UNGKAPAN kehidupan bermula pada usia 40 tahun begitu sinonim dengan lelaki, namun bagi wanita pula usia itu dianggap permulaan kepada detik sukar, termasuk diketepikan suami daripada aspek seksual dan kemungkinan juga hidup bermadu.
Perlu diingatkan, hubungan seks adalah keperluan naluri dan batin manusia selain pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan.
Pasangan muda berkemampuan menikmatinya kerana tahap kecergasan dan kesihatan mereka yang optimum berikutan hubungan seks memerlukan daya tenaga dan kesihatan yang baik.
Peningkatan usia tidak bermakna pasangan itu tidak lagi dapat mengecapi kehidupan seksual menarik dan membahagiakan. Namun, ia tidak mungkin berlaku jika pasangan berkenaan tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan.
Bagi seseorang wanita, peningkatan usia tidak bermakna mereka tidak dapat menggembirakan suami, manakala bagi lelaki pula bukan hanya wanita muda dapat memuaskan mereka di bilik tidur.
Yang utama ialah selain menjaga penampilan, pastikan berat badan dalam tahap unggul. Kurang makan makanan berlemak dan lebihkan bijirin, sayuran dan buah-buahan.
Makan makanan tambahan seperti multi-vitamin dan zat galian yang sesuai untuk orang yang semakin meningkat usia. Lakukan senaman secara berkala untuk daya kegergasan badan atau ‘stamina’.
Pastikan juga anda menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala kerana penyakit kronik boleh muncul bila-bila masa. Jika disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, gout dan sakit sendi, tentu ia menjejaskan kemampuan dan keselesaan hubungan seks.
Wanita yang memasuki ambang putus haid perlu tahu tahap hormon Estrogen akan berkurangan. Pada masa sama, hormon Testosterone dan DHEA akan berkurangan dan ini adalah proses normal apabila seseorang meningkat usianya.
Sebagai peringatan, apabila hormon ini berkurangan, ia mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom kelesuan, keletihan, tidak bermaya, sakit sendi dan otot serta emosi meragam, selain kurang minat kepada hubungan seksual.
Golongan ini boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan mengenai masalah yang mereka hadapi atau mungkin dengan rawatan alternatif dan pengambilan hormon, kesihatan mereka kembali normal.
Tidak salah jika wanita itu mencuba makanan tambahan yang dapat membantu mengurangkan simptom merunsingkan mereka atau mendapat pandangan seterusnya cadangan ahli farmasi mengenai apa sepatutnya diambil mereka untuk kecergasan diri.
Buat pengetahuan, herba seperti ‘Remifemin’ dan ‘Phyto Kacip Fatimah’ dapat membantu dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebagai amaran, jangan beli ubat di kaki lima kerana dibimbangi mengandungi bahan berbahaya atau tidak mengandungi sukatan herba sebenar.
Perkara mustahak ialah wanita itu perlu berusaha membina keluarga harmoni dan hubungan seks — satu-satunya hubungan yang dapat merapatkan kemesraan dengan pasangan — perlu dijaga supaya kekal mengikut kemampuan dan keselesaan kedua-dua pasangan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan