Label

APA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG KAD KREDIT (KEWANGAN)

SEBELUM menggunakan kad kredit, anda perlu memahami terma dan syarat yang diberikan seperti berikut:

Had kredit

Ini adalah had maksimum ditetapkan bagi setiap kad. Jika had ini habis digunakan, anda tidak boleh menggunakan kad sehingga anda menjelaskan sebahagian daripada bayarannya.

Lazimnya, had kad kredit adalah 2 hingga 3 kali ganda pendapatan bulanan anda. Sekiranya anda menggunakan had maksimum, ini bermakna anda telah membelanjakan 2 hingga 3 bulan pendapatan masa depan anda!

Yuran dan caj

Terdapat pelbagai jenis yuran dan caj yang anda perlu fahami, termasuk:
• Yuran penyertaan – Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain
• Yuran tahunan – Ini adalah yuran yang perlu dibayar apabila anda telah menerima kad kredit. Terdapat juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika anda memenuhi syarat penggunaan kad kredit anda
• Caj kewangan – Ini adalah caj yang dikenakan keatas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.

Pada masa ini pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin.
• Yuran pendahuluan wang tunai – Yuran ini dikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai dilakukan dan biasanya antara 3% hingga 5%. Yuran ini merupakan caj kewangan tambahan dan dikira dari tarikh wang tunai tersebut diambil
• Caj bayaran lewat – Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal menjelaskan jumlah minimum bulanan sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Jika anda membayar selepas tarikh ini, anda akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan juga caj bayaran lewat
• Cukai perkhidmatan – Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas pemegang kad sampingan. Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit anda

Tempoh tanpa faedah

Anda boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya antara 20 hingga 50 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jumlah tertunggak dari bulan sebelumnya.

Oleh itu, sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau jumlah minimum baki yang perlu dibayar, anda akan dikenakan faedah ke atas semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit dari tarikh urus niaga direkodkan. Ini bermaksud jika bil kad kredit anda tidak dijelaskan dengan sepenuhnya pada tarikh akhir pembayaran dan baki dibawa ke bulan berikutnya, anda tidak akan menikmati tempoh tanpa faedah. Faedah akan dikenakan ke atas urus niaga yang seterusnya dan faedah ini akan dikompaunkan pada kadar harian sehingga baki dibayar sepenuhnya.

Kemudahan Pemindahan Baki

Pemindahan baki membolehkan pemegang kad kredit memindahkan semua atau sebahagian daripada baki kad kredit dari satu bank ke bank lain untuk tujuan menjimatkan caj faedah. Biasanya, bank akan menawarkan kemudahan ini pada kadar ‘promosi’ untuk menggalakkan anda memindahkan baki kad kredit kepada mereka. Ini mungkin cadangan yang baik kerana anda dapat menjimatkan kos faedah. Walau bagaimanapun, sebelum memutuskan pemindahan baki, tanya diri anda soalan berikut:
• Berapa lamakah kadar ‘promosi’ ini ditawarkan?
• Apakah kadar efektif selepas tamat tempoh kadar promosi tersebut?
• Adakah kadar promosi ini juga untuk pembelian baru?
• Adakah anda akan dikenakan yuran pemindahan baki?
• Adakah anda akan dikenakan yuran pembatalan atau penyelesaian awal?

Walaupun ini mungkin strategi yang baik untuk mengurangkan caj faedah ke atas baki kad kredit yang belum dibayar, anda perlu juga meneliti terma dan syarat kemudahan seperti ini.

Contohnya, ada syarat yang menyatakan anda hanya boleh membuat bayaran minimum 5% ke atas jumlah yang dipindahkan sewaktu tempoh promosi dan anda dilarang membayar lebih atau melangsaikan sepenuhnya. Selain itu, mungkin ada tempoh ‘lock-in’ yang melarang anda memindahkan baki ke bank lain tanpa membayar penalti terlebih dahulu. Sekiranya anda masih menggunakan kad yang telah dipindahkan bakinya, pastikan anda menggunakan baki had kad tersebut secara berhemah. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada berbelanja melebihi kemampuan anda.

Anda juga perlu mematuhi jumlah dan jadual pembayaran yang telah dipersetujui. Jika anda gagal membuat bayaran, kadar promosi akan bertukar kepada kadar biasa atau 17.5% berserta dengan caj bayaran lewat dan penalti yang lain. Syarat di atas juga merangkumi ‘skim bayaran ansuran fleksibel’ yang ditawarkan.

Skim bayaran fleksibel / Skim tanpa faedah

Kemudahan ditawarkan oleh pengeluar kad kredit dan peniaga terpilih di mana pemegang kad boleh membayar pembelian secara ansuran antara 3 hingga 24 bulan tanpa faedah bergantung kepada had kredit pemegang kad.

Liabiliti pemegang kad sampingan

Pemegang kad utama akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung semua pembayaran ke atas pembelian yang dibuat oleh pemegang kad sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengeluar kad kredit memerlukan pemegang kad sampingan menanggung liabiliti sekiranya pembayaran tidak dibuat.

Petikan artikel dari Berita Harian, 5 Januari 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAIK, BURUK KAD KREDIT (KEWANGAN)

>> Guna kemudahan ketika memerlukan, bukan untuk berlagak

HARI INI, hampir semua orang yang bekerja memiliki kad kredit. Sesetengah orang memiliki kad kredit bukanlah kerana memerlukan sangat, tetapi ada yang sekadar hendak menunjuk-nunjuk.

Memiliki kad kredit melambangkan gaya dan status individu.

Namun begitu, tidak dinafikan ramai juga memiliki kad kredit menjadi satu keperluan ketika menghadapi kecemasan.

Ketika melancong ke luar negara, pihak hotel kebiasaannya lebih utamakan kad kredit ketika kita hendak buat tempahan bilik.

Dalam erti kata lain, kad kredit dalam panggilan biasa ‘kad hutang’ atau ‘wang plastik’ adalah kaedah pembayaran yang membolehkan kita membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan wang tunai.

Apabila kita menggunakan kad kredit, pengeluar kad ini akan membayarkan terlebih dahulu kepada peniaga bagi pihak kita. Selepas itu, pengeluar kad kredit akan meminta bayaran daripada kita menerusi bank yang mengeluarkan kad ini.

Lazimnya, had kredit adalah dua hingga tiga kali ganda gaji bulanan kita. Sekiranya kita menggunakan had maksimum, kita harus ingat bahawa kita sudah membelanjakan dua hingga tiga gaji bulanan kita yang akan datang.

Namun begitu, kad kredit memang berguna kalau kita tahu cara menggunakannya. Faedahnya termasuklah;
• Kaedah pembayaran yang mudah dan cekap
• Boleh menggunakan penyata bulanan yang dihantar untuk menjejaki perbelanjaan
• Ada kad kredit menyediakan perlindungan kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
• Ada pengeluar kad kredit memperkenalkan skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pindahan baki pada kadar kosong (0) peratus untuk membolehkan kita memaksimumkan pembelian
• Kita boleh memperolehi mata ganjaran kalau menggunakan kad kredit yang biasanya tidak dapat dinikmati apabila bayaran dibuat secara tunai
• Boleh memanfaatkan kadar faedah melalui struktur harga berperingkat berdasarkan rekod pembayaran bulanan yang baik

Kad debit kurang disiplin

Kad caj adalah seperti kad kredit. Untuk kad kredit, kita boleh membuat pembayaran minimum selepas menerima penyata bil bulanan, tetapi tidak bagi kad caj.

Dengan kad caj, anda mestilah membayar sejumlah wang sepenuhnya setiap bulan mengikut penyata yang dihantar. Kalau tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan.

Kad debit lebih menyamai kad ATM, kecuali kita tidak perlu mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM anda. Kita boleh menggunakan kad debit di tempat yang menerima kad ini.

Jumlah yang dicajkan akan ditolak serta-merta daripada akaun bank. Seperti juga kad kredit, adalah mudah menggunakan kad debit kerana kita tidak perlulah membawa wang tunai yang banyak.

Kad prabayar pula boleh digunakan untuk membuat belian tetapi terhad kepada jumlah wang yang kita masukkan dalam kad itu. Ia seperti kad prabayar telefon atau kad Touch & Go, iaitu kita mempunyai sejumlah wang yang terhad untuk dibelanjakan.

Apabila wang yang dimasukkan berkurangan, kita boleh menambah semula jumlahnya atau top-up ke had maksimum seperti yang ditetapkan oleh pengeluar kad.

Kad debit dan kad prabayar adalah pilihan yang lebih sesuai bagi mereka yang kurang berdisiplin dalam soal kewangan.

Perangkap kredit

Seperti sedia maklum, di sebalik kebaikan, ada keburukannya kad kredit. Ini sering berlaku kepada mereka yang suka berbelanja menggunakan kad kredit tanpa berfikir panjang, sama ada barang yang dibeli itu benar-benar diperlukan atau tidak.

Selain itu, kita juga mungkin berpuas hati dengan membuat bayaran minimum bulanan bagi penyata kad kredit, lebih-lebih lagi kalau ini membantu dalam aliran tunai kita.

Malangnya, ada buruknya kalau kita berbuat demikian. Kita akan dikenakan caj faedah dan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang tertunggak ini.

Akibatnya?

Bebanan hutang kita semakin banyak dalam jangka masa yang singkat. Buat masa ini, kebanyakan pengeluar kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian dan dikompaun secara bulanan.

Petikan artikel dari Berita Harian, 5 Januari 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HUTANG MEMBEBANKAN (KEWANGAN)

>> Temui kaunselor jika masalah kewangan sukar diurus

INGKAR membayar pinjaman dan gagal menjelaskan hutang kad kredit membawa kesan sangat buruk. Kita mungkin didakwa oleh institusi kewangan. Kereta atau harta kita akan dilelong.

Ahli keluarga akan membantu kita menjelaskan hutang tersebut.

Penjamin kita, jika ada, terpaksa menanggung sama kerana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka. Kita mungkin diisytiharkan muflis.

Kita juga mungkin mengalami tekanan emosi apabila mendapat panggilan secara berterusan daripada peguam dan pemiutang yang ingin mendapatkan pinjaman mereka semula.

Dalam keadaan sebegini, kita kurang produktif dan kerja serta kesihatan kita terjejas. Tanda yang menunjukkan kita menghadapi masalah kewangan:
Jika kita tidak dapat mengawal perbelanjaan – iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
Jika hutang lebih daripada apa yang boleh kita uruskan.
Kita hanya mampu membayar lima peratus setiap bulan bagi bil kad kredit.
Kita tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.
Kita mendapat panggilan yang kerap daripada peminta hutang.
Kita dihadapkan dengan surat saman.

Sekiranya kita menghadapi masalah seperti di atas, segeralah mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan profesional.

Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit atau Central Credit Reference Information System (CCRIS), pembayar balik pinjaman yang baik ialah mereka yang membuat bayaran balik pinjaman tepat pada waktunya. Jumlah bayaran pula berdasarkan kadar yang dipersetujui mengikut terma dan syarat, seperti ditetapkan dalam perjanjian pinjaman.

Biro Kredit BNM beroperasi sejak 1982, berperanan mengumpul maklumat kredit berkenaan peminjam individu, perniagaan (perkongsian dan perseorangan), syarikat dan entiti kerajaan.

Maklumat ini seterusnya disalurkan semula kepada institusi kewangan. Biro ini juga akan menyimpan maklumat kredit dalam sistem CCRIS.

Maklumat berkenaan akan menjadi laporan kredit yang boleh diguna pakai oleh semua institusi kewangan untuk menilai pinjaman kita.

Salinan laporan

Setiap kali kita membuat permohonan bagi pinjaman baharu, institusi kewangan akan menyemak sejarah bayaran yang pernah kita buat menerusi Biro Kredit.

Mereka akan menggunakan maklumat itu untuk memutuskan sama ada memberikan kita pinjaman atau tidak.

Selain Biro Kredit, terdapat juga syarikat milik persendirian yang memberikan maklumat kepada pelanggan mereka dan institusi kewangan berkaitan.

Rekod bayaran balik pinjaman dan juga status sebarang tindakan undang-undang terhadap peminjam, sekiranya ada.

Simpan salinan laporan CCRIS untuk membolehkan kita memantau pinjaman serta mengawal pola pembayaran kad kredit. Kita boleh menyemak sama ada mempunyai jadual pembayaran balik terurus atau tidak.

Sekiranya laporan CCRIS menunjukkan yang kita gagal atau selalu lewat membuat bayaran, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman kita kerana laporan tadi memberikan gambaran bahawa kita tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau kita sebenarnya menghadapi kemelut kewangan.

Kalau kita pembayar balik pinjaman yang baik, laporan kredit juga akan menunjukkan sedemikian. Bermula 1 Julai 2008, kita menerima ganjaran sekiranya menjelaskan bayaran kad kredit dengan segera, di mana institusi kewangan mengenakan caj mengikut asas bertingkat, bergantung kepada pembayaran balik yang dibuat.

Kesimpulan

Ketika membuat permohonan pinjaman, tanyakan dulu kepada diri kita, tujuan pinjaman berkenaan dan tentukan sama ada kita mampu membuat bayaran ansuran.
Jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang yang tidak berlesen.
Berwaspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil.
Biasakan diri bertanya tentang kadar faedah efektif yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka.
Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji kasar kita.
Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang ‘percuma’.
Membayar hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun.
Berusaha menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit positif.

Petikan artikel dari Berita Harian, 31 Ogos 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KENA BIJAK URUS BELANJA PERAYAAN (KEWANGAN)

>> Usah terlebih belanja, perlu menabung

DENGAN ketibaan hujung tahun, ramai daripada kita tentunya sibuk dengan persediaan untuk perayaan.

Seelok-eloknya kita tidak usah terlebih belanja di musim ini memandangkan kita perlu juga menabung untuk situasi yang tidak diduga seperti kecemasan.

Di sini AKPK menyediakan beberapa tip asas untuk membantu anda menghindari tabiat boros berbelanja pada musim menarik ini.

Sediakan senarai bajet yang anda harus patuhi

Penyediaan bajet sebelum keluar membeli belah sememangnya berguna. Suatu senarai beli belah boleh membantu anda berbelanja mengikut peruntukan wang yang anda tetapkan. Apabila membuat bajet, pastikan ia realistik. Memandangkan sumber kewangan anda terhad, kenal pasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu.

Opsyen balik kampung

Sekiranya anda perlu berjalan jauh untuk balik ke kampung halaman, rancanglah dengan sempurna awal-awal lagi. Lazimnya pada musim perayaan, kesesakan trafik tidak dapat dielakkan. Pastikan anda servis kenderaan anda sebelum membuat perjalanan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, termasuk apa-apa kesulitan yang akan memerlukan wang. Jika anda menggunakan kenderaan awam untuk balik kampung, cubalah dapatkan tiket anda seawal mungkin atau pada waktu jualan murah. Tabiat merancang awal tentunya akan menguntungkan anda.

Jadilah pembeli bijaksana

Selalu tinjau harga barangan dan perkhidmatan dan buatlah perbandingan harga. Adakah perlu untuk membeli barangan berjenama mahal? Apa salahnya membeli alternatif keluaran umum yang lebih murah dan tidak kurang kualitinya? Tulis dan bawa dengan anda senarai barangan yang perlu dibeli. Terdapat pelbagai pusat beli belah yang mengadakan jualan murah apabila musim perayaan tiba. Akan tetapi, janganlah terlalu ghairah pada waktu ini untuk mengelakkan terlebih belanja. Wang berlebihan yang disimpan boleh digunakan untuk tabungan ataupun keperluan lain.

Amalkan tabiat kitar semula

Mengguna semula hiasan seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan boleh membuka kreativiti dan inovasi anda serta keluarga. Cara ini turut membolehkan anda menjimatkan wang. Jangan lupa menabung walaupun tiba masanya untuk beraya.

Buatlah persediaan sendiri

Rekodkan segala perbelanjaan anda. Kenal pasti perbelanjaan tetap dan berubah serta perbelanjaan budi bicara anda. Sekiranya anda dapati diri anda berbelanja lebih, cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.

Baju baru – berapa set sebenarnya?

Mempunyai baju dan kasut baru adalah suatu kebiasaan di musim perayaan. Apa kata anda membeli baju yang anda tahu anda akan pakai semula di masa kelak. Adakah perlu membeli jenama mahal dan berbaloikah untuk nilai wang anda? Adakah anda akan mengguna semula pakaian tersebut dengan kerap?

Beli apa yang anda perlu, bukan apa yang anda mahu

Perubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasi kewangan anda. Pastikan anda membayar penuh bil kad kredit anda sekiranya anda ingin menggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutang kad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akan dikenakan faedah kompaun, walaupun anda membayar bayaran minimum. Belanjalah untuk keperluan, bukan untuk barangan mewah.

Jangan lupakan kewajipan anda

Memang menjadi kebiasaan untuk bergembira di musim perayaan dan akhir tahun. Menabung terlebih dahulu dan seperti biasa, pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bersih anda ditabungkan. Cuma beli apa perlu mengikut bajet ditetapkan. Sekiranya anda perlu membeli barangan mahal, pastikan ia dilihat sebagai suatu pelaburan yang baik, iaitu untuk jangkamasa panjang. Hidup secara sederhana dan praktikkan tangguhan kepuasan sehingga anda benar-benar mampu berbelanja. Ambillah beberapa hari untuk memastikan sama ada anda boleh hidup tanpa barangan atau perkhidmatan berkenaan.

Berseronoklah secara sederhana

Berdisiplin dan jadikan tabiat menabung gaya hidup anda tidak kira peristiwa atau waktu. Anda cuma memerlukan sedikit kreativiti dan rancangan untuk beraya dengan sederhana. Lagipun, yang paling penting ialah pertalian silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan.

Petikan artikel dari Berita Harian

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIP MENGURUS PERBELANJAAN DI MUSIM PERAYAAN (KEWANGAN)

1) Ubah gaya hidup
Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak
Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran

2) Membuat bajet yang realistik
Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda
Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan
Belanja ke atas barangan keperluan dahulu

3) Berbelanjalah secara bijak
Semak senarai harga barangan
Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impulse purchase)
Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan dibuat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.
Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusahalah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.

Mengapa kita mudah terjerat dengan keadaan berbelanja melebihi kemampuan?
Kegagalan kita mengawal nafsu berbelanja, mudah terikut-ikut atau terpengaruh dengan promosi dan potongan harga istimewa yang ditawarkan sepanjang tempoh musim perayaan
Menggunakan pendapatan masa depan untuk membeli kehendak semasa. Guna skim bayaran ansuran seperti di dalam skim fleksi kad kredit.
Pelbagai pinjaman peribadi ditawarkan sempena musim perayaan. Pengguna mengambil kesempatan ini untuk kegunaan yang tidak produktif.

Petikan artikel dari Berita Harian

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MEMINJAM SECARA BIJAK (KEWANGAN)

BERKAHWIN membawa maksud berkongsi tanggungjawab kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segala-galanya diterima.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohamad Khalil Jamaldin, berkata tidak salah jika langkah berjaga-jaga diambil untuk masa depan bersama dan kawalan bebas beban kewangan.

Jelasnya, hutang berperanan penting dalam kehidupan kita. Kebanyakan daripada kita tidak mampu membeli semua keperluan yang di kehendaki secara tunai.

“Oleh itu, kita tiada pilihan, terpaksa berhutang untuk membolehkan kita membeli aset seperti rumah dan kereta. Lainlah, kalau kita memang daripada keluarga kaya raya yang mempunyai wang menimbun dalam bank untuk membolehkan kita mampu membeli rumah dan kereta secara tunai.

“Bagaimanapun, kalau digunakan secara bijak, hutang juga boleh menjadi alat berguna untuk membantu mencapai matlamat kewangan kita,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bantu capai keinginan

Katanya, hutang bukan semestinya perkara tidak baik kerana ia juga membolehkan kita memiliki apa yang diinginkan dengan cepat dan selesa.

Cuma kata Mohamad Khalil, kalau pasangan pengantin mengambil hutang dengan cara berlebihan, itu yang mungkin menyebabkan mereka bakal menghadapi masalah untuk membayarnya. Ini seterusnya mendatangkan masalah kewangan kepada keluarga mereka.

Punca pertelingkahan

Semakin cekap kita menguruskan hutang, semakin baik hubungan kita dengan ahli keluarga. Sering kali pertelingkahan atau salah faham yang berlaku antara ahli keluarga adalah berpunca daripada masalah kewangan.

Pengurusan hutang yang baik akan mengeratkan hubungan kita dengan keluarga, kawan dan rakan sekerja. Ini pasti memupuk suasana lebih harmonis di rumah dan di tempat kerja.

“Memiliki aliran tunai positif penting supaya kita mempunyai dana berlebihan membantu membina tabung kecemasan, mengurangkan hutang dan juga boleh memanfaatkan peluang pelaburan baik,” jelasnya.

Info:
Sehingga 31 Julai lalu, lebih daripada 229,334 pelanggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling AKPK di mana 93,652 daripada mereka sudah dibantu melalui Program Pengurusan Kredit.
Pelanggan menerima perkhidmatan AKPK dalam kebanyakan kes menyumbang kepada masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman disebabkan perancangan kewangan lemah, tidak mempunyai pengetahuan membuat perancangan kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan kerana tahap disiplin kewangan yang kurang.

Sebelum membuat pinjaman, perlu mempertimbangkan perkara berikut:

Semasa membuat permohonan pinjaman, tanya kepada diri, apakah tujuan pinjaman dan tentukan sama ada mampu membuat bayaran ansuran bulanan.
Jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang tidak berlesen.
Waspada terhadap syarat pinjaman diambil.
Biasakan diri bertanya tentang kadar efektif dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka.
Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji kasar anda.
Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai ‘wang percuma’.
Membayar hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun.
Berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit positif.

Tanda-tanda anda menghadapi masalah kewangan:

Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan – iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
Jika hutang melebihi jumlah yang boleh anda uruskan.
Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit.
Anda tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.
Anda kerap terima panggilan daripada pemungut hutang.
Anda menerima surat saman tuntutan hutang.

Petikan artikel dari Berita Harian, 4 Oktober 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERIKSA SECARA TETAP (SAKIT TUAN)

 
Penjagaan anggota kelamin lelaki yang baik tentu memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada anggota itu


SETIAP lelaki wajib menjaga kesejahteraan anggota kelamin dengan melakukan pemeriksaan kendiri sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan secara teliti.

Pemeriksaan ‘self testicular’ atau pemeriksaan kendiri buah zakar dan ‘self examination of the male genitalia’ atau pemeriksaan anggota kelamin lelaki boleh dilakukan dengan panduan daripada laman web yang memaparkan mengenai kesihatan lelaki.

Anda boleh mendapatkan rujukan mudah di Internet dengan carian ‘Self Testicular Examination’ atau ‘Self Examination of the Male Genitalia’.

RADANG PUNCA BENGKAK, GATAL (SAKIT TUAN)

 
Membasuh anggota kelamin menggunakan sabun dengan kerap boleh membuatkan kulit kering dan gatal


BARU-BARU ini saya mengalami bengkak di kawasan kepala zakar selain gatal di bahagian bawahnya. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula dan apa puncanya, tetapi ia mengganggu kehidupan saya. Adakah ia penyakit kulit atau berkaitan alat kelamin?

FAIZAL
Ipoh, Perak

KULIT anggota kelamin lelaki daripada jenis lembut yang berlapik tisu pengembang. Jika kering, kulit itu akan terasa tegang dan gatal. Jika digaru, tisu pengembang di bawahnya akan mengembang dan membuatkan kulit mengalami keradangan.

Membasuh anggota kelamin menggunakan sabun dengan kerap boleh membuatkan kulit kering dan gatal. Untuk mengekalkan bahan pelembap semula jadi dalam kulit zakar, sebaik-baiknya cuci anggota kelamin dengan sabun pelembap dan setelah dikeringkan, sapu ia dengan krim pelembap.

Keradangan kulit biasanya tidak menyebabkan gatal, kecuali jika ia berpunca daripada jangkitan kulat. Antara punca kelengkang terdedah pada keradangan iaitu ‘contact dermatitis’ adalah disebabkan penggunaan pakaian dalam yang mengandungi getah di bahagian kelangkang.

Guna pakaian dalam longgar bagi memudahkan pergerakan angin kerana ia memberi keselesaan pada alat sulit. Jika keradangan dialami tidak selesai dengan penggunaan krim pelembap, kemungkinan ia disebabkan jangkitan kulat dan anda wajib berjumpa doktor.

Elak menggunakan barangan atau produk ubatan lain tanpa nasihat doktor bertauliah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GUNA LOSEN SEBELUM BERCUKUR (SAKIT TUAN)

 
Kulit kerandut mudah terasa gatal apabila kering


SAYA berumur 26 tahun dan sudah berumah tangga. Saya mengalami kegatalan di bahagian kerandut zakar. Saya risau jika saya mengalami jangkitan kutu kelamin atau penyakit lain.

Selain gatal, kawasan kepala zakar timbul bintik merah tapi dalam waktu singkat. Ia kelihatan pada waktu pagi tapi hilang pada petangnya. Bagaimanapun, ia timbul semula di bahagian lain.

RAZAK
Jempol, Negeri Sembilan

PERIKSA KELAMIN SEBULAN SEKALI (SAKIT TUAN)

 
PENJAGAAN anggota kelamin mustahak dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.


SAYA buntu dan bimbang dengan apa yang saya alami sekarang. Ketika hendak mandi, saya perasan ada gelembung di bawah alat kelamin, betul-betul di bahagian sebelum kepala zakar.

Bila disentuh, ia terasa lembik seperti ada cecair di bawah. Sebelum perasan kehadiran gelembung itu, saya mencapai orgasma dalam keadaan meniarap. Apakah puncanya dan adakah ia boleh diubati?

SERI
Subang, Selangor

TANGGUNG HUTANG SELEPAS KAHWIN (KEWANGAN)

SETIAP bakal pengantin pasti mengharapkan majlis yang meriah, sempurna dan gah sehingga sesetengahnya terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk memastikan semua berjalan lancar.

Jika 10 tahun dulu, jumlah wang hantaran antara RM5,000 hingga RM8,000, tetapi nilai dinyatakan itu kian meningkat sehingga mencecah RM20,000 atas faktor pendidikan atau kedudukan seseorang wanita itu.

Wang hantaran di Malaysia
(mengikut taraf pendidikan pasangan)
UPSR, PMR/SRP: RM1,000 – RM3,000
SPM: RM3,000 – RM8,000
STPM/Diploma: RM8,000 – RM12,000
Ijazah: RM12,000 – RM 15,000
Masters: RM15,000 – RM20,000
PHD: RM20,000 – RM30,000

Kiraan jumlah itu belum lagi termasuk kos majlis kenduri, barang sebagai dulang hantaran dan banyak lagi. Ternyata, untuk merealisasikan impian berkahwin bukanlah perkara mudah, di samping masalah peribadi lain yang muncul dalam perjalanan persediaan dibuat.

Perkiraan kasar kos bagi mengadakan majlis perkahwinan sekarang, memerlukan lebih kurang RM20,000, itu belum termasuk duit hantaran.

Seandainya, mengambil kira jumlah simpanan terkini di dalam akaun, berapa ramai yang mampu menyediakan puluhan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka.

Maka, buat pasangan bakal berkahwin terutama lelaki, perlu bersedia dari sudut kewangan sebelum mereka membuat keputusan menamatkan zaman solo.

Jangan penting status

Berhutang memberi bebanan kepada seseorang sehingga menyebabkan mereka tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang kerana terlalu ikut nafsu.

Perunding Kewangan, Suzardi Maulan, berkata kesilapan masyarakat kita sekarang ialah mereka terlalu ingin menjaga status sehingga sanggup mengetepikan soal kemampuan yang dimiliki.

“Hari ini, ada yang sanggup berhutang puluhan ribu ringgit bagi memastikan majlis yang diadakan itu nampak eksklusif. Selepas selesai majlis, terpaksalah mereka melunaskan kembali hutang dalam tempoh panjang.

“Majlis kenduri kahwin itu bukannya untuk kita menjalankan perniagaan, Jika ada kemampuan pun, seeloknya bersederhana dan usah membazir,” katanya.

Hidupkan budaya baru

Suzardi berkata, perkara itu bukanlah satu perkara baru, jadi perkara ini boleh diatasi jika ada keinginan.

Katanya, bakal pengantin boleh buat dua pilihan sama ada meneruskan majlis perkahwinan mengikut amalan masyarakat hari ini, lazimnya keterlaluan atau membentuk budaya baru mengikut kemampuan.

“Sekiranya poket kita “dalam”, maka tiada masalah untuk buat majlis mengikut kemahuan kita atau berbelanja besar. Apa yang membimbangkan, jika kadar pelaburan untuk kos majlis melebihi kemampuan atau simpanan yang ada hingga membebankan berhutang.

“Lebih membimbangkan, perbelanjaan majlis perkahwinan terlalu tinggi juga mengakibatkan ramai terpaksa bergolok gadai dan berhutang sekeliling pinggang,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Jadi hamba bank

Tambah Suzardi, apabila kos perkahwinan hari ini mencecah RM50,000 majoriti bakal pengantin terpaksa berhutang dengan bank selama 10 hingga 15 tahun.

Katanya, dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar lima peratus setahun, setiap hutang RM50,000 menyebabkan ramai penghutang kehilangan aliran tunai sebanyak RM600 sebulan selama 120 bulan, seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM72,000.

“Memang tidak dapat dinafikan, perkahwinan dan membuat kenduri adalah sunnah, namun Nabi SAW tidaklah mengajar kita untuk membuat sesuatu di luar kemampuan sehingga membebankan kita.

“Baginda SAW menyarankan, kenduri kahwin ini dibuat walaupun hanya sekadar seekor kambing. Jadi, sebelum berbelanja atau membuat pinjaman, fikirlah perkara penting dan jangka masa hadapan,” jelasnya.

Sekufu antara pasangan

Katanya, selain beberapa faktor menjadi keutamaan, struktur kewangan juga menjadi punca kepada banyak kes perceraian.

Justeru, Suzardi menasihatkan, jejaka yang ingin melamar pasangan perlulah menilai beberapa perkara dan kata sepakat antara wanita serta keluarga amat penting sebelum menetapkan majlis.

“Pasangan perlu sepakat berbincang antara satu sama lain, termasuk keluarga sebelum memutuskan jumlah perbelanjaan diperlukan untuk majlis. Jika wanita atau keluarga terlalu meminta, sebagai lelaki anda perlu berwaspada.

“Ini bagi mengelak anda mengalami bebanan hutang selepas berkahwin hingga muncul sikap mengungkit dan akhirnya membawa kepada perpisahan yang tidak diduga.

Tujuh tahun pertama

Suzardi berkata, pasangan perlu bijak mengatur perancangan masa hadapan apatah lagi menyusun strategi kewangan dengan bijak, mereka dapat hidup selesa kelak.

“Tujuh tahun pertama perkahwinan perlukan banyak pengorbanan jika anda ingin selesa di kemudian hari. Sebagai contoh, sebagai isteri anda mungkin bertahan duduk di rumah sewa kos rendah dan juga kereta yang biasa untuk dapatkan simpanan.

“Andainya, jumlah isi rumah adalah RM5,000 dan anda berdua berjaya menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus hingga 50 peratus dari gaji setiap bulan ke akaun Tabung Haji atau Amanah Simpanan Nasional Berhad, dalam tempoh tujuh tahun akaun pasangan mencecah lebih RM60,000,” jelasnya lagi.

Ubah budaya kahwin di Malaysia

Apabila anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM50,000, mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM600 sebulan.
Jika mereka mampu bayar kepada bank RM600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan.
Justeru, dengan aliran tunai sebanyak itu, bakal pengantin mempunyai dua pilihan mudah:

1) Menyimpan RM600 sebulan selama tujuh tahun. Hasilnya dianggarkan seperti berikut:
Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
ASB (8%): RM69,383.72

2) Memulakan pelaburan hartanah setiap sendiri. Suami beli satu. Isteri beli satu. (Sila pastikan anda fahami konsep pelaburan hartanah)
Selepas tujuh tahun berkahwin, rumah itu dapat terus disewakan atau dijual dengan keuntungan.
Seterusnya, mereka dapat bergabung membeli rumah lebih besar dan lebih sesuai untuk membentuk ‘Rumahku Syurgaku’.

Petikan artikel dari Berita Harian, 4 Oktober 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TANDA ALAMI MASALAH KEWANGAN (KEWANGAN)

Kad Kredit
Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
Baki tertunggak meningkat setiap bulan
Telah menggunakan kad pada had maksimum
Kerap mengambil pendahuluan wang tunai
Tidak membayar atau lewat membuat bayaran
Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank

Pinjaman
Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan.
Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.

Simpanan
Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan.
Mempunyai sedikit ataupun tidak langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.

Perbelanjaan
Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan.
Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup.
Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang.

Petikan artikel dari Berita Harian, 9 Oktober 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PANDUAN UNTUK MEMBUAT PINJAMAN (KEWANGAN)

PADA suatu peringkat kehidupan, seseorang terpaksa meminjam daripada institusi kewangan. Bagaimanakah anda menyediakan diri anda dalam hal ini? Berikut adalah Panduan yang boleh membantu anda dalam memilih produk pembiayaan yang sesuai.

Apa yang perlu anda sematkan dalam fikiran?

Semua pinjaman mesti dibayar balik
Pinjaman wang melibatkan kos. Oleh itu, jangan meminjam melebihi jumlah yang anda perlu atau mampu.
Anda perlu mengambil kira jumlah pembayaran bulanan yang anda mampu bayar berdasarkan jumlah pendapatan boleh guna, perbelanjaan dan tanggungan hutang yang lain. Jika tidak. Anda mungkin menghadapi masalah dalam pembayaran balik pinjaman anda kelak.
Anda perlu peka bahawa peningkatan dalam kadar pembiayaan atau apa-apa perubahan yang mungkin mempengaruhi pendapatan atau perbelanjaan masa hadapan.

Buat perbandingan untuk mendapatkan pakej pinjaman terbaik

Ambil masa untuk membandingkan kadar pembiayaan, tempoh ‘lock-in’ dan penalti, ciri-ciri produk yang ditawarkan, fi dan caj.
Perubahan yang sedikit dalam kadar faedah boleh mengakibatkan perubahan besar dalam jumlah pembayaran balik.
Untuk membantu anda membuat perbandingan produk kewangan, institusi kewangan dikehendaki memberi anda satu Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet) yang mengandungi maklumat-maklumat utama mengenai sesuatu produk pembiayaan.
Anda juga boleh merujuk kepada jadual perbandingan produk pembiayaan di laman sesawang infoperbankan, www.bankinginfo.com.my bagi membantu anda memilih produk yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda.
Anda perlu membaca dan memahami terma-terma utama, caj-caj berkaitan dan tanggungjawab anda sebagai peminjam.
Sekiranya anda tidak memahami mana-mana terma, dapatkan penjelasan daripada institusi kewangan tersebut.
Pastikan anda memahami produk pembiayaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menerima produk tersebut.

Apakah maklumat yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan pinjaman?

Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini dan bukti-bukti pendapatan lain.
Penyata EPF terkini atau penyata cukai pendapatan.
Jika anda bekerja sendiri, penyata bank untuk 6 bulan terakhir dan penyata kewangan.
Hutang lain anda (contohnya pinjaman daripada koperasi, pelan pembayaran ansuran dengan pedagang dan lain-lain).

Apakah tanggungjawab anda sebagai peminjam?

Memberi maklumat yang benar, tepat dan mencukupi di dalam borang permohonan. Maklumat yang tidak tepat mungkin menjejaskan profil risiko anda, yang menyebabkan institusi kewangan akan mengenakan kadar pembiayaan yang lebih tinggi. Institusi kewangan mungkin juga menolak permohonan pinjaman anda.
Anda mesti membaca dokumen pembiayaan sebelum menandatanganinya.
Membuat pembayaran sebelum atau pada tarikh pembayaran untuk mengelakkan daripada dikenakan penalti bayaran lewat.
Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, buat pembayaran balik pinjaman dahulu. Ini akan menjimatkan bayaran faedah. Semak dengan institusi kewangan anda untuk mengetahui sama ada fi akan dikenakan jika anda membuat penyelesaian awal.
Jelaskan ansuran tertunggak terlebih dahulu.

Apakah hak anda sebagai peminjam?

Institusi kewangan mesti memberi anda notis 21 hari sebelum menukar terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pinjaman (termasuk fi dan caj).
Institusi kewangan mesti memberi penyata akaun sekurang-kurangnya sekali setahun. Penyata tersebut mesti menunjukkan jumlah pembayaran yang telah dibuat dan jumlah yang dicajkan ke dalam akaun pinjaman anda.

Apa yang akan berlaku jika kadar pembiayaan meningkat?

Jika pembayaran anda berdasarkan kadar terapung, kadar pembiayaan mingkin berubah mengikut pertukaran dalam kadar rujukan atau profil risiko anda.
Apabila kadar pembiayaan meningkat, jumlah pembayaran balik dan kos pembiayaan adalah lebih tinggi pada akhir tempoh pinjaman.
Andaian anda meminjam RM250,000 untuk tempoh 20 tahun dengan kadar pembiayaan 6%, pembayaran ansuran bulanan anda adalah RM1,791. Jika kadar pembiayaan meningkat sebanyak 1%, anda akan membuat bayaran tambahan sebanyak RM147 sebulan. Sekiranya kadar pembiayaan meningkat 2%, anda akan membuat bayaran tambahan sebanyak RM300 sebulan.

Apa yang akan berlaku jika anda gagal membuat ansuran pinjaman?

Jika anda menghadapi masalah dalam membuat pembayaran ansuran pinjaman, hubungi institusi kewangan anda dengan segera untuk membincangkan skim pembayaran balik yang sesuai. Jika tidak, institusi kewangan anda mungkin:
Mengenakan penalti bayaran lewat 1% setahun ke atas jumlah tunggakan. Ini akan meningkatkan baki pinjaman belum jelas anda.
Meningkatkan kadar pembiayaan. Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman akan meningkat dan akhirnya anda akan membayar lebih tinggi.
Tolak selesai (off-set) baki pinjaman belum jelas anda dengan duit dalam akaun simpanan anda.
Mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Institusi kewangan anda mungkin menarik balik kereta (untuk pinjaman sewa beli) atau merampas dan melelong rumah anda (untuk pinjaman perumahan). Anda dikehendaki membayar semua kos berkaitan penarikan balik kereta atau lelongan rumah. Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi, anda masih perlu membayar baki hutang kepada institusi kewangan.

Petikan artikel dari Berita Harian, 29 Oktober 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENYELESAIAN AWAL PINJAMAN KENDERAAN (KEWANGAN)

ANDA berhak mendapat rebat ke atas faedah jika anda memilih untuk menyelesaikan lebih awal baki hutang di bawah perjanjian pinjaman sewa beli. Ini berdasarkan kiraan mengikut formula “Peraturan 78” yang sebahagian besar daripada faedah dikenakan pada peringkat awal pinjaman.

Jika anda memutuskan untuk menjual kereta semasa tempoh pinjaman, anda perlu:
Periksa jumlah penebusan dengan pihak pembiaya
Periksa nilai pasaran kereta
Bersedia untuk menjelaskan sepenuhnya baki pinjaman, jika ada, sebelum memindahkan hak milik atau menjual kenderaan kepada orang lain. Anda bertanggungjawab ke atas baki pinjaman selagi pinjaman sewa beli masih dibawah nama anda.

Apa perkara lain yang perlu diawasi?

Caj bayaran lewat

Mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010), caj bayaran lewat maksimum terhadap ansuran tertunggak yang dikira setiap hari adalah 8% setahun. Oleh itu, disarankan anda membayar ansuran sewa beli sebelum tarikh akhir pembayaran bagi mengelakkan caj bayaran lewat dan penarikan balik kereta anda.

Klausa penarikan balik

Institusi kewangan boleh menarik balik kereta dalam keadaan seperti berikut:
Apabila penyewa gagal membayar dua ansuran berturut turut. Jika jumlah ansuran telah dibayar melebihi 75% daripada harga tunai kenderaan, pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah; atau
Sekiranya penyewa meninggal dunia dan ansuran tidak berbayar selama empat bulan berturut-turut.

Penyewa dikehendaki membayar kos penarikan balik dan kos penyimpanan di samping caj bayaran lewat untuk menuntut semula kereta tersebut.

Contoh Kes:

Jualan yang bukan sebenarnya jualan
Usia: 33 tahun
Pekerjaan: Operator kilang
Status Perkahwinan: Berkahwin

Salleh telah membeli sebuah kereta bernilai RM60,000 dengan menggunakan pinjaman sewa beli. Jumlah gaji termasuk elaun kerja lebih masanya yang agak lumayan membolehkan dia membayar pinjaman sewa beli tersebut dengan selesa.

Tidak beberapa lama kemudian, Salleh telah hilang pekerjaan kerana syarikat telah mengecilkan saiz operasinya. Salleh menganggur hampir setahun dan terpaksa menggunakan tabungannya untuk menampung perbelanjaan harian dan juga membayar ansuran keretanya. Akhirnya, dia tidak mampu lagi dan mengambil keputusan untuk menjual keretanya.

Salleh memaklumkan kepada kawannya Ahmad bahawa dia ingin menjual kereta tersebut ekoran keadaan kewangan yang semakin meruncing. Ahmad telah menawarkan untuk ‘membeli’ kereta tersebut dan bersetuju menyambung pembayaran ansuran pinjaman sewa belinya di mana baki pinjaman adalah RM40,000. Di samping itu, Ahmad juga telah menawarkan untuk membayar RM1,000 tunai. Salleh yang sedang dalam kesempitan kewangan bersetuju dan terus menyerahkan kunci keretanya kepada Ahmad.

Selepas setahun, Salleh menerima surat peringatan daripada pihak bank kerana kegagalan membayar ansuran pinjaman sewa belinya. Salleh merasa hairan dan cuba menghubungi Ahmad tetapi gagal. Malangnya, kawan berserta keretanya juga tidak dapat dikesan. Oleh kerana baki pinjaman telah mencecah lebih daripada RM30,000, Salleh telah diberi notis kebankrapan oleh pihak bank tersebut.

Salleh merasa bimbang dan memaklumkan pegawai bank bahawa dia sebenarnya telah ‘menjual’ keretanya kepada Ahmad. Pegawai bank sebaliknya menjelaskan penyewa tidak boleh menjual keretanya kepada pihak ketiga selagi belum menjelaskan pinjaman dengan sepenuhnya.

Salleh cemas dengan penjelasan itu dan terkejut kerana dia masih bertanggungjawab ke atas pinjaman tersebut. Sekarang Salleh tidak tahu apa yang perlu dilakukannya dan tertanya-tanya bagaimana hendak menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya ini. Untuk mengelak tindakan kebankrapan, Salleh mendapatkan bantuan AKPK.

Petikan artikel dari Berita Harian, 12 November 2013

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MEMBUAT PINJAMAN RUMAH (KEWANGAN)

>> Kriteria penting perlu diketahui, difahami

Untuk kebanyakan orang, memilih pinjaman rumah adalah susah, hampir seperti memilih rumah itu sendiri. Jika sedang mencari pinjaman rumah untuk membeli rumah idaman, ada beberapa perkara yang perlu diteliti.

Ketua Pegawai Eksekutif iMoney, Lee Ching Wei berkongsi enam perkara yang patut dipertimbangkan sebelum membuat satu keputusan kewangan yang mungkin paling penting dalam hidup anda.

Jenis pinjaman rumah

Pertama sekali, pertimbangkan apa yang sesuai untuk anda: Pinjaman Tradisi Berjangka atau Pinjaman Rumah Fleksibel (Pinjaman-Fleksi).

Pinjaman Tradisi Berjangka memerlukan anda untuk membayar jumlah tetap setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman rumah anda (contoh, 30 tahun) sementara Pinjaman-Fleksibel memberi anda pilihan untuk mengurangkan faedah pada bila-bila masa yang anda mahu (contoh dengan menyimpan lebihan wang ke akaun semasa yang berkaitan. Semakin banyak anda simpan, semakin kurang faedah yang dibayar).

Jika mempunyai corak aliran wang yang mudah dijangka dan ketat, Pinjaman Tradisi Berjangka mungkin pilihan terbaik. Jika lebih menggemari fleksibiliti dalam pembayaran pinjaman anda, Pinjaman-Fleksibel adalah disarankan.

Kadar Faedah

Seperti mana dengan semua pinjaman, keutamaan anda adalah bank yang menawarkan kadar faedah terendah. Merujuk kepada contoh yang digunakan sebelum ini, untuk pinjaman rumah sebanyak RM500,000 dalam tempoh 30 tahun, perbezaan faedah di antara kadar faedah 4.2 peratus dan 4.15 peratus boleh menjadi lebih daripada RM5,000.

Margin pembiayaan

Ia bermaksud berapa banyak anda boleh pinjam.

Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk nilai rumah dan kedudukan anda dengan bank. Setiap bank menawarkan margin pembiayaan yang berbeza.

Anda diperlukan membayar mana-mana amaun yang tidak termasuk dalam pendahuluan pinjaman rumah, ini adalah amat penting lebih-lebih lagi apabila anda kekurangan wang.

Sebagai contoh, untuk rumah bernilai RM500,000, anda akan memerlukan RM100,000 sebagai pendahuluan jika margin pembiayaan adalah 80 peratus, tetapi hanya perlu membayar RM50,000 sebagai pendahuluan jika margin pembiayaan adalah 90 peratus.

Tempoh berkunci

Tempoh berkunci adalah jangka masa di mana anda akan dikenakan penalti (selalunya 2 hingga 3 peratus daripada jumlah pinjaman), jika memilih untuk membayar penuh pinjaman rumah sebelum ia mencapai tempoh tamatnya.

Apabila memilih pinjaman rumah, ia berbaloi untuk mempunyai tempoh berkunci sesingkat yang boleh dan penalti serendah yang boleh.

Sesetengah bank juga tidak mengenakan penalti sama sekali jika notis lengkap diberikan. Sebagai permulaan, anda mungkin ingin membuat perbandingan tempoh berkunci antara semua bank di iMoney.

Yuran dan caj

Permohonan pinjaman rumah membabitkan urusan profesional dan proses yang dikawal selia kerajaan seperti persediaan dan pembayaran perjanjian pinjaman, pembayaran duti setem dan pemprosesan oleh bank.

Semua proses ini selalunya disertakan yuran dan caj yang akan ditanggung oleh anda, sebagai pembeli. Dalam kes tertentu, ia juga boleh ditanggung penuh atau separuh oleh bank sebagai sebahagian daripada pakej pinjaman anda.

Oleh itu, lebih baik berjumpa dengan pegawai pinjaman dan minta mereka menerangkan mengenai semua yuran dan caj kepada anda. Ia mungkin satu proses yang berulang dan memakan masa tetapi ia akan menjadi masa yang digunakan dengan sebaiknya.

Bank

Fahami yang anda akan selalu berurusan dengan bank selagi pinjaman rumah masih berjalan (yang mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun).

Dengan itu sebagai peringatan, anda patut memilih bank yang anda selesa untuk berurusan. Sesetengah perkara yang anda mungkin ingin fikirkan termasuk:
Adakah mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan bank tersebut (untuk kemudahan pemindahan antara akaun)?
Adakah puas hati dengan perkhidmatan mereka?
Adakah terdapat cawangan tempatan yang berdekatan dengan rumah atau pejabat anda?
Adakah anda rasa bank tersebut boleh dipercayai atau boleh diharapkan?
Adakah bank tersebut menawarkan perkhidmatan tambah nilai yang akan memudahkan anda dalam jangka masa panjang?

Artikel dari Berita Harian, 8 Februari 2014

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PINJAMAN PERIBADI (KEWANGAN)

>> Apa yang anda perlu tahu?

Mendapatkan tawaran terbaik pinjaman peribadi boleh jadi satu tugas yang memenatkan. Terdapat lebih daripada sepuluh bank yang menawarkan pinjaman peribadi di Malaysia.

Sebelum anda buat pilihan terbaik, di sini ada beberapa panduan perlu diberi perhatian.

Ciri kelayakan pinjaman

Banyak pinjaman peribadi mengenakan syarat kelayakan yang ketat. Untuk semak kelayakan pinjaman peribadi di Malaysia, berikut adalah antara syarat-syaratnya:
Berumur melebihi 21 tahun (ini berbeza mengikut bank dan sesetengahnya menerima pemohon pinjaman yang berumur 18 tahun atau lebih)
Warganegara Malaysia atau mempunyai status penduduk tetap (PR)
Mempunyai akaun bank yang masih aktif
Mempunyai pendapatan tetap/gaji, atau bekerja sendiri

Kadar faedah rata

Pada asasnya, kadar faedah rata ialah faedah yang dikenakan ke atas jumlah yang dipinjam sepanjang tempoh pinjaman.

Walaupun pengiraannya mudah, peminjam selalu tidak perasan bahawa melalui pengiraan kadar faedah rata, faedah sentiasa dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman asal anda.

Oleh itu, tak kira berapa banyak jumlah yang anda bayar, peminjam masih perlu bayar faedah penuh seperti dikira pada permulaan pinjaman anda.

Satu contoh bagaimana kadar faedah rata dikira: Katakan anda ambil pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah rata 10 peratus setahun.

Bayaran faedah akan menjadi RM1,000 setiap tahun sehingga keseluruhan jumlah pinjaman diselesaikan/dibayar balik (iaitu kadar faedah sebanyak RM1,000 setiap tahun tanpa mengira baki pinjaman anda).

Yuran pembayaran balik awal

Sesetengah pemberi pinjaman mengenakan penalti terhadap peminjam yang ingin membayar sepenuhnya pinjaman peribadi mereka lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Ini kerana keadaan itu menyebabkan pemberi pinjaman gagal mendapat kadar faedah penuh yang akan didapati jika peminjam meneruskan pinjaman mengikut tempoh penuh.

Yuran melunaskan awal selalunya adalah peratusan (sekitar dua hingga tiga peratus) yang dikenakan ke atas baki pinjaman tertunggak pada masa itu.

Caj pembayaran lewat

Sekiranya anda gagal buat pembayaran balik pinjaman bulanan anda pada masa ditetapkan, anda mungkin dikenakan yuran bayaran lewat.

Di samping itu, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, pemberi pinjaman ada hak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Kedua, bank boleh potong baki kredit daripada akaun bank anda (dengan syarat akaun bank yang sama) untuk mengimbangi jumlah yang anda terhutang dalam pinjaman anda.

Jika peminjam sudah mendapatkan pinjaman bercagar, bank boleh menarik balik aset yang ditetapkan sebagai cagaran.

Artikel dari Berita Harian, 15 Februari 2014

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LAPORAN PERBELANJAAN (KEWANGAN)

>> Catatan aliran keluar masuk pantau belanja berlebihan

Setiap kali mendapat gaji bulanan, hampir 70 peratus pendapatan digunakan untuk membayar hutang dan perbelanjaan tetap bulanan. Hanya 30 peratus digunakan untuk menampung kos sara hidup bulanan.

Bagi mereka yang bekerja dan hidup di bandar besar dengan kos sara hidup yang tinggi seperti Kuala Lumpur, baki daripada pendapatan itu perlu diuruskan secara bijak.

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan kewangan dalam keadaan yang serba mahal? Disediakan 10 cara terbaik amalan berbelanja secara berhemah bagi membolehkan anda dapat hidup dengan selesa di bandar.

Putuskan hubungan dengan TV anda

Sekiranya anda melanggan pakej televisyen satelit berbayar, inilah masanya anda menilai semula langganan itu. Mungkin anda boleh memilih pakej yang paling minimum bayarannya. Atau anda boleh batalkan langganan dan tonton rancangan kegemaran secara dalam talian.

Rekod perbelanjaan anda

Sebelum mula berjimat, anda perlu tahu apa dan berapakah nilai perbelanjaan anda. Rancang kewangan dengan menentukan nilai perbelanjaan anda dan kemudian tentukan berapa jumlah simpanan. Rancangan ini membantu anda menentukan aliran keluar wang dan jumlah simpanan yang sepatutnya diketepikan.

Gunakan pengangkutan awam

Jika lokasi dari rumah ke tempat kerja tidak jauh, anda boleh berjalan kaki atau gunakan basikal. Jika jauh, cuba gunakan kenderaan awam. Anda pasti akan terperanjat dengan jumlah penjimatan bulanan anda bagi kos pengangkutan. Pasti lebih jimat jika anda dapat mengelak kos petrol, tempat letak kereta, tol dan juga belanja penyelenggaraan kereta anda.

Bancuh air sendiri

Sekiranya anda tidak boleh teruskan hidup tanpa kafein dan teh di kafe, ubah amalan itu. Optimumkan kemudahan ruang pantri di pejabat anda dengan membancuh air sendiri. Beli kopi, teh, gula dan susu. Bancuh sendiri, lebih murah, jimat dan kurangkan masa anda minum di kafe.

Bawa bekal

Mulakan membawa bekal makan tengah hari ke pejabat. Jika secara purata anda membelanjakan RM10 sehari untuk makan tengah hari, anda boleh jimatkan lebih kurang RM200 bagi satu bulan (20 hari bekerja). Ini bernilai RM2,400 setahun, satu motivasi yang cukup penjimatan.

Semak semula langganan

Semak semula langganan anda. Sekerap mana sebenarnya anda pergi ke gimnasium? Betulkah anda perlukan data yang banyak untuk telefon bimbit anda? Langganan sebegini mempunyai kos tersembunyi dan memerlukan komitmen.

Pastikan anda hanya melanggan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan sahaja.

Pilih kad kredit sesuai

Bagaimana penggunaan kad kredit anda? Jika anda sering tidak membuat pembayaran penuh, carilah kad kredit dengan kadar faedah terendah serta tiada yuran tahunan.

Jika anda membayar jumlah penuh setiap bulan, dapatkan kad yang mempunyai program ganjaran terbaik. Perkara yang paling penting untuk anda ingat ialah gunakan kad kredit secara berhemah. Bayar bil tepat pada masanya untuk elak daripada bayaran caj tambahan.

Pembayaran terus

Individu yang pelupa atau tidak teratur cenderung terlepas membayar bil tepat pada masanya. Pertimbangkan untuk melakukan pembayaran bil secara terus untuk elakkan yuran bayaran lewat. Tetapkan arahan akaun bank anda untuk membayar bil secara automatik.

Jangan tunggu sehingga saat terakhir dan berdepan risiko dikenakan caj bayaran lewat kerana penalti akan dikenakan bagi setiap kelewatan.

Pertimbangkan hiburan anda

Daripada anda keluar dan membelanjakan ratusan ringgit untuk makanan dan minuman serta tiket wayang, anjurkan pertemuan di rumah. Jemput kawan menonton filem atau cuma bersantai dan berborak dengan minuman. Jika anda perlu keluar, rancangkan tempat berkumpul di sebuah restoran yang menawarkan tawaran diskaun untuk kad kredit anda.

Bandingkan

Jika anda sering membeli barangan sama dari kedai sama, berhenti sekarang. Untuk jimatkan wang, selalu bandingkan harga barangan di beberapa kedai dan dapatkan harga termurah. Sesetengah barangan mungkin mempunyai diskaun di satu kedai tapi tidak di kedai lain. Tentukan barangan yang anda sering beli dan selalu perhatikan nilai yang ditawarkan.

Artikel dari Berita Harian, 22 Februari 2014

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN PIL TAHAN HAID (SAKIT PUAN)

 
Ubat yang mengawal pendarahan haid boleh sama ada mengandungi hormon menyerupai progesteron saja ataupun ubat pil perancang yang mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan hormon menyerupai progesteron.


SAYA akan mengerjakan umrah pada 13 April dan tarikh itu sama dengan tarikh kitaran haid saya. Sebelum itu saya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Bilakah sebenarnya saya harus memulakan pengambilan pil supaya saya lancar mengerjakan umrah dan melambatkan haid terbabit?

Selepas empat hari haid (sebelum ini), saya mula mengambil pil. Selepas 11 hari mengambilnya, saya mula sakit belakang, perut meragam dan rasa seperti senggugut.

Adakah saya harus berhenti dan adakah haid itu akan keluar awal kerana sakit yang saya alami ini simptom hendak didatangi haid?

Mala,
Selangor

RISAU KEADAAN TAK NORMAL (SAKIT PUAN)

SAYA masih bujang dan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Adakah normal sekiranya bukaan rongga faraj itu sentiasa terbuka dari bahagian bibir dalam?

Selain itu, terdapat bahagian yang tersembul keluar daripada rongga terbabit. Adakah bahagian terkeluar itu selaput dara?

Gadis bingung,
Kuala Lumpur.

HAID SEBULAN (SAKIT PUAN)

SAYA mempunyai masalah haid terlalu lama, kadang-kadang tempoh haid memakan masa hampir sebulan. Saya kini berumur 24 tahun dan belum berkahwin.

Apakah masalah yang saya hadapi ini? Di manakah saya boleh menghubungi doktor sakit puan di Terengganu?

Fara,
Terengganu.

ADA LEBIHAN DAGING DI PAHA (SAKIT PUAN)

SAYA ingin bertanya mengenai lebihan daging yang ada pada bahagian dalam paha saya. Adakah ia berbahaya? Adakah cara untuk menghilangkannya?

Puri,
Kuala Lumpur

SEBUTIR SUDAH MEMADAI (SAKIT TUAN)

MEMILIKI hanya satu buah zakar sememangnya dianggap keadaan tidak normal bagi setiap lelaki. Mereka yang menghadapi keadaan itu, sama ada disebabkan kemalangan atau secara semula jadi, pasti rasa tertekan.

Sepasang buah zakar menjadi pusat penghasilan telur atau lebih dikenali sebagai kilang sperma. Namun, bagaimana keadaannya bila seorang lelaki itu hanya memiliki satu buah zakar?

Pelbagai persoalan akan timbul. Adakah ia normal? Adakah lelaki itu mampu menghasilkan sperma seperti lelaki lain? Atau adakah lelaki itu mandul?

KETULAN MEMBESAR BAGAI TESTIS KETIGA (SAKIT TUAN)

BARU-BARU ini saya mendapati wujud ketulan yang membentuk seolah-olah testis ketiga dalam scrotum saya. Ketulan ini kadangkala mengecut dan ada kalanya membesar, lebih besar daripada testis sebenar.

Setiap kali bersin atau meneran ketika membuang air besar, ketulan itu akan membesar dan keras. Jika dipegang terasa sangat pedih sekali.

Untuk pengetahuan, saya masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sudah tiga tahun mengalami masalah ketulan ini yang asalnya hanya sebesar manik.

AZRI
Segamat, Johor

SELALU TERKENCING KETIKA SUJUD (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 23 tahun dan baru bertunang. Apabila rukuk atau sujud ketika bersolat, kadangkala air kencing terkeluar walaupun saya membuang air kecil sebelum solat. Masalah ini menyebabkan solat saya terjejas.

Masalah kedua, sewaktu berusia empat atau lima tahun, saya pernah terkena rembatan bola yang kuat di kawasan kemaluan, selain pernah beronani tetapi tidak kerap.

Pada waktu sekarang, bila keluar dengan tunang, kemaluan saya kerap ereksi hingga kadangkala rasa senak di bahagian kantung telur.

LEMAN
Puchong

KETIKA membaca keluhan anda, saya teringat kes lelaki yang meluahkan keluhan serupa iaitu kesedaran bahawa ereksi tak sekuat dulu selain rasa seperti air kencing terkeluar ketika rukuk.

Sebenarnya perkara dijelaskan itu memang wujud dari awal lagi, cuma ketika itu ia bukan isu. Malah, ia bukan isu langsung dan sebahagian besar masalah ini boleh diatasi dengan amalan tertentu.

Misalnya, air kencing terkeluar ketika rukuk atau sujud kerana pundi kencing penuh dan sebarang pergerakan sebegitu akan menekan pundi kencing, sekali gus membuatkan air kencing terkeluar.

Untuk mengelakkan ia berulang, pastikan anda buang air kecil dulu sebelum solat dan pastikan air kencing habis dengan mengemut serta melurut zakar, selain mencuci penghujung zakar sebelum memakai pakaian.

Bagi keadaan zakar senak sewaktu ereksi pula, ia berlaku apabila darah masuk dengan banyak ke dalam buah zakar dan membuatkannya kembang atau ‘congested’.

Ia akan lega apabila perasaan teruja ereksi berkurangan. Jika lambat lega, boleh dituam dengan ais!

Anda wajar membuat persediaan sebelum berkahwin dan mendapatkan panduan itu daripada pakar perubatan bertauliah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HANYA BERTAHAN DUA MINIT (SAKIT TUAN)

CEPAT KLIMAKS ditakrifkan apabila ejakulasi berlaku tidak lebih seminit ketika kemasukan ke dalam faraj

SAYA berusia 44 tahun dan berkahwin selama 20 tahun. Dari awal perkahwinan saya mengalami masalah pancutan pramatang tetapi alhamdulillah, ia tidak membawa kepada masalah perkahwinan.

Namun, kebelakangan ini saya rasakan masalah itu semakin teruk, menyebabkan saya tak dapat bertahan lebih daripada dua minit ketika melakukan tusukan. Saya mencuba teknik Kegel hampir dua tahun tapi masalah sama tetap berulang.

Baru-baru ini, saya terbaca mengenai ubat baru di pasaran iaitu Prilegy. Adakah ia sesuai atau terbaik pada masa ini? Untuk pengetahuan, saya tidak mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai BMI yang ideal.

RASHIDI
Langkawi, Kedah