Label

TANGGUH DAPAT ANAK

Amalan biasa pasangan keluarga, terutama di bandar

"SAYA baru berumahtangga. Namun, kami merancang untuk tidak mempunyaianak bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kami ingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya."

“Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak memakan pil pencegah? Dan untuk pengetahuan doktor, kami tidak suka memakai kondom sebab tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan kepada kami.”

Ini soalan lumrah yang saya terima. Fakta menunjukkan amalan merancang keluarga kini menjadi perkara biasa di kalangan pasangan lelaki dan wanita yang berumahtangga, terutama di bandar.

Buat pengetahuan, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan ‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan.

Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi menghalang kehamilan, dengan SYARAT diamalkan dengan baik seperti kaedah mengambil pil hormon, selain suntikan hormon.

Sama juga dengan kaedah kondom. Jika tidak digunakan dengan baik, ia boleh terlucut. Ada juga kemungkinan bocor atau koyak, sekali gus mendedahkan pasangan wanita kepada kehamilan jika perkara ini berlaku.

Bagaimanapun, ada sesetengah kaedah yang tidak boleh diamalkan jika belum mendapat anak seperti meletakkan alat mencegah kehamilan di dalam rahim.

Sehubungan itu, jika kita fikir dan berasa tidak selamat atau sangsi dengan semua kaedah merancang keluarga yang disebut di atas, tiada kaedah lain untuk membantu selain cara semula jadi.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan merancang hubungan kelamin ketika telur sudah keluar. Ia dikenali sebagai kaedah semula jadi atau ‘natural method’.

Namun, perlu diingatkan yang ia juga hanya berkesan jika putaran haid wanita itu tetap dan tepat.

Justeru, dalam satu bulan mungkin ada lebih kurang 10 hari yang mana kedua-dua pasangan itu dapat melakukan hubungan seksual.

Bagi pasangan baru berkahwin, mungkin mereka sukar mengamalkan kaedah ini berikutan daya kawalan nafsu masih terlalu ‘bergelora’ dan kerap memikirkan untuk melakukan hubungan intim, sama ada wanita atau lelaki.

Sehubungan itu, kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka, terutama melihat kebekersanan untuk mengelak kehamilan adalah 50 hingga 70 peratus, walaupun diamalkan dengan baik.

Keadaan ni kerana ada kemungkinan telur boleh keluar cepat atau lewat. Adajuga sperma yang boleh tahan lama dalam salur reproduktif wanita, dan ini boleh menyebabkan wanita itu hamil.

Saya syorkan pil merancang yang kini ada bermacam-macam formula yang mungkin sesuai untuk wanita yang ingin merancang keluarga secara berkesan.

Pil terkini kurang kesan sampingan dan selamat jika dibandingkan dengan pil dulu. Bagi yang masih berasa was-was, saya syorkan anda kunjungi klinik merancang keluarga terdekat untuk maklumat dan keterangan lanjut.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan