Label

TIADA AIR MAZI KETIKA TERANGSANG (SAKIT TUAN)

 
Tidak semestinya air mazi terkeluar setiap kali ereksi berlaku atau lelaki itu teruja seks.


SAYA berusia 25 tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Saya musykil mengapa saya tidak pernah keluar air mazi. Saya pernah terdengar rakan berkata, apabila seseorang itu terangsang air mazi akan meleleh keluar. Masalahnya, saya tidak pernah merasakan keadaan seperti itu walaupun terangsang. Adakah keadaan ini normal?

LELAKI KELIRU
Kuala Lumpur

KENALI KUTIL ATAU KETUAT (SAKIT TUAN)

 
Ramai tidak tahu, sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks.


LELAKI sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, biji, kudis dan ketulan.

Sebenarnya, semua itu tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika ia memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan serta membahayakannya.

TIMBUL BENJOLAN TIDAK MENYAKITKAN (SAKIT TUAN)

 
Lelaki yang tidak pernah melakukan seks rambang, sama ada seks genital atau seks oral atau anal tak perlu khuatir mengenai STI.


SAYA mempunyai benjolan kecil pada hujung zakar dan seakan-akan mengandungi air di dalamnya. Adakah ia sejenis penyakit?

AZLI
Kepong, Selangor

RISAU ULSER KERANA SEKS ORAL (SAKIT TUAN)


SUDAH tiga minggu saya menghidapi masalah ulser di mulut dan sudah tiga kali juga saya berjumpa doktor bagi merawat masalah ini.

Sepanjang berjumpa doktor, saya mengambil pelbagai ubat serta ujian, termasuk serology test HIV dan herpes yang menunjukkan keputusan negatif.

Saya risau terkena jangkitan kelamin yang menyebabkan ulser di mulut akibat hubungan seks. Bagi ujian saringan darah HIV, adakah saya perlu menunggu enam bulan untuk melakukan ujian itu?

Ini membuatkan saya tertekan berikutan tidak tahu apa yang berlaku pada saya.

ZUBIR
Kuantan, Pahang

AIR KENCING BERCABANG (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar.

Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.

RAZAK
Tampoi, Johor

DARAH KELUAR BAGAI HAID (SAKIT PUAN)

Lazimnya kaedah implan menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung

SAYA melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah ‘mitral regurgitation’.

Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?

Rohaya,
Kuala Lumpur

KECEWA SEMBILAN KALI KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

Bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran berturut-turut, risiko keguguran seterusnya meningkat sehingga 40 peratus berbanding hanya 15 peratus bagi wanita berusia di bawah 40 tahun.

SAYA sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Saya sering keguguran apabila kandungan mencecah 12 minggu. Sehingga kini, saya sudah keguguran sembilan kali.

Setiap tahun saya hamil tetapi kecewa. Setiap keguguran juga dilakukan rawatan D&C kerana bayi meninggal dalam kandungan tetapi tidak keluar.

Saya juga sering mengalami pendarahan apabila usia kandungan mencecah 12 minggu. Semua pemeriksaan saya dan suami didapati tiada masalah, tetapi saya tetap keguguran apabila hamil. Saya memang teringin menimang cahaya mata dan harap doktor dapat memberikan pandangan.

Su,
Kuala Lumpur

SEGERA JUMPA DOKTOR JIKA BENGKAK (SAKIT TUAN)

BENGKAK pada mana-mana bahagian tubuh badan boleh berlaku akibat alahan atau kesan sampingan ubat

SAYA berumur 46 tahun dan ini kali kedua saya mengalami keadaan alat sulit bengkak. Adakah bengkak ini boleh terjadi atas sebab tertentu?

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah melanggan pelacur tetapi yang merisaukan saya ia terjadi seolah-olah macam ada jangkitan kuman. Mungkin sewaktu membuang air kecil tangan saya tidak bersih. Apakah ubat yang boleh saya gunakan bagi melegakan bengkak ini?

Naim
Kota Tinggi, Johor

CECAIR HANYIR, MELEKIT (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 22 tahun dan masih belum berkahwin. Masalahnya, kadangkala bahagian dubur saya terdapat lelehan cecair yang melekit dan baunya hanyir menyebabkan rasa gatal di bahagian itu.

Masalah ini menyebabkan seluar dalam saya di bahagian belakang seperti berdarah hasil cecair itu. Mohon doktor dapat memberi nasihat dan pandangan sewajarnya.

Yus,
Sungai Siput, Perak

HENTI SEMENTARA AKTIVITI MELOMPAT (SAKIT TUAN)

 
Kegagalan untuk melakukan lompatan yang betul boleh menyebabkan terasa kejang, sengal dan senak


SAYA selalu melakukan aktiviti luar yang lasak seperti melompat dalam ketinggian dua ke tiga meter dan menyebabkan terasa seperti kejang, sengal dan senak di bawah bahagian zakar selepas membuat lompatan. Adakah ia normal bagi lelaki?

Imran
Klang, Selangor

GADIS TAK TAHAN RASA GATAL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 16 tahun dan mengalami gatal-gatal pada bahagian faraj sejak dua bulan lalu. Pada awalnya saya fikir cuma kegatalan biasa selepas haid tetapi ia berterusan.

Rasa gatal itu mengganggu keselesaan saya terutama waktu malam sehingga mengganggu tidur saya. Saya kerap menggaru kerana tidak tahan dan menyebabkan kemaluan saya menjadi hitam. Untuk pengetahuan doktor, kegatalan yang saya alami bukan saja pada bahagian faraj tetapi juga di celah kelangkang. Kawasan yang gatal itu menjadi hitam dan kadangkala luka kerana digaru.

Namun sewaktu membuang air kecil, tiada rasa sakit. Apakah yang harus saya lakukan?

Gadis bingung,
Terengganu

ADA BAU KURANG MENYENANGKAN (SAKIT PUAN)

Doktor boleh melakukan ujian swab kultur kuman, ujian PCR swab kuman Chlamydia serta ujian Pap smear

SAYA ingin bertanya mengenai bau kurang menyenangkan dari kemaluan. Sudah sebulan saya mengalami keputihan seperti lendir sebelum dan selepas haid.

Persoalannya, mengapa kemaluan berbau busuk seperti hanyir namun tiada rasa gatal atau sakit? Saya memang kurang selesa dengan keadaan ini. Adakah ia berpunca daripada ubatan yang saya ambil?

Ini kerana, keadaan ini berlaku selepas saya mengambil ubat pemutihan kulit dan saya sangka inilah puncanya namun saya kurang pasti. Saya juga sering menggunakan sabun biasa (gel mandian) untuk mencuci kemaluan selepas membuang air. Adakah ini juga punca bau kurang menyenangkan ini?

Adakah saya perlu ke klinik untuk mendapatkan rawatan atau perkara ini akan kembali normal selepas sekian waktu?

Aira,
Selangor

CINCIN CUMA HALANG DARAH KELUAR (SAKIT TUAN)

Penggunaan penambat ketika ereksi hanya menahan darah daripada tercicir keluar dari liang otot zakar yang mana jika berlaku, ereksi menjadi kendur.


SAYA membaca mengenai artikel doktor mengenai cincin zakar yang membolehkan seorang lelaki bertahan lebih lama. Boleh beri nasihat mengenai jenama diluluskan Kementerian Kesihatan dan selamat dipakai, selain di mana saya boleh mencarinya.

AMRI
Bangi, Selangor

APABILA PAGI KURANG MENGASYIKKAN (SAKIT TUAN)

 
Amalkan gaya hidup sihat dengan banyak melakukan senaman berkala dan makan makanan seimbang.


SAYA berkahwin sebulan lalu dan inginkan zuriat. Namun apabila bersama isteri, saya gagal melakukan pancutan terutama pada waktu pagi. Di waktu malam, pancutan adalah normal. Ada kalanya saya terkentut. Apakah masalah saya sebenarnya? Sebelum berkahwin, saya pernah beronani dan saya juga perokok.

ZARI
Kuala Klawang, Negeri Sembilan