Label

PINJAMAN PERIBADI (KEWANGAN)

>> Apa yang anda perlu tahu?

Mendapatkan tawaran terbaik pinjaman peribadi boleh jadi satu tugas yang memenatkan. Terdapat lebih daripada sepuluh bank yang menawarkan pinjaman peribadi di Malaysia.

Sebelum anda buat pilihan terbaik, di sini ada beberapa panduan perlu diberi perhatian.

Ciri kelayakan pinjaman

Banyak pinjaman peribadi mengenakan syarat kelayakan yang ketat. Untuk semak kelayakan pinjaman peribadi di Malaysia, berikut adalah antara syarat-syaratnya:
Berumur melebihi 21 tahun (ini berbeza mengikut bank dan sesetengahnya menerima pemohon pinjaman yang berumur 18 tahun atau lebih)
Warganegara Malaysia atau mempunyai status penduduk tetap (PR)
Mempunyai akaun bank yang masih aktif
Mempunyai pendapatan tetap/gaji, atau bekerja sendiri

Kadar faedah rata

Pada asasnya, kadar faedah rata ialah faedah yang dikenakan ke atas jumlah yang dipinjam sepanjang tempoh pinjaman.

Walaupun pengiraannya mudah, peminjam selalu tidak perasan bahawa melalui pengiraan kadar faedah rata, faedah sentiasa dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman asal anda.

Oleh itu, tak kira berapa banyak jumlah yang anda bayar, peminjam masih perlu bayar faedah penuh seperti dikira pada permulaan pinjaman anda.

Satu contoh bagaimana kadar faedah rata dikira: Katakan anda ambil pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah rata 10 peratus setahun.

Bayaran faedah akan menjadi RM1,000 setiap tahun sehingga keseluruhan jumlah pinjaman diselesaikan/dibayar balik (iaitu kadar faedah sebanyak RM1,000 setiap tahun tanpa mengira baki pinjaman anda).

Yuran pembayaran balik awal

Sesetengah pemberi pinjaman mengenakan penalti terhadap peminjam yang ingin membayar sepenuhnya pinjaman peribadi mereka lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Ini kerana keadaan itu menyebabkan pemberi pinjaman gagal mendapat kadar faedah penuh yang akan didapati jika peminjam meneruskan pinjaman mengikut tempoh penuh.

Yuran melunaskan awal selalunya adalah peratusan (sekitar dua hingga tiga peratus) yang dikenakan ke atas baki pinjaman tertunggak pada masa itu.

Caj pembayaran lewat

Sekiranya anda gagal buat pembayaran balik pinjaman bulanan anda pada masa ditetapkan, anda mungkin dikenakan yuran bayaran lewat.

Di samping itu, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, pemberi pinjaman ada hak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Kedua, bank boleh potong baki kredit daripada akaun bank anda (dengan syarat akaun bank yang sama) untuk mengimbangi jumlah yang anda terhutang dalam pinjaman anda.

Jika peminjam sudah mendapatkan pinjaman bercagar, bank boleh menarik balik aset yang ditetapkan sebagai cagaran.

Artikel dari Berita Harian, 15 Februari 2014

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan