Label

SEGERA JUMPA DOKTOR JIKA BENGKAK (SAKIT TUAN)

BENGKAK pada mana-mana bahagian tubuh badan boleh berlaku akibat alahan atau kesan sampingan ubat

SAYA berumur 46 tahun dan ini kali kedua saya mengalami keadaan alat sulit bengkak. Adakah bengkak ini boleh terjadi atas sebab tertentu?

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah melanggan pelacur tetapi yang merisaukan saya ia terjadi seolah-olah macam ada jangkitan kuman. Mungkin sewaktu membuang air kecil tangan saya tidak bersih. Apakah ubat yang boleh saya gunakan bagi melegakan bengkak ini?

Naim
Kota Tinggi, Johor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

BENGKAK pada mana-mana bahagian tubuh badan boleh berlaku akibat alahan atau kesan sampingan ubat.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘angioneurotik edema’. Jarang bengkak berlaku akibat serangan kuman virus yang menyebabkan keradangan sistem limfatik.

Gejala ini akan bermula dengan demam dan kemudiannya perasaan sengal di bahagian kelengkang, timbul ketulan selain kulit anggota kelamin bahagian tempat berkhatan mengembang dan bengkak.

Apabila keradangan itu lega, maka bengkak akan lega namun ada kalanya ia mengambil masa.

Jika ia menjadi semakin ketara, ia memerlukan rawatan yang sepatutnya. Penyakit ini dikenali sebagai ‘lymphaedema’ atau kebengkakan sistem limfatik. Jika ia disebabkan jangkitan kuman, pemberian ubat antibiotik yang sesuai dapat melegakan jangkitan dan mengurangkan bengkak.

Jadi tanggapan anda yang mungkin terkena sentuhan tangan tak bersih itu kurang tepat kerana jangkitan ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa selain boleh berulang.

Apa yang mustahak anda perlu berjumpa doktor dan bukan sekadar makan ubat tanpa pemeriksaan. Langkah awal, tuam ais di tempat yang bengkak untuk kelegaan sementara.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan