Amalkan gaya hidup sihat dengan banyak melakukan senaman berkala dan makan makanan seimbang. |
SAYA berkahwin sebulan lalu dan inginkan zuriat. Namun apabila bersama isteri, saya gagal melakukan pancutan terutama pada waktu pagi. Di waktu malam, pancutan adalah normal. Ada kalanya saya terkentut. Apakah masalah saya sebenarnya? Sebelum berkahwin, saya pernah beronani dan saya juga perokok.
ZARI
Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
PERKAHWINAN memberi pelbagai penghayatan dan pengalaman dari segi hubungan intim. Anda mendapati keseronokan batin apabila berdampingan dengan teman idaman anda. Namun, setiap hubungan memerlukan penghayatan.
Semua yang anda alami adalah normal untuk lelaki baru berkahwin dan akan lebih baik apabila semakin lama usia perkahwinan anda.
Kentut juga biasa berlaku apabila anda terpaksa mengeraskan ereksi dengan mengemut dan mengeraskan perut, menyebabkan angin dalam usus besar tertekan keluar.
Nasihat saya, amalkan gaya hidup sihat dengan banyak melakukan senaman berkala dan makan makanan seimbang. Kurang atau hentikan tabiat merokok kerana ia amalan tidak sihat.
Kajian juga menunjukkan perokok tegar mudah mengalami mati pucuk dan kemandulan. Ini sebagaimana anda mengalami ereksi tetapi tidak cukup keras. Ia mungkin petanda awal kesan buruk rokok.
Jika ereksi kerap gagal atau kurang padat, anda perlu jalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor untuk mengesan jika ada masalah kesihatan yang terselindung seperti kencing manis, peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah.
Semua penyakit kronik mengancam syahwat lelaki dan menyebabkan masalah seksual.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan