Doktor boleh melakukan ujian swab kultur kuman, ujian PCR swab kuman Chlamydia serta ujian Pap smear |
SAYA ingin bertanya mengenai bau kurang menyenangkan dari kemaluan. Sudah sebulan saya mengalami keputihan seperti lendir sebelum dan selepas haid.
Persoalannya, mengapa kemaluan berbau busuk seperti hanyir namun tiada rasa gatal atau sakit? Saya memang kurang selesa dengan keadaan ini. Adakah ia berpunca daripada ubatan yang saya ambil?
Ini kerana, keadaan ini berlaku selepas saya mengambil ubat pemutihan kulit dan saya sangka inilah puncanya namun saya kurang pasti. Saya juga sering menggunakan sabun biasa (gel mandian) untuk mencuci kemaluan selepas membuang air. Adakah ini juga punca bau kurang menyenangkan ini?
Adakah saya perlu ke klinik untuk mendapatkan rawatan atau perkara ini akan kembali normal selepas sekian waktu?
Aira,
Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
BAU hanyir lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman. Tidak semua jenis kuman dapat dikesan melalui ujian kultur pada swab lelehan faraj.
Ada jenis jangkitan yang dapat dikesan melalui perubahan sel permukaan serviks ujian Pap smear, contohnya jangkitan bakteria vaginosis yang juga sekumpulan bakteria yang menyebabkan lelehan jernih berbau hanyir dan kadangkala berbuih.
Doktor boleh melakukan ujian swab kultur kuman, ujian PCR swab kuman Chlamydia serta ujian Pap smear. Rawatannya berlainan untuk setiap kategori jangkitan terbabit.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan