KEBAHAGIAAN perkahwinan terletak pada alat sulit? Kedengarannya melucukan, tetapi itulah ungkapan yang kerap dijadikan bahan bualan di kalangan lelaki. Malah, ada yang terpengaruh sehingga sanggup membujang, bimbang apabila berkahwin kelak tidak mampu memuaskan pasangannya.
Tidak dinafikan, hubungan keintiman seksual mustahak dalam perkahwinan. Bagaimanapun, hubungan seksual bukan satu-satunya keperluan yang dapat membina rumah tangga.
Keperluan lain seperti kemesraan, kasih sayang, keprihatinan, belaian, penjagaan dan nafkah zahir juga mustahak.
Dalam Islam, perkahwinan digalakkan. Perkahwinan itu sebahagian daripada agama dan yang lain, iaitu kemesraan, kedamaian rumah tangga dan zuriat memantapkan keluarga itu.
Sentuhan intim mencetuskan perasaan syahwat dan membuka selera untuk hubungan seksual. Anggota seksual anugerah Tuhan kepada kita dan memang padan untuk kita mengikut baka dan keturunan.
Memang alat sulit satu keajaiban yang dianugerah Tuhan kepada manusia tetapi ia tidak perlu ditokok tambah, melainkan jika ada masalah yang hanya dapat dikenal pasti oleh doktor, bukan dukun, tukang urut atau rakan.
Alat sulit kelihatan kecil dalam keadaan biasa dan untuk lelaki gemuk ia termasuk dalam lemak tundun. Keadaan menjadi luar biasa apabila ereksi berlaku dan kelihatan terjojol.
Justeru, jangan terpedaya dengan cerita orang yang tidak tahu mengenai keadaan zakar yang tidak sama antara satu individu dengan individu lain.
Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum melakukan usaha bukan-bukan untuk tujuan membesarkan zakar. Jangan membeli pam vakum untuk membesarkan alat sulit kerana ia tidak mujarab dan mungkin memudaratkan.
Ada sistem tertentu (alat ‘penile extender’) yang dikenali sebagai Andropenis yang dapat mempengaruhi bentuk dan saiz zakar. Ia boleh digunakan dengan bimbingan doktor dan hanya disyorkan jika benar alat sulit individu itu kecil.
Jangan terpengaruh dengan maklumat di Internet mengenai ubat, senaman atau makanan yang dapat membesarkan alat sulit kerana ia karut belaka.
Berwaspada dengan pihak tidak bertauliah yang mengesyorkan cara suntikan untuk membesarkan alat sulit.
Ia berbahaya dan mengakibatkan isi zakar kelihatan besar, tetapi ketika ereksi berlaku, kekerasan tiada atau membuatkan zakar kelihatan kecil dan luas. Jika itu berlaku, cara pemulihan hanya melalui pembedahan.
Berdasarkan maklumat yang diterima, kaedah berisiko itu kini diamalkan sebilangan lelaki di Kuala Lumpur dan Pantai Timur dengan kos kira-kira RM500.
Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang mencuba berdepan pelbagai masalah. Nasihat saya, jangan kerana mahu membesarkan zakar, nyawa tergadai!
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan