Label

BENARKAH LELAKI TIDAK HARUS MENYIMPAN SPERMA LEBIH DARI 7 HARI? (SAKIT TUAN)

BENARKAH seorang lelaki tidak harus menyimpan sperma lebih dari tujuh hingga 10 hari kerana kualiti sperma akan menurun?

Jika benar, bagaimana remaja yang belum berkahwin mahu mengelak keadaan itu? Perlukah dia melakukan onani?

IZWAN
Selangor

SPERMA lelaki dihasilkan oleh buah zakar dan sperma berkumpul di penghujung salur sperma yang dikenali sebagai 'ampulla', berdekatan pundi seminal dania menunggu waktu untuk dikeluarkan melalui proses ejakulasi.

Proses pembiakan sperma daripada peringkat sel asas kepada sperma matang ialah 90 hari dan jangka hayat sperma dalam 'ampulla' ialah dua minggu.

Lelaki menghasilkan 70,000 sperma seminit dan 100-300 juta sperma sehari. Jika sperma itu tidak dikeluarkan melalui ejakulasi, sperma akan putus riwayat dan hasil kehancurannya diguna pakai sebagai nutrien dalam badan.

Jadi, tiada sebab kenapa sperma perlu dikeluarkan secara onani. Tanggapan anda dan kebanyakan lelaki yang mengikut kefahaman kononnya sperma perlu dikeluarkan sebelum tujuh hari, yang mana ia menjadi lemah atau kualitinya menurun ialah karut dan tidak benar.

Badan kita ada cara untuk melegakan tekanan syahwat dan tekanan pembiakan sperma. Jika sudah lama tidak melakukan onani, kita boleh mengalami mimpi basah. Jika tiada mimpi basah, sperma lama putus hayat dan hancur, kemudian diserap ke dalam sel badan.

Ingin saya tekankan, jangan mencuba dan membolehkan perkara haram dan yang tidak mendatangkan kebaikan.

Bagaimanapun, kajian di Australia mendapati onani dapat mengelak kemungkinan kanser prostat untuk lelaki berumur dan tiada pasangan.

Jika ada pasangan, pasangan boleh membantunya mengeluarkan sperma mengikut kemampuan mereka berdua. Bagi anda dan lelaki yang masih muda, jauhi onani dan zina. Begitupun, jika dengan onani boleh menjauhkan anda daripada zina, keadaan itu boleh dikira sebagai darurat. Wallahualam.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MINUM AIS, KAFEIN PUNCA LEMAH TENAGA BATIN? (SAKIT TUAN)

ADAKAH minuman sejuk seperti ais baik untuk lelaki? Suami gemar minuman sejuk serta berkafein.

Adakah minuman seperti ini memudaratkan alat kelaminnya? Saya dan suami hanya melakukan seks seminggu sekali, dan air maninya hanya sedikit tetapi pekat. Bagaimanakah ia boleh terjadi?

MIA MIRA
Kedah

MINUMAN sejuk melegakan kehausan. Ini gambaran yang kita dapat setiap kali melihat iklan minuman. Malah, iklan itu tidak dibuat tanpa kajian.

Minuman sejuk juga melegakan keradangan tekak. Tidak hairan jika kita mengalami jangkitan tekak, doktor syorkan minuman sejuk atau aiskrim. Sama juga jika mengalami bengkak atau keradangan sendi atau kecederaan, kita guna ais untuk meredakannya.

Begitupun, minuman sejuk tidak mengganggu ereksi atau melemahkan tenaga batin. Sebenarnya, tiada kaitan antara ais dan tenaga batin seseorang kerana ketegangan dan ereksi lelaki berlaku apabila darah disalurkan kepada zakar. Jadi, tiada sebab mengapa lelaki tidak boleh minum minuman sejuk.

Bercerita mengenai kafein, ramai tidak tahu kafein daripada kopi mempunyai kuasa melancarkan darah dalam anggota kelamin secara sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor seperti 'Viagra'.

Tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki sejak turun temurun. Kopi juga dapat menghindari penyakit nyanyuk atau Alzheimer selain mengandungi antioxiden yang menyegarkan tubuh badan dan nyah penuaan.

Jika suami suka minum kopi atau Nescafe bercampur ais, biarkan saja. Setahu saya, minum kopi sebegitu tidak mengganggu fungsi syahwat.

Mengenai air mani pekat, memang pada mula air mani yang keluar adalah pekat. Beberapa minit kemudian ia menjadi cair untuk memudahkan sperma bergerak aktif.

Kesuburan lelaki hanya boleh diketahui setelah menjalani ujian air mani. Melihat keadaan air mani sama ada pekat, sedikit atau cair tidak memberi apa-apa makna.

Anda jangan was-was mengenai kesihatan suami. Jika dia gagal dalam hubungan seks, anda harus mencadangkan dia berjumpa doktor, bukan bomoh, tukang urut atau membeli ubat di kaki lima.

Kini semua masalah kesihatan lelaki ada penawar dan boleh dirawati doktor melalui rawatan moden.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BENTUK TIDAK LURUS TIDAK MEMUDARATKAN (SAKIT TUAN)

SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?

MAHUKAN PENJELASAN
Johor Bahru

KEADAAN dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan.

Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah.

Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar.

Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar.

Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar 'mengembang', ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam.

Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf 'S'. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri.

Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie.

Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada.

Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GADIS RUNSING KELUAR SUSU (SAKIT PUAN)

SAYA masih bujang dan berusia 24 tahun. Berat badan saya normal dan kesihatan baik, saya juga bukanlah remaja yang gemar sosial.

Baru-baru ini saya ada memeriksa payudara saya sendiri. Apa yang merunsingkan apabila puting dipicit, keluar cecair seperti susu dalam kuantiti yang sedikit. Saya tidak berasa sakit dan tiada tanda bengkak.

Apabila ditanya ibu saya, jawapannya mungkin susu sesat. Saya kebingungan dan runsing mengenai hal ini. Saya segan hendak melakukan pemeriksaan di hospital. Harap puan dapat membantu saya.

Kyo Lee
Kuala Lumpur

SUSU badan juga boleh keluar apabila paras hormon prolaktin di dalam darah menjadi tinggi. Terdapat beberapa sebab paras hormon prolaktin boleh meningkat antaranya faktor kehamilan, selepas melahirkan bayi, tekanan atau stres, ketumbuhan kelenjar pituitari, rangsangan manual pada payudara, ubat-ubatan tertentu (lazimnya ubat menahan muntah) dan seumpamanya.

Kemungkinan perbuatan anda memeriksa payudara terlalu kerap seolah-olah merangsang payudara anda sehingga lama kelamaan susu boleh keluar. Kemungkinan juga anda mengalami penyakit kelenjar pituitari.

Sekiranya anda mendapati tiada ketulan atau perubahan lain pada kedua-dua payudara, saya masih menasihati anda untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian. Kemudian ujian darah hormon prolaktin akan dilakukan, barulah tindakan seterusnya dapat diambil.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID TERAKHIR LIMA TAHUN LALU (SAKIT PUAN)

SELAMA ini saya tidak pernah berjumpa doktor mengenai masalah saya ini. Saya berbadan besar dan sudah beberapa tahun tidak didatangi haid.

Kali terakhir saya mengalami haid kira-kira lima tahun lalu, itu pun sekali saja dan kini saya berumur 24 tahun. Adakah saya memang tidak akan didatangi haid atau saya mengalami sebarang penyakit?

Harap doktor dapat membantu dan memberikan nasihat.

Iera
Kuala Lumpur

PERKARA pertama yang anda perlu lakukan adalah mengambil ubat untuk mendatangkan haid, lazimnya ubat terbabit mengandungi bahan hormon progestin yang hampir sama dengan hormon progesteron wanita yang subur ovarinya.

Di samping itu, anda perlu menjalani pemeriksaan pakar sakit puan bagi mengenal pasti punca ketiadaan haid anda. Masalah anda ini dinamakan amenorea sekunder dan terdapat banyak penyebabnya, kebanyakannya boleh dirawat.

Terdapat juga penyakit atau sindrom yang mendedahkan seseorang wanita kepada penyakit bahaya misalnya kanser endometrium rahim disebabkan oleh penebalan lapisan haid berterusan.

Peningkatan berat badan seperti yang anda alami (dan penurunan berat badan mendadak) juga boleh mengganggu ovulasi dan ini menyebabkan ketiadaan haid.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WAJAH, BETIS BERBULU (SAKIT PUAN)

SAYA mengalami masalah hormon iaitu berbulu pada wajah (misai) dan pada betis. Misai pada wajah itu mungkin faktor genetik daripada ibu saya kerana ibu saya pun ada misai sedemikian.

Saya sebenarnya malu dan tiada keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Bulu kaki saya juga kasar. Sewaktu remaja, saya menggunakan pisau cukur dan sehingga sekarang apabila bulu kaki tumbuh saya akan mencukurnya.

Saya pernah membuat rawatan laser, tetapi hasil tetap sama. Saya bakal berkahwin tiga bulan lagi. Apakah saranan doktor untuk mengatasi masalah ini?

Saya ada terbaca satu artikel mengenai masalah hormon seperti yang saya alami. Ia akan menyebabkan masalah sukar hamil kerana hormon lelaki berlebihan dalam badan. Harap doktor dapat membantu.

Mas
Petaling Jaya, Selangor

ELOKLAH anda menjalani pemeriksaan doktor sakit puan. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keadaan anda.

Ujian darah hormon tertentu juga akan dilakukan untuk mengesan penyebabnya. Rawatan laser hanyalah bersifat sementara.

Jika benar anda berlebihan hormon lelaki, terdapat rawatan untuknya. Namun, seeloknya mengesan penyakit (jika ada) dan merawat penyakit berkenaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WANITA HAMIL SAKIT HUBUNGAN INTIM (SAKIT PUAN)

Guna gel bantuan berunsurkan air untuk pelinciran

SAYA berkahwin setahun yang lalu dan kini hamil enam bulan. Semasa kehamilan, saya mengalami masalah ketika bersama suami iaitu walaupun sudah terangsang, kawasan faraj saya tidak basah dan sakit apabila melakukan persetubuhan.

Saya ingin tahu sama ada keadaan ini normal bagi wanita hamil atau masalah lain. Saya bimbang dan kasihankan suami kerana kami jarang dapat meneruskan hubungan intim. Suami pula kasihankan saya kerana sakit ketika bersama. Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah ini.

Noor
Kuala Lumpur

KADANGKALA rangsangan yang disangkakan sebenarnya tidak mencukupi. Sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat di dalam dinding berhampiran pintu faraj bertanggungjawab menghasilkan cecair pelincir apabila wanita mengalami rangsangan seksual.

Cecair ini disalurkan oleh laluan kecil memasuki ke dalam faraj. Sekiranya salur ini tersumbat, cecair tidak dapat disalurkan, tetapi wanita yang benar mendapat rangsangan seksual mungkin boleh mendapat pembengkakan pada kelenjar Bartholin terbabit sehingga membentuk cyst.

Sekiranya pada kawasan berhampiran pintu faraj anda tidak mempunyai bengkak atau cyst, kemungkinan kelenjar Bartholin anda tidak tersumbat dan mampu menghasilkan cecair terbabit.

Wanita hamil menunjukkan perubahan berbeza. Ada yang merasakan dirinya lebih kerap terangsang secara seksual, ada sebahagian pula yang mendapati dirinya sukar untuk terangsang, malah kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks.

Kadangkala kebimbangan kita terhadap bentuk badan yang dirasakan kurang menarik atau terhadap janin yang dikandung menghalang kita daripada mencapai syahwat berterusan, tanpa kita sedari. Anda boleh menggunakan cecair bantuan misalnya gel berunsurkan air yang dijual di kebanyakan farmasi. Ia dapat membantu pelinciran dan mengurangkan kesakitan dialami.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI RISAU SUAMI CEDERA JEJAS KESUBURAN (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 30 tahun dan berkahwin lebih sebulan lalu. Suami berumur 31 tahun dan pernah mengalami kemalangan dua tahun lalu yang menyebabkan kedua-dua pahanya patah.

Suami kini pulih tetapi masih ada besi dalam kakinya. Apabila kami bersama, suami terlalu cepat mencapai klimaks.

Adakah ini disebabkan kesan besi yang berada dalam kakinya sehingga dia tidak dapat bertahan?

Saya juga pernah mendengar mengenai sperma kurang matang. Saya bimbang tidak dapat hamil jika perkara ini berterusan.

LIN
Kuala Lumpur

CEPAT klimaks menandakan kurang daya kawalan ejakulasi. Jika ereksi kendur selepas ejakulasi, itu tanda kurang daya kawalan ereksi.

Kedua-dua keadaan ini, iaitu ejakulasi dan ereksi adalah fenomena berbeza walaupun ia selari.

Jika daya kawalan ereksi kurang, ereksi kendur selepas mencapai ejakulasi. Jika kawalan baik, ereksi masih kekal walaupun selepas mencapai ejakulasi.

Begitu juga dengan daya kawalan ejakulasi. Jika tidak dapat mengawal perasaan geli di penghujung zakar, ejakulasi tercetus.

Jika itu dapat dikawal, ejakulasi dapat dikawal seketika dan hubungan intim boleh diteruskan. Ini memerlukan kekuatan fizikal dan minda.

Jika pasangan anda mempunyai badan tegap, tiada sebab dia tidak boleh mengawal ereksi. Jika dia membuat tusukan dalam kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut ketika menggerakkan zakar dalam faraj, ereksinya akan kekal, kecuali dia melegakan kemutan itu.

Dengan menggunakan 'kawalan minda', dia boleh melawan perasaan klimaks itu. Semua ini nampak senang tapi memerlukan kemahiran.

Memandangkan suami anda baru berjinak-jinak dengan hubungan kelamin, dia belum ada kemampuan untuk mengawal ejakulasi atau mengekalkan ereksi selepas ejakulasi.

Mungkin apabila mula membiasakan diri dalam persetubuhan dan dengan sokongan puan, dia dapat membaiki situasi itu.

Masalah yang dia alami ini tiada kaitan dengan besi dalam kedua-dua tulang pahanya. Besi itu mustahak untuk meluruskan tulang paha dan mengukuhkan tulang.

Mengenai sperma pula, hanya sperma matang dapat bergerak dan keluar serta berada dalam air mani apabila ejakulasi berlaku. Jadi tiada kemungkinan sperma kurang matang boleh ada dalam air mani.

Anda perlu bersabar dan teruskan hidup bersama suami. Kerapkan bersetubuh kerana amalan ini meningkatkan daya fizikal dan minda, malah ia mencergaskan sistem syahwat. Lagipun, ia dapat meningkatkan kemungkinan kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEMUA ORANG BERISIKO DAPAT HIV (SAKIT TUAN)

SAYA pelajar universiti swasta dan kini menjalankan satu kajian untuk kertas kerja bertajuk masalah sosial, penyakit dan HIV.

Seperti yang kita tahu, jangkitan HIV boleh berlaku apabila seseorang berkongsi jarum suntikan, pengamal seks bebas dan sebagainya.

Soalan saya, adakah HIV boleh dijangkiti melalui mereka yang melakukan seks oral (tertelan air mani)?

Selain itu, bolehkah ia dijangkiti melalui amalan bertukar-tukar pasangan (seks bebas), melakukan seks sejenis (gay atau lesbian), berkongsi bekas minuman, berkongsi alatan berus gigi atau pisau cukur, melalui ciuman dan rawatan akupuntur?

Apakah tanda yang boleh diketahui apabila seseorang dijangkiti HIV/AIDS? Adakah sebarang jalan penyembuhan dan adakah mereka selalunya menghabiskan masa dengan menunggu kematian?

Selain itu, benarkah penyakit ini boleh sembuh seperti dinyatakan dalam akhbar dan Internet apabila seseorang pesakit sembuh melalui beberapa rawatan?

GHANI
Gombak, Selangor

PENYAKIT AIDS berlaku apabila seseorang itu terkena jangkitan virus HIV. Virus ini hanya dapat membiak jika ia bertapak dalam sel badan dan kebetulan pula ia serasi dengan sel sistem imun badan.

Jadi, sistem kawalan imun badan yang mengawal badan daripada penyakit yang sepatutnya mempertahankan badan kita, lumpuh akibat serangan virus HIV.

Anda boleh mendapat banyak maklumat mengenai jangkitan HIV dan tanda penyakit AIDS di mana-mana laman perubatan yang membincangkan mengenai penyakit AIDS dan virus HIV untuk menyelesaikan keraguan anda mengenai penyakit itu.

Lagipun, anda perlukan maklumat tepat dan sahih yang boleh berkongsi dengan pembaca untuk anda buat kertas kerja itu.

Maklumat diketengahkan CDC, Atlanta, Amerika Syarikat iaitu agensi kerajaan negara itu yang memberi maklumat terkini mengenai jangkitan HIV dan AIDS.

Mungkin untuk permulaan, anda perlu tahu yang anda atau sesiapa berisiko terkena jangkitan HIV yang menyebabkan penyakit AIDS jika pernah melakukan seks atau melakukan hubungan penetratif seks tanpa menggunakan alat perlindungan seperti kondom (walaupun ia tidak memberi 100 peratus perlindungan) dengan seseorang yang ada kuman HIV dalam badannya atau dengan pesakit AIDS.

Memandangkan jangkitan HIV melalui darah pesakit AIDS, jarum suntikan yang dikongsi, pisau cukur atau prosedur 'tatu' atau akupuntur yang mana jarum, pisau cukur atau alat tatu diguna pakai dengan pesakit AIDS, atau dengan individu membawa kuman virus HIV.

Mengenai penyerapan kuman virus HIV dalam badan, ia hanya melalui pemindahan cecair dari badan pesakit AIDS atau pembawa kuman HIV kepada individu sihat.

Ia juga tertakluk kepada tahap kandungan kuman virus atau 'viral load'. Aktiviti seperti sentuhan kulit, ciuman kering, menggunakan pakaian dan makan makanan daripada pinggan mangkuk sama, minum air daripada cawan sama adalah selamat.

Ciuman lembap dan seks oral memberi risiko sangat kurang.

Hubungan seks melalui faraj atau lubang dubur tanpa perlindungan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.

Bagi mereka yang curiga dan mendapati terdedah kepada kuman HIV, mereka boleh menjalani ujian darah seawal-awal tiga bulan selepas tarikh 'terdedah'.

Jika positif, ujian pengesahan akan dilakukan dan jika sahih positif, perubatan dengan ubat dapat mengurangkan pembiakan kuman HIV diberi.

Selagi kuman itu tidak melumpuhkan sistem kawalan daripada jangkitan, selagi itu kuman HIV terkawal dan tidak menular kepada penyakit AIDS.

Penyakit AIDS tiada penawar.

Maklumat ini hanya keterangan ringkas mengenai kuman HIV yang menyebabkan penyakit AIDS.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PELIHARA OTOT PELVIS (SAKIT TUAN)

Antara lain, ia berfungsi mengawal organ kelamin wanita dan lelaki

RAMAI bertanya saya mengenai keberkesanan terapi QRS PelviCenter. Kaedah ini masih baru di negara ini. Ini kaedah menguatkan lantai pelvis dan otot kemut lelaki dan perempuan. Jadi, tidak hairan ramai ingin mendapatkan maklumat sebelum mencubanya.

Sebelum itu, ingin saya perjelaskan bahawa otot lantai pelvis atau otot kemut sangat penting kerana ia mengawal kesejahteraan organ genital serta reproduktif wanita dan lelaki.

Jika otot ini berfungsi dengan baik, ia akan membuatkan fungsi pembukaan lubang najis, faraj dan lubang kencing wanita menjadi mantap dan aktif.

Bagi lelaki, ia sangat penting kerana menjaga pembukaan lubang najis, lubang kencing dan kawalan serta kekuatan benteng pangkal zakar. Jadi, untuk lelaki, otot lantai pelvis penting dijaga kerana ia memberi tenaga dan kekukuhan zakar ketika zakar ereksi.

Otot zakar inilah yang menjaga kekuatan zakar seseorang ketika ia ereksi. Tidak mustahil satu masa dulu, nenek moyang kita percaya zakar yang baik mampu mengangkat buah kelapa. Ini tidak mustahil, malah jika dalam keadaan baik, ia mampu melakukan lebih daripada itu.

Apabila otot lantai pelvis hilang daya kekuatannya, kawalan pembukaan lubang najis, lubang kencing, faraj dan juga untuk lelaki iaitu daya kawalan ereksi, mula meragam.

Kita pernah terdengar mengenai wanita yang tidak dapat menahan kencing atau terkencing apabila bersin dan ia juga boleh berlaku kepada lelaki.

Untuk lelaki, masalah ereksi tidak bertahan lama atau mengendur sebelum sempat melakukan tusukan berpunca daripada kelemahan otot ini.

Apabila perhatian diberi kepada otot lantai pelvis, iaitu melakukan senaman kemut atau senaman Kegel, ia mula menjadi kukuh dan berdaya semula.

Untuk wanita dan lelaki muda, pemulihannya cepat tetapi untuk golongan berumur, senaman ini meletihkan dan pemulihannya juga lambat serta sering memberi keputusan mendukacitakan.

Kini dengan teknologi terkini menggunakan kefahaman Perubatan Quantum atau 'Quantum Medicine', peralatan yang memberi pancaran gelombang magnetik-elektro dapat merangsang dan mengaktifkan sel di seluruh kawasan pelvis, menyegarkan sel otot pelvis, sel urat saraf dan sel vaskular bahagian berkenaan, sekaligus membuatkan sistem pelvis menjadi segar dan mantap.

Bayangkan terapi dengan QRS-Terapi PelviCenter sekurang-kurangnya lapan minit mampu memberi antara enam hingga lapan jam pemantapan dan kekuatan bahagian organ yang mendapat pancaran gelombang magnetik-elektro alat terbabit.

Sistem urat saraf kawalan ereksi juga menjadi mantap dan menyenangkan kebangkitan ereksi ketika ingin melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Sistem urat saraf yang mengawal ereksi dalam kawalan kimia Oxida Nitrik. Bahan ini bertambah dan memudahkan terjadi ereksi.

Jadi tidak hairan jika terapi dengan peralatan QRS PelviCenter memberi manfaat kepada wanita dan lelaki yang otot kemut mereka kurang daya.

Saya biasa dengan teknologi ini sejak 11 tahun lalu dan pernah melihat demonstrasi di Berlin, Jerman, ketika menghadiri Kongres Perubatan Kesihatan Penuaan Lelaki 2002.

Kebetulan enam bulan lalu, saya dapati terapi ini ada di Kuantan Avenue, Pahang dan kini di Plaza Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur.

Bagi saya, lelaki atau perempuan yang mendapati fungsi seksual mereka merudum, iaitu untuk wanita faraj kurang mengemut dan mengalami kencing tercicir ketika batuk atau bersin, dan lelaki cepat klimaks kerana tidak mencapai ereksi yang berdaya atau ereksi tidak bertahan atau masalah ejakulasi tidak kuat, jangan membazirkan duit jumpa tukang urut untuk mengurut. Adalah lebih baik anda berkunjung ke Pusat PelviCenter.

Sebilangan besar pesakit saya berpuas hati dengan kaedah ini. Jadi, bagi yang ingin mencuba, saya tiada halangan. Lagipun, kajian menunjukkan ia berkesan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BERSENTUHAN BOLEH TAMBAH KUALITI (SAKIT TUAN)

SAYA mendirikan rumah tangga setahun lalu. Namun, saya mendapati tempoh 'bersama' isteri sangat pendek iaitu hanya beberapa minit. Bagaimana harus saya tangani masalah ini dan apakah tips untuk kekal lama sewaktu melakukan hubungan seks dengan pasangan?

LAN
Kuala Lumpur

CEPAT klimaks ialah istilah yang digunakan apabila ejakulasi berlaku kurang seminit. Kiraan masa dilakukan daripada peringkat penetrasi sehingga ejakulasi. Jika anda boleh tahan beberapa minit, itu sudah bagus.

Namun apabila kualiti hubungan intim diambil kira dan pasangan atau seorang daripada mereka merasai kekurangan, tentu ia perlu dikendalikan dengan baik.

Mungkin pasangan yang inginkan masa lama perlu melihat kemampuan pasangannya dan mungkin membantunya dengan memandunya melakukan sentuhan intim yang diperlukannya untuk dia berada dalam keadaan hangat dan cepat mencapai klimaks.

Adegan pemanasan perlu dipertingkatkan sebelum aksi zakar-faraj. Kekurangan daripada aspek kualiti boleh diperbetulkan dengan kuantiti, iaitu anda melakukan beberapa pusingan memandangkan anda berdua masih muda dan bertenaga.

Anda akan dapati beraksi selepas bangun tidur memberi tenaga ereksi yang padat dan kekal walaupun sudah mencapai ejakulasi. Lain pula jika anda dalam keadaan letih, jika ejakulasi berlaku cepat, ereksi juga cepat mengendur.

Dayungan dengan zakar kekal dalam faraj dan gerakan tertumpu ke pangkal zakar tidak membangkitkan perasaan ghairah kerana pangkal zakar tidak sensitif.

Lain pula jika dayungan tertumpu kepada penghujung zakar. Kaedah ini dikenali sebagai 'Coital Alignment Technique'.

Selain itu, penggunaan cincin tambat zakar diperbuat daripada silikon (tidak mencerut berbanding cincin diperbuat daripada benda keras seperti kayu, besi, batu jed atau getah) sedikit sebanyak dapat mengurangkan sensitiviti zakar dan mengekalkan ereksi jika secara kebetulan ejakulasi cepat.

Anda boleh mendapatkan cincin ini daripada highcape@gmail.com. Namun, jika semua tips diberi tidak berkesan, anda perlu mendapatkan rawatan profesional.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PELAJARI SENI HUBUNGAN (SAKIT TUAN)

Perbincangan penting untuk kekal keghairahan

Masalah hubungan suami isteri adalah perkara subjektif. Ia seharusnya dibawa berbincang dengan pasangan, lebih-lebih lagi jika seorang daripada mereka tidak berasa nikmat hubungan suami isteri.

Masalah ini sebenarnya tidak mengira umur walaupun saya selalu mendapat aduan daripada pembaca berumur awal 40-an.

Hubungan intim seksual antara pasangan halal adalah nikmat dunia yang tiada bandingannya jika mereka tahu memainkan peranan dan berinteraksi.

Dalam pandangan Islam, hubungan suami isteri tiada batasan kecuali bersetubuh ketika isteri haid serta hubungan yang diharamkan seperti liwat atau seks anal. Seks oral boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju dan selesa melakukannya.

Mungkin pada permulaan untuk mencuba seks penetratif, ada isteri berasa gerun namun lambat laun ia dapat diatasi apabila perasaan negatif dihindarkan daripada minda.

Perasaan malu yang biasa dipamerkan wanita tiada tempatnya dalam hubungan intim suami isteri.

Sudah tentunya yang baik, selesa, mengghairahkan dan yang memberi kepuasan kepada pasangan akan lazim dilakukan.

Bagi sebilangan besar isteri, adegan pemanasan sangat penting dan yang menjadi kegemaran mereka ialah urutan dan belaian erotika iaitu bahagian tubuh yang perlu diurut mengikut selera isteri.

Sebilangan isteri tidak selesa dengan sentuhan terus menerusi ke klitoris kerana ia sangat sensitif. Bagi wanita yang klitorisnya termasuk ke dalam, dia masih dapat merasa sentuhan pada klitoris apabila bahagian berdekatan klitoris iaitu bahagian atas bibir kecil terkena urutan tapak jari.

Isteri perlu memandu suami tempat atau bahagian tubuh badannya yang dia mahukan sentuhan. Ini lebih baik daripada membiarkan suami meneroka tubuh badan secara membuta.

Dalam keadaan selesa dan lega, mudah untuk minda isteri menyelam perasaan syahwatnya untuk menghayati sentuhan intim yang boleh mencetuskan keghairahan dan dengan panduannya, suami boleh lakukan apa yang perlu untuk membawanya ke kemuncak syahwat.

Perasaan syahwat dalam kawalan 'pusat syahwat' berada dalam minda dan ia berada dalam kawalan hormon testosterone. Jika satu ketika wanita mudah teruja dan mencapai klimaks namun kini mudah terganggu, ada kemungkinan tahap hormon testosteronenya meredum.

Ini boleh dikesan melalui ujian darah. Bagi saya, hubungan intim seksual adalah satu seni. Apa-apa seni untuk diceburi, kita perlu tahu langkah awal sebelum memanjangkan langkah seterusnya.

Kita perlu tahu anggota badan yang boleh mencetuskan perasaan ghairah. Bahagian badan yang memberi keghairahan kepada kita dikenali sebagai Zon Erogena (Erogenous Zones).

Apabila bahagian itu mengalami rangsangan, kita akan mencapai kemuncak syahwat iaitu orgasma. Pasangan yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar boleh menghantarkan e-mel kepada saya iaitu dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MEROKOK JEJAS KUALITI SPERMA (SAKIT TUAN)

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif.

Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah.

Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga biasanya bertahan 15 minit saja kerana alat sulit saya tidak dapat bertahan lama sebelum ejakulasi.

Mr. R
Selangor

Jawapan:

KESUKARAN untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi 'produktif' pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.

Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.

Anda menjalani ujian air mani dan mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot. Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal. Mungkin doktor memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isipadu kedua-duanya normal dan pembuluh zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan di luar badan.

Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika berat badan tinggi dan anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam 'lemak' seolah-olah macam dalam 'ketuhar' yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).

MEROSAKKAN

Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Saya harap agar maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda untuk berhenti merokok.

Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

Saya nasihatkan agar encik berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan. Kurangkan juga stress dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri. Cuba amalkan nasihat-nasihat ini kerana terbukti dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Selepas itu elok berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIADA SIAPA MENANG ATAU KALAH (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 26 tahun dan berkahwin enam bulan lalu. Saya menghadapi masalah pancutan pramatang dan hanya mampu bertahan dua minit.

Sebelum ini saya bergantung kepada satu produk diberi nama 'magis tishu' (Tishu Abtisptic) tetapi lama-kelamaan ia langsung tidak memberi kesan. Adakah zakar saya tidak normal atau dalam kategori lemah?

KHAI
Kedah

HUBUNGAN intim suami isteri adalah untuk keseronokan. Pasangan boleh melakukannya tanpa apa-apa halangan dan batasan, kecuali ketika haid atau menerusi dubur.

Batasan ini bukan saja daripada pandangan Islam, tetapi juga kesihatan. Kata orang, tepuk dada tanya selera. Pendek kata jika tidak puas, anda perlu melakukannya lagi.

Jika penat, berhenti dan rehat dan jika kembali hangat, teruskan hubungan. Anda baru berjinak-jinak dengan hubungan intim.

Memang seronok dan kadangkala menghampakan jika tidak selari dengan hajat dan kehendak anda. Namun, kenapa perlu hampa, sedangkan ia boleh dilakukan tanpa batasan.

Jika pasangan terasa mahukan hubungan intim, lakukan saja. Dalam hubungan intim, tiada yang menang atau kalah. Ia bukan tempat untuk bertarung atau membuktikan siapa lebih kuat atau hebat.

Semua ini tidak perlu jika anda dan pasangan senang dan bahagia antara satu sama lain.

Dalam keadaan senang, tenang, lega, seronok, mesra dan bahagia, tentu perasaan ceria menjadi nyata dan tiada tekanan.

Mengikut istilah cepat klimaks, jika ejakulasi berlaku kurang dari seminit, ia dikatakan bermasalah. Kajian pernah dilakukan di Australia untuk mengira masa zakar berada dalam faraj mendapati, ejakulasi tercepat ialah lima saat dan paling lama 24 minit.

Selepas mendapat maklumat daripada wanita, didapati sebilangan kecil kurang berpuas hati dan tahap kepuasan wanita ialah kepada pemanasan diberikan pasangan.

Anda menggunakan 'tisu magik' tanpa mengetahui ia mengandungi kimia dan racun perosak. Jika bahan itu memberi alahan kepada kulit dan mukosa faraj isteri anda, alangkah dasyat perbuatan itu. Jika terjadi, ia bukan lagi memberi kepuasan, tetapi penyakit.

Sama juga jika anda menggunakan gambir Sarawak atau bahan yang boleh melecur atau membuatkan kulit zakar kebas. Tentu kulit faraj yang sensitif akan rosak.

Tidak hairan jika pasangan kepada lelaki yang kerap mengguna bahan krim atau cecair yang dijual di pasaran luar tanpa rujukan doktor, mengalami masalah keputihan yang ketara setiap kali selepas bersetubuh.

Saya cadangkan anda supaya berjumpa doktor. Jika berminat, sila hubungi saya di dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LELAKI PERLU TAHU SISTEM REPRODUKSI WANITA (SAKIT TUAN)

SAYA isteri berumur 32 tahun, berkahwin dua tahun lalu dan ada seorang cahaya mata. Baru-baru ini saya datang haid selama sebulan. Ia hanya terputus sekejap iaitu tiga hingga lima hari sebelum datang kembali.

Adakah saya mengalami masalah rahim atau masalah lain? Saya juga kerap mengalami senggugut keterlaluan. Adakah ini disebabkan saya selalu tertekan kerana berniaga dan banyak berfikir atau mungkin ada penyakit lain?

NUR
Kuala Lumpur

SOALAN ini sepatutnya disalurkan kepada pakar sakit puan, tetapi tidak mengapa. Sampai masanya lelaki juga tahu mengenai sistem reproduksi wanita dan peka dengan perubahan yang berlaku supaya lebih prihatin kepada kesihatan pasangan.

Haid ialah keluruhan selaput dalam rahim atau 'endometrium' yang menjalani perubahan tumbesaran ke peringkat penghujung dan keluar sebagai tisu hancur.

Oleh kerana keluruhan tisu itu kelihatan seperti darah, ia dikenali sebagai darah haid. Sebenarnya, ia tisu yang hancur dan mengandungi sedikit darah.

Proses keluruhan selaput dalam rahim berlaku mengikut jadual dan dalam kawalan hormon estrogen wanita dan progestogen.

Pengeluaran darah haid menandakan kedua-dua hormon tadi rendah dan ini mencetuskan proses tumbesaran 'telur' atau folikel dalam ovari untuk memulakan putaran haid baru.

Anda akan dapati putaran haid anda ada waktu kering yang panjang dan waktu haid yang pendek antara tiga hingga tujuh hari.

Apabila waktu haid panjang, ia petanda selaput endometrium anda tidak tenteram dan tidak dapat sokongan hormon untuk mengurus ketumbesarannya.

Jika haid panjang dan banyak, ini dikenali sebagai 'Menorrhagia'. Jika haid panjang dan berlaku di pertengahan putaran haid, ia dikenali 'Metrorrhagia'.

Kedua-dua masalah ini perlu rujukan pakar sakit puan. Doktor akan periksa dan mungkin melakukan ujian darah untuk menyukat hormon dan ujian imbasan untuk meneliti anggota reproduksi jika ada sesuatu yang luar biasa seperti ketumbuhan rahim atau tisu dalam rahim atau cista ovari.

Pendarahan atau haid panjang yang kronik boleh membuatkan anda kehilangan banyak zat besi dan secara langsung mengganggu kesihatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USAH RUJUK PAKAR TIADA TAULIAH (SAKIT TUAN)

Ubah suai rupa, bentuk, saiz tanpa merujuk pakar boleh sebabkan kecacatan, kerosakan

Tiada yang sempurna di dunia ini walaupun Tuhan menciptakan manusia itu sebaik-baik makhluk-Nya.

Dalam masalah sakit tuan juga, pelbagai perkara mengenai zakar menghantui sesetengah individu. Malah, ada individu mempunyai zakar besar dan panjang, tidak kurang juga memiliki zakar kecil dan pendek. Ada juga lurus dan ada juga yang membengkok.

Ini semua ciptaan Tuhan. Namun, ada juga yang menjadi seperti itu akibat kecuaian kita menjaga 'aset' penting seorang lelaki.

Di sini, saya ingin sekali lagi memberi penerangan mengenai zakar lelaki yang bengkok atau tidak lurus.

Apabila zakar berbentuk luar biasa, sama ada melengkung, bengkok atau ada benjol atau ketulan yang membuatkannya bengkok dan mungkin terlalu besar, tentu hubungan kelamin dengan pasangan memberikan masalah tertentu.

Bentuk luar biasa itu mungkin akibat semula jadi atau kecederaan lama yang membuatkan parut di dalam zakar menjadi keras dan menarik tisu zakar dan membuatkannya melengkung.

Ia juga mungkin akibat 'mengubahsuai' melalui suntikan dengan minyak atau silikon dengan tujuan membesarkan zakar atau akibat menanam bebola atau serpihan plastik di bawah kulit.

Masalah zakar bengkok yang berlaku dari peringkat kanak-kanak biasanya kelihatan pada peringkat awal remaja kerana kecacatan, boleh dipulihkan dengan pembedahan plastik yang biasa dilakukan dalam peringkat kanak-kanak.

Rawatan susulan diberi apabila kanak-kanak itu masuk ke peringkat remaja dan jika masih ada saki-baki kecacatan, ia akan diperbetulkan.

Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai pembukaan lubang kencing di pertengahan batang zakar, bahagian penghujung akan bengkok (keadaan yang dikenali sebagai Chordee).

Kecacatan bentuk zakar yang berlaku akibat kecederaan seperti kesan urutan atau zakar patah atau 'fracture penis' boleh diperbaiki melalui pembedahan plastik atau dengan menggunakan alat regangan otot zakar.

Rawatan dengan pemberian ubat-ubatan hanya untuk mengurangkan keradangan dan membantu pemulihan tisu. Selain itu, tiada ubat boleh meluruskan zakar secara 'magis'.

Kaedah urutan untuk memperbaiki zakar cacat pula pendekatan berbahaya kerana boleh merosak atau memberatkan lagi masalah selain boleh mengakibatkan mati pucuk serius. Urutan bukan satu pilihan dalam pemulihan zakar bengkok atau melengkung.

Rawatan tanpa pembedahan untuk zakar yang melengkung ialah dengan menggunakan alat regangan.

Alat regangan zakar yang diuji kaji daripada aspek reka bentuk dan material digunakan selain menjalani ujian klinikal dan didapati selamat dan mesra pengguna ialah yang dikeluarkan syarikat Andromedical (www.andromedical.com).

Alat ini sudah ada di pasaran Asia sejak 12 tahun lalu dan memasuki negara kita 10 tahun. Ia ringan, bahan digunakan selesa dan berdaya tahan serta tiada kegagalan mekanikal.

Memandangkan kegunaan alat ini perlu pemantauan, ia perlu dibeli daripada farmasi atau pakar yang fasih dalam pengendaliannya.

Kini ada banyak alat ciplak dengan pelbagai nama dan jenama yang boleh memudaratkan pengguna. Pembaca kolum ini perlu berwaspada jika mahu mencuba alat atau cara membabitkan penggunaannya kepada zakar.

Jangan sampai masalah zakar bengkok atau kecil menjadi ketara kerana malu merujuk doktor atau pakar.

Masalah berkaitan rupa, bentuk dan ukuran zakar perlu rujukan doktor untuk kepastian. Merujuk kepada orang yang tidak bertauliah seperti tukang urut, penjual ubat, tabib atau bomoh boleh memberatkan lagi masalah itu, lebih-lebih lagi jika anda merawatnya secara sendiri, membeli ubat atau apa-apa kaedah melalui internet.

Anda cuma ada satu anggota kelamin dan ia tiada galang gantinya. Jika ingin berjumpa saya, sila e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ADIK MURUNG BAHANA ONANI (SAKIT TUAN)

MINGGU lalu, adik lelaki saya dalam keadaan murung, tidak mahu bercakap dan makan. Saya menyedari perubahannya dan selepas diselidiki, dia mengalami masalah pada bahagian alat sulit.

Adik saya mengadu alat sulitnya seolah-olah tidak berfungsi dengan baik, malah tidak aktif seperti biasa. Apabila dirangsang, ia masih juga gagal.

Dia mengaku kerap melakukan onani sejak tiga tahun lalu. Masalahnya, adakah dia berpotensi untuk mati pucuk? Jika ia berpunca daripada perbuatan onani, bagaimana untuk merawat masalah itu?

ANI
Perak

SEJAK kecil, lelaki mula mengenali anggota kelaminnya yang menunjukkan perubahan, iaitu tindak balas apabila disentuh dan tumbesaran secara beransur-ansur ketika mengalami akil baligh.

Ini menyebabkan mereka mula berjinak-jinak dengan rangsangan dan mendapati anggota kelaminnya aktif dan berinteraksi dengan pengeluaran air mani.

Perasaan seronok dan ghairah membuatkan lelaki lazim beronani sehingga merasai perubahan negatif yang mula menyusul selepas mencapai keghairahan.

Mereka mula rasa serba salah kerana perbuatan itu melanggar etika dan hukum agama serta kesal dan tertekan. Bagaimanapun, perasaan ghairah dan seronok terus menghantuinya sehingga kadangkala terpaksa melakukan onani dan sekali lagi menyesal ke atas keterlanjuran itu.

Selepas itu, lelaki mula menilai perbuatan itu dan menyelidik perubahan pada anggota kelaminnya yang kini tidak aktif lagi kerana mengurangkan aktiviti merangsang anggota kelamin sehingga beranggapan anggota itu bermasalah.

Adik anda mula berasa keliru kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, menyebabkan dia hilang keyakinan dan mula berkelakuan luar biasa.

Inilah personaliti lelaki ketagih onani. Apabila mengurangkan aktiviti itu, dia akan mendapati anggota kelaminnya tidak aktif seperti dulu.

Dia tidak sedar anggota kelamin lelaki secara normal kecil apabila tidak aktif. Jadi perubahan yang berlaku kepada anggota kelaminnya bukan tanda masalah, tetapi normal.

Saudari prihatin mengenai 'masalah' adik, cuma tidak tahu nak buat apa. Tanggapan masalah yang adik saudari alami itu perlu dirujuk kepada doktor adalah tepat sekali. Adik saudari perlu mendapat bimbingan selain menjalani pemeriksaan untuk memastikan masalah dialaminya.

Mati pucuk ialah istilah menggambarkan kegagalan lelaki mencapai tahap ereksi yang mencukupi untuk tujuan persetubuhan.

Jika sudah berpasangan dan kebetulan ada masalah itu, istilah mati pucuk boleh digunakan. Kini dia belum berkahwin dan tidak yakin kemampuannya sebagai lelaki.

Perjumpaan dengan doktor atau pakar berkaitan akan dapat membantunya mengatasi masalah itu, insya-Allah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PEDIH PADA SALURAN KENCING (SAKIT TUAN)

SUDAH sebulan saya berasa sakit di saluran air kencing. Ia terasa sakit apabila alat kelamin menegang dan ketika memegang bahagian itu, kadangkala ia pedih sedikit sebelum kembali lembut. Adakah masalah ini satu penyakit dan adakah ubat untuk menyembuhkannya?

JEJAKA BERMASALAH
Kuala Lumpur

SALUR kencing lelaki bermula dari penghujung pundi kencing merentasi tisu lembut zakar sehingga ke pembukaan lubang air di penghujungnya.

Salur kencing lelaki lebih panjang berbanding perempuan. Panjangnya lebih kurang 20 sentimeter dan menjadi jalan keluar air kencing dan air mani.

Lapisan mukosa salur kencing lelaki mengandungi pepundi yang menghasilkan cecair jernih 'mucus' bagi melindungi salur kencing daripada tekanan air kencing selain membantu melancarkan pengeluaran air mani.

Jangkitan salur kencing mengakibatkan radang salur kencing serta menyakitkan ketika membuang air kecil dan ketika berlaku ereksi.

Keradangan itu boleh menular ke pembukaan lubang kencing. Jika bahagian pembukaan lubang kencing saja yang sakit, kemungkinan hanya bahagian itu yang radang.

Selain jangkitan, tekanan kepada bahagian itu juga boleh menyebabkannya radang dan sakit. Tekanan yang dimaksudkan ialah onani atau menyental bahagian penghujung zakar.

Jadi mustahak untuk anda menghentikan tabiat onani dan merujuk kepada doktor untuk meneliti pembukaan lubang kencing jika ada tanda jangkitan.

Jangan biarkan keradangan itu berlarutan kerana bahagian itu boleh mencerut atau menyempit (stricture) hingga menyukarkan pengeluaran air kencing kelak.

Tanpa pemeriksaan doktor, anda jangan sesekali menggunakan ubat sembarangan untuk merawatnya kerana ini akan memudaratkan lagi keadaan. Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KURANG INFORMASI (SAKIT TUAN)

Percaya maklumat tidak tepat bahayakan alat kelamin

Ramai mengajukan persoalan mengenai cara dan alat membesarkan alat kelamin lelaki. Malah, tidak kurang cuba mengurut dengan minyak yang disangka boleh membantu membesarkannya.

Imam An-Nawawi pernah menyatakan, anggota kelamin menjadi tidak berguna  jika tidak digunakan. Beliau juga menggalakkan anggota kelamin dibelai untuk mengekalkan fungsi dan menyegarkannya serta mencadangkan minyak tertentu bagi memudahkan kita membelainya.

Mungkin amalan itu masih dikekalkan tetapi caranya banyak berbeza dan tidak mengikut panduan ulama itu.

Kini, muncul pelbagai cara dan minyak yang didakwa boleh digunakan untuk membesarkan kelamin lelaki. Jika tiada kajian terperinci, cara itu oleh membahayakan anggota kelamin kerana mungkin bahan campuran minyak terbabit beracun dan berbahaya.

Menurut Imam An-Nawawi, urutan dan belaian adalah untuk menyegarkan anggota kelamin supaya ia terus sihat dan berfungsi dengan baik, tapi apa diamalkan kini lain pula jadinya.

Kini, ramai lelaki cuba mengurut 'senjatanya' dengan menggunakan pelbagai jenis minyak untuk membesar dan menambah saiz.

Sebenarnya, cara itu salah. Penggunaan minyak 'dhab', minyak lintah dan pelbagai jenis minyak lagi di pasaran kini adalah berbahaya dan boleh merosakkan kulit zakar.

Saya pernah mengendalikan kes lelaki menggunakan minyak lintah dan krim lintah di pasaran yang diberikan bersama pam vakum. Dia menggunakannya untuk membesarkan alatnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah kerosakan otot dalaman dan kerosakan kulit zakarnya yang kelihatan seperti melecur dan menjadi bengkak.

Sudah tentu apa yang diingini tidak tercapai, malah menjadi rosak pula. Kesudahannya, alat kelaminnya mengecut dan kini terpaksa memakan ubat setiap kali ingin melakukan hubungan seks dengan isteri.

Punca kepada masalah ini ialah kerana dia mendapat maklumat tidak tepat. Pendek kata, tiada ubat atau urutan boleh membesarkan zakar dengan sihat dan elok.

Jika ingin menambah saiz, dapatkan khidmat doktor dan beli produk yang diuji dan mendapat pengesahan. Jangan menyesal kemudian hari kerana ia tiada berguna lagi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAMAI LELAKI PENING (SAKIT TUAN)

HUBUNGAN seksual memberi keseronokan dan kenikmatan kepada pasangan yang melakukannya. Namun bagi sebilangan lelaki dan perempuan, perkara sebaliknya berlaku. Paling ketara dan sering berlaku ialah sakit kepala sejak mula melakukan seks sehingga mencapai klimaks.

Sebilangan mereka yang mengalaminya mendapati ia berlaku secara spontan dan ada kalanya tidak berlaku jika seks dilakukan secara 'dingin' atau kurang hangat.

Ada juga individu hanya pening ketika melakukan onani, tetapi tidak ketika bersetubuh. Bagaimanapun, mereka yang mengalami pening ketika melakukan seks perlu faham masalah itu secara mendalam supaya tahu mengendalikannya.

1) Siapa mengalami pening ketika melakukan seks?

- Pening ketika seks boleh berlaku, tetapi lebih kepada individu berumur 20-an dan antara umur 35-45 tahun.

- Lelaki tiga kali lebih kerap mengalami pening ketika seks berbanding perempuan.

- Pening ketika seks mudah berlaku ketika klimaks lelaki, berbeza daripada klimaks wanita.

- Pening ketika seks lebih kerap berlaku kepada individu yang menghidap 'migrain' atau pening dikenali sebagai 'tension headache'.

2) Kenapa pening berlaku? Seks boleh menyebabkan pelbagai jenis pening.

- Ketika orgasma berlaku, pening ketara boleh terjadi akibat cengkaman saluran darah kecil dalam otak dan mereka yang migrain kerap mengalami pening sebegini. Kesakitan biasanya kurang sejam atau hilang selepas 10 minit atau berterusan beberapa jam. Pening ini jenis mencengkam, berdenyut atau mencucuk.

- Yang kurang berlaku ialah pening yang membina apabila rangsangan seksual bergelora, sebilangan mereka yang mengalaminya merasa cengkaman, denyutan dan tegangan ringan di belakang kepala. Ini mungkin disebabkan cengkaman keterlaluan kepada otot belakang leher.

- Jika mengalami penyakit migrain, anda akan dapati seks boleh mencetuskan serangan migrain. Pening sebegini sama dengan pening migrain biasa dan ia biasa berlaku selepas selesai seks dan bukan ketika seks. Jadi anda boleh makan ubat migrain sebelum melakukan seks.

- Sebilangan mereka yang mengalami pening ketika seks hanya mengalami pening jenis sama tapi kebanyakan mereka mengalami pening yang meningkat mengikut kehangatan rangsangan seksual yang diakhiri dengan pening yang menyakitkan.

Pening ini berlanjutan berminggu-minggu yang kesudahannya hilang seketika sebelum kembali. Ada pening ketika seks akibat pengambilan ubat pelancar darah untuk mengatasi mati pucuk seperti ubat Viagra, Cialis, Levitra dan Zydena dan secara kebetulan, pening kepala ialah satu daripada kesan sampingan ubat itu.

3) Apa anda boleh buat mengenainya?

- Jika mengalami pening ketika klimaks seksual, anda perlu berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada ia memberi kesan negatif. Jika perlu, doktor boleh cadangkan ujian imbasan otak dan memberi ubat sewajarnya untuk mengawal sakit kepala ketika klimaks.

- Jika hanya mengalami denyutan di belakang kepala, ini mungkin kerana cengkaman otot belakang leher. Anda boleh dapat kelegaan dengan mengurut atau dapatkan ubat untuk melegakan otot leher daripada doktor. Melegakan otot secara urutan dapat membantu melegakan pening ketika seks.

- Anda juga boleh mengawal peningkatan rangsangan seksual supaya pening yang anda alami tidak meningkat secara mendadak. Cara ini dapat membantu lebih 50 peratus lelaki yang mengalami pening ketika seks.

- Sebilangan lelaki mudah mengalami pening ketika melakukan seks apabila melakukannya ketika letih atau dalam keadaan tertekan atau melebihi kemampuan. Kadangkala posisi tertentu atau menukar posisi boleh mencetuskan pening ketika beraksi. Mereka yang mengalami masalah ini perlu elak situasi yang membuatkan pening berlaku.

- Pening ketika seks mudah dan kerap berlaku apabila kesihatan tidak sempurna, seperti peningkatan berat badan, kurang aktif dan tekanan darah tinggi dan peningkatan kolesterol. Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DATANG BULAN TAK MENENTU (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 20 tahun dan mula datang haid pada usia 12 tahun. Saya risau dengan kitaran haid tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Masalah ini bermula sejak usia 16 tahun apabila saya cuma datang haid selama tiga hingga empat kali saja setahun dan kadangkala haid saya mencecah 15 hari.

Ada beberapa perkara merunsingkan saya iaitu pertama, sebelum kedatangan haid, ada lendir jernih berwarna putih bercampur sedikit darah keluar dahulu untuk beberapa hari sebelum darah haid sebenar keluar.

Kedua, haid saya kebiasaannya keluar setelah saya terbabit secara aktif dalam aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Terkini selepas mendaki gunung, ada lendir yang saya sebutkan tadi keluar dahulu selama enam hingga tujuh hari dan kemudian keluar darah haid selama 17 hari.

Selang dua hari kemudian selepas saya menyertai aktiviti lasak, lendir berkenaan keluar lagi dan kemudian disertai darah haid.

Selepas ke klinik, doktor memberikan ubat norethisterone 5mg untuk menghentikan haid dan ia berkesan. Selepas tiga hari saya menghentikan pengambilan ubat itu, haid saya datang kembali.

Adakah lendir jernih berwarna putih bercampur darah yang saya sebutkan itu boleh dikategorikan sebagai darah haid? Ini kerana saya keliru dengan sah solat saya ketika keluar lendir itu.

Untuk pengetahuan doktor, sebelum ini saya melakukan imbasan ultrabunyi pada ovari dan ujian hormon di dalam darah. Keputusan untuk kedua-dua ujian adalah normal.

Saya dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar sakit puan sekiranya saya berkahwin kelak untuk memantau tahap kesuburan saya. Diharap pendapat doktor dapat membantu saya dalam hal ini.

Nur Zarith
Jitra, Kedah

HAID yang jarang berlaku (tiga hingga empat kali setahun) lazimnya berkait dengan ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur). Ini boleh dilihat menggunakan imbasan ultrabunyi pada ovari dan rahim ataupun secara ujian darah hormon progesteron yang dilakukan kira-kira seminggu daripada jangkaan haid berikutnya.

Dalam keadaan anda, mungkin sukar untuk melakukan ujian darah hormon progesteron itu kerana haid anda tidak menentu. Ini memungkinkan doktor terpaksa mengulanginya setiap minggu sehinggalah anda didatangi haid.

Ujian darah lain pula boleh membantu doktor mengenal pasti puncanya serta tahap keterukannya. Anda tidak menyatakan apakah sebenarnya ujian darah yang anda jalani.

Ubat yang mengandungi bahan norethisterone mempunyai kesan menyerupai hormon progesteron yang sepatutnya dihasilkan ovari wanita sekiranya ada ovulasi pada kitaran itu.

Jika tiada ovulasi, penghasilan progesteron daripada ovari tidak berlaku, hanya mengharapkan progesteron yang ditukar daripada kolesterol dalam lemak namun ia sangat sedikit dan tidak dapat mengatur haid wanita.

Pendarahan yang anda alami setelah menghentikan ubat norethisterone itu sememangnya dijangkakan kerana ubat itu menggantikan tindakan hormon progesteron dalam kitaran haid normal.

Wanita yang tidak mengalami ovulasi (juga tidak mempunyai progesteron) akan kelihatan seolah-olah terpaksa bergantung kepada ubat berhormon sedemikian. Eloklah anda mendapatkan pandangan ulama dalam soal haid atau darah istihadah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MASALAH HAID TIDAK TERATUR (SAKIT PUAN)

SAYA sudah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai dua anak. Saya menghadapi masalah haid tidak teratur selepas mengambil suntikan depo.

Saya memulakan suntikan pada Oktober. Haid saya hanya ada pada November dan dalam tempoh 12 hari, haid berhenti dan dua hari kemudian, saya didatangi haid lagi selama 10 hari. Namun selepas seminggu, saya masih mengalami haid.

Saya bingung dan terganggu. Adakah darah yang keluar itu haid atau sejenis penyakit? Ibadat saya juga terganggu kerana saya berasa ragu-ragu. Harap doktor dapat memberi penjelasan.

Untuk makluman, sebelum ini saya mengambil ubat untuk merancang keluarga.

Bingung
Kuala Lumpur

INI mungkin disebabkan kesan sampingan ubat suntikan hormon terbabit. Anda mungkin terlupa penerangan yang diberikan doktor sebelum memulakan kaedah suntikan ini.

Saya pasti doktor anda juga sudah melakukan pemeriksaan am sakit puan. Jika keadaan rahim elok, anda tidak perlulah risau mengenai keadaan ini. Kaedah suntikan hormon depo ini juga salah satu kaedah yang sangat berkesan dan selamat dalam mencegah kehamilan. Tidak salah juga jika anda ingin menjalani pemeriksaan sakit puan sekali lagi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UJIAN PAP SMEAR SELAMAT KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak. Saya pernah menjalani ujian Pap smear sebanyak dua kali.

Keputusan ujian pertama mendapati ada bakteria akibat keputihan yang saya alami dan saya diberikan ubat. Enam bulan kemudian, saya menjalani ujian kali kedua. Keputusan juga tidak baik iaitu doktor menyatakan keputusan saya kurang normal.

Bagaimanapun, dia tidak mengatakan saya menghidap kanser. Pada April 2013 ini, saya dikehendaki menjalani ujian lagi dan jika keputusan tetap sama, kemungkinan saya akan dirujuk kepada doktor pakar untuk tindakan selanjutnya.

Namun baru-baru ini, saya hamil cuma tidak pasti sudah berapa bulan kerana seingat saya, tarikh akhir saya didatangi haid pada Disember 2012.

Bagaimana dengan keadaan kandungan saya kini memandangkan laporan ujian saya sebelum ini kurang normal? Adakah kandungan saya turut terjejas? Adakah ujian Pap smear yang sepatutnya saya jalani April ini nanti boleh ditangguh sehingga selepas saya bersalin?

Kam
Kuala Lumpur

ANDA tidak menyatakan maksud sebenar kurang normal pada laporan Pap smear anda itu, jadi saya tidak dapat menjawab dengan lebih lanjut mengenai kesannya terhadap kandungan anda.

Berkemungkinan apa yang anda alami adalah peradangan (inflamasi) serviks. Sekiranya peradangan ini disebabkan jangkitan kuman, rawatan antibiotik lazimnya akan diberikan dan ujian Pap smear lazimnya diulangi kira-kira empat hingga enam bulan setelah jangkitan terbabit dirawat.

Jika anda bebas daripada jangkitan tetapi peradangan masih ada, mungkin doktor akan melakukan pemeriksaan atau ujian lebih terperinci contohnya menggunakan prosedur kolposkopi ke atas serviks anda. Tiada masalah kesihatan atau gangguan kepada kandungan jika anda menjalani ujian Pap smear sewaktu kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PETUA RAWAT MANDUL (SAKIT TUAN)

DISEBABKAN ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi mereka, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur.

Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri.

Namun, perkembangan pengetahuan dan sikap keterbukaan masyarakat menjadikan lelaki lebih peka terhadap kesuburan mereka dan mengambil tahu jika mengalami masalah sperma atau tidak dapat menghamilkan isteri.

Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi.

Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur.

Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.

Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai orkidometer untuk menyukat isipadu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (ml), kemungkinan kilang tidak aktif.

Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah.

Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal. Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan.

Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.

Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna.

Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi.

Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA SEKS KETIKA HAID (SAKIT TUAN)

ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenarannya.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia,  yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.

Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan 'fetihisme' atau 'fetish' kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme