Kulit kerandut mudah terasa gatal apabila kering |
SAYA berumur 26 tahun dan sudah berumah tangga. Saya mengalami kegatalan di bahagian kerandut zakar. Saya risau jika saya mengalami jangkitan kutu kelamin atau penyakit lain.
Selain gatal, kawasan kepala zakar timbul bintik merah tapi dalam waktu singkat. Ia kelihatan pada waktu pagi tapi hilang pada petangnya. Bagaimanapun, ia timbul semula di bahagian lain.
RAZAK
Jempol, Negeri Sembilan
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
JANGKITAN kutu pubik adalah penyakit kelamin. Ini bermakna anda hanya dapat jangkitan kutu jika pasangan anda pembawa kutu berkenaan, namun keadaan ini jarang berlaku antara pasangan kelamin yang halal.
Kulit kerandut mudah terasa gatal apabila kering dan bulu roma yang dicukur mula tumbuh dan mencucuk kulit berdekatan. Bulu roma lebih baik dinipiskan berbanding dicukur.
Jika nak mencukur pun, bahagian atau kawasan yang hendak dicukur perlu dilembutkan dengan losen pelembap selama semalaman dan keesokan menggunakan sabun pencukur serta pisau cukur baru yang tajam. Lepas cukur, gunakan losen pelembap supaya kulit segar.
Mengenai bintik yang keluar di permukaan penghujung zakar, itu perubahan kulit mukosa penghujung alat kelamin.
Fenomena digelar ‘pearly white papule’ ini kerap kelihatan di permukaan dan keliling lekuk zakar, namun ia bukan penyakit kulit. Oleh itu, ia hilang dan timbul di kawasan lain.
Untuk mengekalkan kelembapan kulit mukosa, anda boleh gunakan minyak Bio-Oil yang dijual di farmasi. Ia berkesan untuk mengurangkan ruam dan melembutkan kulit mukosa.
Namun jika apa yang saya syorkan tidak memberi manfaat, kemungkinan masalah anda berkaitan penyakit kulit lain. Anda boleh jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar atau e-mel selanjutnya kepada dr_tambi@yahoo.com.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan