Label

SUKAR DAPAT ANAK KEDUA

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak yang lahir pada tahun pertama perkahwinan saya. Selepas itu, saya dan isteri merancang keluarga menggunakan kondom. Pada tahun keempat, kami bercadang mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

Namun, setelah setahun setengah mencuba kami masih gagal. Buat pengetahuan doktor, aktiviti seks kami tiada masalah dan berjalan seperti biasa. Kami sudah berjumpa doktor dan diberitahu isteri saya sihat (mengalami ovulasi) tetapi masalah adalah di pihak saya.

Doktor mengatakan jumlah sperma saya tidak cukup dan saya diberi pil herba Tribestan keluaran Sopharma untuk meningkatkan bilangan ‘Motility Spermatozoa’. Untuk melihat kesannya, saya dinasihatkan memakan pil itu dua hari sekali selama enam bulan.

Soalan saya ialah, apa menyebabkan jumlah Motility Spermatozoa saya tidak cukup dan apakah cara lain yang lebih berkesan untuk saya mendapatkan anak? Selain itu, apakah kesan pengambilan pil ini?

ADAN
Kepong

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

ZURIAT ialah anugerah Tuhan dan hanya Dia yang maha mengetahui masalah sebenar dan dapat mengatasinya jika Dia izinkan.

Justeru, sambil berjumpa doktor untuk berusaha merancang anak kedua, anda suami isteri perlu sentiasa berdoa supaya hajat anda tercapai.

Mengikut maklumat, isteri anda dapat menghasilkan telur. Hanya anda mempunyai sperma yang kurang mantap dan mungkin kurang aktif.

Sehubungan itu, ada beberapa perkara yang anda perlu amalkan sebelum mencuba ubat atau herba penyubur.

Jika merokok, berhenti terus kerana bahan dalam asap rokok menekan kilang sperma dan mengakibatkan sperma kurang aktif serta tidak berbentuk normal.

Anda perlu memakai seluar dalam longgar supaya buah zakar tidak berada dalam suasana kepanasan.

Dalam kepanasan, kilang sperma akan menjadi kurang aktif dan sperma mudah kelihatan ‘letih’ atau tidak aktif.

Teruskan makan Tribestan. Ia bukan ubat, tetapi herba yang didapati dapat membantu mengaktifkan kilang sperma dan sel Sertoli dan sel Leydig untuk pemantapan sperma.

Herba ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan.

Jika dalam masa enam bulan, keadaan masih tidak berubah, anda perlu berjumpa semula pakar sakit tuan untuk ‘second opinion’ (pandangan sekali lagi).

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan