Kegagalan untuk melakukan lompatan yang betul boleh menyebabkan terasa kejang, sengal dan senak |
SAYA selalu melakukan aktiviti luar yang lasak seperti melompat dalam ketinggian dua ke tiga meter dan menyebabkan terasa seperti kejang, sengal dan senak di bawah bahagian zakar selepas membuat lompatan. Adakah ia normal bagi lelaki?
Imran
Klang, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
SEMUA aktiviti fizikal sememangnya akan mencergaskan tubuh badan dan membina otot serta tenaga badan. Bagaimanapun, sebelum melakukan aktiviti lasak, pengamalnya perlu lakukan latihan terlebih dulu mengenai cara untuk melakukan senaman lasak seperti cara melompat dan cara mengurangkan tekanan daripada hentakan ketika jatuh.
Hanya dengan mempelajari teknik yang betul, anda akan dapat mengurangkan risiko yang berlaku terhadap anggota tubuh badan.
Kemungkinan, kegagalan untuk melakukan lompatan yang betul menyebabkan anda terasa kejang, sengal dan senak di bahagian bawah pangkal zakar anda.
Sebenarnya bahagian yang anda nyatakan iaitu di bawah pangkal zakar terletaknya benteng otot kemut anda.
Sangat jarang berlaku kecederaan di bahagian berkenaan. Namun, dalam situasi anda, sebaik-baiknya hentikan aktiviti melompat buat sementara waktu hingga kecederaan itu lega. Ia akan mengambil masa lebih kurang tiga minggu.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan