Label

KECEWA SEMBILAN KALI KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

Bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran berturut-turut, risiko keguguran seterusnya meningkat sehingga 40 peratus berbanding hanya 15 peratus bagi wanita berusia di bawah 40 tahun.

SAYA sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Saya sering keguguran apabila kandungan mencecah 12 minggu. Sehingga kini, saya sudah keguguran sembilan kali.

Setiap tahun saya hamil tetapi kecewa. Setiap keguguran juga dilakukan rawatan D&C kerana bayi meninggal dalam kandungan tetapi tidak keluar.

Saya juga sering mengalami pendarahan apabila usia kandungan mencecah 12 minggu. Semua pemeriksaan saya dan suami didapati tiada masalah, tetapi saya tetap keguguran apabila hamil. Saya memang teringin menimang cahaya mata dan harap doktor dapat memberikan pandangan.

Su,
Kuala Lumpur

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ANDA tidak menyatakan usia anda. Keguguran berulang kali terutama apabila ia berturut-turut melebihi tiga kali perlu diperiksa puncanya.

Ini kerana bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran berturut-turut, risiko keguguran seterusnya meningkat sehingga 40 peratus berbanding hanya 15 peratus bagi wanita berusia di bawah 40 tahun. Malah, sesetengah penyakit jika dialami meningkatkan risiko keguguran sehingga 60 peratus jika tidak dirawat.

Apakah yang anda maksudkan dengan semua ujian terbabit? Anda dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan di hospital. Anda mungkin akan diminta menjalani pemeriksaan fizikal serta ujian darah seperti GTT bagi penyakit diabetes, profil hormon tiroid bagi penyakit tiroid, ujian bagi sindrom antifosfolipid, ujian bagi mengesan penyakit berkaitan pembekuan darah, ujian TORCHES bagi jangkitan kuman tertentu dan banyak lagi ujian darah. Di samping itu, doktor anda mungkin akan menjalankan imbasan ultrabunyi ke atas rahim dan ovari serta ujian sinaran-X (HSG) bagi mengetahui jika terdapat keabnormalan pada ruang dalam rahim.

Anda dan suami juga akan diminta menjalani ujian darah kromosom. Sudahkah anda menjalani ujian berkenaan?

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan