Label

CECAIR HANYIR, MELEKIT (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 22 tahun dan masih belum berkahwin. Masalahnya, kadangkala bahagian dubur saya terdapat lelehan cecair yang melekit dan baunya hanyir menyebabkan rasa gatal di bahagian itu.

Masalah ini menyebabkan seluar dalam saya di bahagian belakang seperti berdarah hasil cecair itu. Mohon doktor dapat memberi nasihat dan pandangan sewajarnya.

Yus,
Sungai Siput, Perak


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MASALAH
pengeluaran cecair dari lubang dubur boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan. Untuk perempuan, kemungkinan berlaku itu lebih tinggi berikutan jangkitan kuman dan kulat boleh berlaku dari faraj.

Jangkitan dari faraj boleh menular ke lubang najis dan menghasilkan cecair yang pelbagai warna dan corak. Jangkitan juga boleh berlaku jika lubang dubur dirangsang dengan alat perangsang atau dijilat dalam aktiviti seks songsang.

Lapisan mukosa lubang dubur boleh menghasilkan cecair apabila mukosa itu radang akibat jangkitan.

Jarang kali cecair yang keluar dari dubur itu datang dari dalam usus yang terhasil akibat keradangan usus.

Ketumbuhan dari mukosa lubang dubur seperti ‘polyp’ dan buasir yang berdekatan pintu dubur juga boleh menghasilkan cecair tetapi jarang kali cecair itu berwarna coklat atau kelihatan macam darah.

Dalam masalah ini, anda perlu rujukan doktor. Doktor akan lakukan pemeriksaan dubur dengan alat pembuka dubur.

Sekiranya ada cecair melekit, doktor akan ambil calitan untuk dihantar ke makmal bagi diuji.

Suatu ketika dulu, cacing kerawit adalah salah satu penyebab lubang najis gatal dan mengeluarkan cecair. Jika kemungkinan ia berlaku, doktor akan memberi ubat pemusnah cacing kerawit seperti ‘Vermox’. Namun, dalam situasi anda, berjumpa doktor adalah langkah sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan