Masalah ini sukar diulas selagi tidak menjalani pemeriksaan doktor.

Sebaiknya-baiknya dapatkan rawatan segera kerana bimbang ia melarat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan