Label

CINCIN CUMA HALANG DARAH KELUAR (SAKIT TUAN)

Penggunaan penambat ketika ereksi hanya menahan darah daripada tercicir keluar dari liang otot zakar yang mana jika berlaku, ereksi menjadi kendur.


SAYA membaca mengenai artikel doktor mengenai cincin zakar yang membolehkan seorang lelaki bertahan lebih lama. Boleh beri nasihat mengenai jenama diluluskan Kementerian Kesihatan dan selamat dipakai, selain di mana saya boleh mencarinya.

AMRI
Bangi, Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KAEDAH menambat zakar dengan gelang atau cincin diperbuat daripada kayu, tanduk lembu atau batu jed pernah diamalkan orang lama untuk mengekalkan ereksi.

Kefahaman ketika itu ialah kononnya zakar jika ditambat dengan tanduk, kayu atau batu, akan dapat semangat bahan digunakan.

Sebenarnya, dari aspek saintifik, penggunaan penambat ketika ereksi hanya menahan darah daripada tercicir keluar dari liang otot zakar yang mana jika berlaku, ereksi menjadi kendur.

Namun, penambat hanya dipasang setelah ereksi berlaku, bukan sebelumnya.

Saya pernah menguji cincin penambat zakar dikenali sebagai DR.MIT Ring diperbuat daripada campuran latex dan silikon dan saya mengulas mengenainya di televisyen satu ketika dulu.

Malah, kini wujud banyak cincin penambat zakar yang dijual di pasaran selain ada yang menggunakan nama saya untuk memasarkannya. Jika cincin itu tak dikaji, kita tidak akan tahu jika ia benar-benar berkesan.

Semua produk kesihatan dalam bentuk peralatan perlu didaftar dengan kementerian dan saya difahamkan, cincin yang saya kaji sudah didaftar.

Kebaikan penggunaan cincin penambat zakar bagi mengekalkan ereksi yang
cepat mengendur, mengekalkan ereksi supaya lama sedikit setelah lelaki mencapai klimaks cepat, supaya kekal berdayung untuk seketika.

Penggunaan cincin juga dapat mengelirukan minda kerana tekanan yang terasa di pangkal zakar akibat pemasangan cincin yang sedikit sebanyak mengurangkan perasaan geli di penghujung zakar.

Anda yang ingin mencuba cincin penambat zakar perlu pastikan ia tidak keras dan menyakitkan. Pastikan juga kandungan bahan digunakan tiada kimia seperti phthalates yang bertoksik atau racun kepada semua tisu dalaman.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan