Label

18 BULAN PALING SESUAI (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA bersalin secara pembedahan pada April lalu dan bayi sulung saya itu kini berusia lapan bulan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya hamil anak kedua? Saya ingin tahu tempoh paling minimum yang membolehkan saya untuk hamil semula.

Ju
Putrajaya

JAWAPAN


RAWATAN perubatan sepatutnya mengambil kira faktor individu terbabit walaupun secara lazimnya ia berpandukan kepada beberapa perkara asas.

Selain tempoh jarak kelahiran terdahulu dengan kehamilan akan datang, usia wanita, komplikasi kelahiran terdahulu yang memungkinkan parut pembedahan pada rahim kurang tegar, masalah sewaktu kehamilan terdahulu dan seumpamanya juga memainkan peranan penting.

Anda seeloknya mendapatkan maklumat mengenai beberapa perkara berkaitan pembedahan kelahiran terdahulu:

- Jenis pembedahan sama ada ‘segmen bawah’ (LSCS) ataupun ‘segmen atas’ (klasik).

- Komplikasi sewaktu mengeluarkan bayi sehingga terpaksa membuat belahan jenis ‘T terbalik’.

- Komplikasi jangkitan kuman pada rahim (endometritis) yang menjadikan parut lemah dan mudah merekah atau koyak. Sekiranya ada mengalami pendarahan nifas berpanjangan, berbau atau mengalami demam sewaktu berpantang, anda mungkin mengalami komplikasi ini.

Tujuan menjarakkan kelahiran selepas pembedahan adalah untuk mengurangkan risiko rahim koyak atau pecah sewaktu kelahiran akan datang, malah ia juga boleh berlaku sebelumnya iaitu sewaktu kehamilan lagi.

Selain itu, tempoh yang dijarakkan ini membolehkan kesihatan ibu pulih semula dan paras hemoglobinnya menjadi optimum.

Secara amnya, tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan disarankan sebelum seseorang itu hamil semula.

Malah, ada doktor yang menasihatkan tempoh dua hingga tiga tahun sebagai langkah keselamatan. Tempoh kurang daripada 12 bulan, lebih-lebih lagi kurang daripada enam bulan dikaitkan dengan peningkatan risiko dinding rahim merekah atau pecah sewaktu kehamilan atau proses bersalin kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAYI TOLAK SUSU BADAN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA ibu kepada seorang bayi lelaki berusia empat setengah bulan. Saya bersalin melalui kaedah Caesarean dan selepas melahirkan anak, hanya mampu menyusukan bayi selama sebulan.

Keadaan ini agak mengecewakan kerana saya berazam untuk menyusukan anak melalui susu badan. Masalahnya bayi saya menolak untuk diberikan susu badan kerana lebih selesa menyusu botol. Mungkin ketika itu air susu badan saya agak berkurangan.

Adakah sebarang alternatif untuk mengaktifkan kembali air susu badan? Bagaimana memujuk bayi saya supaya dapat menerima susu badan walaupun dia sudah biasa menyusu susu botol?

Ibu Resah,
Kuching, Sarawak

JAWAPAN

MEMBINCANGKAN persoalan anda sama seperti wanita yang ingin menyusukan bayi angkat. Untuk menghasilkan susu badan, ia memerlukan semangat dan kerajinan kerana hasilnya tidak kelihatan dalam sekelip mata.

Faktor utama adalah rangsangan manual terhadap puting payudara kerana ia membantu menghasilkan hormon oksitosin yang akan memancutkan susu dari payudara.

Terdapat ubat yang dikatakan dapat membantu menghasilkan susu di dalam payudara walaupun sebenarnya ia hanyalah satu daripada kesan sampingan ubat terbabit iaitu ubat itu dihasilkan atau dipasarkan bukan untuk kegunaan menghasilkan susu badan.

Anda boleh pergi mendapatkan nasihat daripada kumpulan penyusuan badan yang lazimnya terdiri daripada jururawat dan doktor sesuatu hospital yang ditauliahkan sebagai hospital rakan bayi.

Bayi anda mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan semula dengan puting payudara berbanding puting tiruan yang lebih mudah. Kesabaran dan ketekunan sangat penting dalam perkara ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIDAK PERNAH DATANG HAID (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA tidak pernah didatangi haid sehingga umur saya kini 26 tahun dan bakal berkahwin. Saya mempunyai berat 40 kilogram dan tinggi 156 sentimeter.

Pada 2000, saya membuat pemeriksaan di hospital kerajaan. Difahamkan, doktor tidak dapat melihat ovari saya. Doktor itu menggunakan kaedah ultrabunyi, begitu juga pada laluan permukaan di bawah, ia tidak kelihatan.

Pada April 2008, saya didatangi haid tapi saya tidak pasti itu darah haid atau tidak. Darah itu berwarna kecoklatan yang datang untuk dua atau tiga hari saja.

Selepas itu, darah itu tidak muncul hingga kini. Adakah saya mengalami sebarang masalah pada saluran peranakan? Jika saluran peranakan tersumbat dan melakukan pembedahan, adakah saya boleh hamil?

Nora,
Kuala Lumpur.

JAWAPAN

SAYA jangkakan anda sebenarnya mempunyai ovari dan kedua-duanya berfungsi mengeluarkan hormon kewanitaan. Ovari tidak mudah kelihatan secara ultrabunyi melalui kulit abdomen, lebih-lebih lagi jika pada waktu itu pundi kencing tidak penuh.

Saya masih kurang jelas apa yang anda maksudkan dengan ultrabunyi melalui laluan permukaan di bawah, sangat jarang doktor melakukan ultrabunyi trans-vaginal (melalui faraj) ke atas gadis kerana ia boleh memberi trauma kepada selaput daranya.

Mungkin apa yang dilakukan doktor adalah ultrabunyi melalui dubur (trans-rektal) ataupun penghujung alat terbabit hanya menyentuh bibir kemaluan berhampiran bukaan faraj sahaja.

Ovari mengeluarkan hormon estrogen yang memberikan kita penampilan kewanitaan sama ada ciri-ciri fizikal, seksual dan perawakan. Tetapi untuk mendatangkan haid, kita memerlukan rahim (uterus atau kadangkala disebut sebagai peranakan).

Rahim adalah satu organ wanita yang terletak di bahagian tengah tubuh di belakang pundi kencing. Pada lapisan dinding rahim yang terdalam ini terbentuknya tisu haid (endometrium). Jika tidak berlaku kehamilan pada kitaran haid terbabit, tisu endometrium ini akan gugur dan menuruni pintu rahim ke dalam faraj sebelum keluar sebagai haid.

Sekiranya pendarahan pada 2008 itu adalah haid, ia mengubah keseluruhan perbincangan mengenai tatacara perawatan masalah anda ini. Tetapi jika sebenarnya episod pendarahan itu bukanlah haid dan anda sememangnya tidak pernah didatangi haid, anda mengalami masalah yang dinamakan amenorea primer di mana terdapat satu siri berlainan mengenai penyebabnya.

Menerusi amenorea primer, perkara pertama yang perlu dipastikan – adakah anda mempunyai rahim atau peranakan?

Memandangkan usia anda kini sudah pun 26 tahun, saya tidak menjangkakan anda mempunyai masalah penyumbatan laluan haid (iaitu faraj), ia lebih lazim dikesan dalam bulan awal gadis sepatutnya didatangi haid (awal belasan tahun).

Telahan saya, anda mungkin mempunyai masalah rahim sama ada ketiadaan rahim ataupun rahim terlalu kecil, keadaan ini dinamakan ‘Mullerian dysgenesis’.

Berjumpalah doktor pakar sakit puan untuk pemeriksaan dan kepastian, seeloknya biarlah sebelum berkahwin.

Sekiranya pemeriksaan fizikal mengesahkan anda mempunyai ciri-ciri seksual sekunder seorang wanita normal, besar kemungkinan anda membawa genetik perempuan dan mempunyai ovari.

Kemudian, penilaian selanjutnya adalah secara ultrabunyi pelvis melalui kulit abdomen untuk melihat sama ada anda mempunyai rahim ataupun tidak. Berpandukan kepada pundi kencing (seeloknya penuh), lokasi rahim adalah di belakang pundi kencing. Pada masa sama, keadaan ovari juga turut diperiksa, ovari anda saya jangkakan sebenarnya normal.

Sekiranya rahim anda tidak kelihatan melalui imbasan ultrabunyi, anda mungkin diminta menjalani ujian lanjutan untuk pengesahan secara imbasan MRI serta jika perlu, ujian lain bagi menilai keadaan organ lain yang berkaitan misalnya sistem pembuangan air kencing (buah pinggang dan saluran ureter) , imbasan jantung dan pemeriksaan pendengaran.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan menjalani pembedahan diagnostik secara laparoskopi untuk melihat secara terus keadan rahim (jika ada) dan juga organ peranakan yang lain.

Kadangkala, rahim sebenarnya ada tetapi pembentukannya terencat iaitu sangat kecil. Ini mungkin boleh dibantu dengan ubat pil yang mengandungi hormon estrogen dan progestin untuk merangsang endometrium untuk membesarkan saiznya dan membolehkannya didatangi haid walaupun sedikit pada permulaannya.

Selain itu, jika rahim ada, anda mempunyai peluang untuk hamil (walaupun kecil).

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

INGIN TAHU KESAN MANJAKANI (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA keguguran anak kedua dalam masa dua minggu di dalam rahim dan doktor menyarankan supaya melakukan cucian perut bagi membersihkan rahim yang mengalami pendarahan lebih seminggu.

Saya juga tidak mendapatkan urutan tradisional kampung selepas anak pertama saya dilahirkan. Selepas itu, saya tidak mengambil sebarang ubat perancang keluarga tapi saya cuma memakan buah manjakani selama sebulan selepas mengalami keguguran.

Kini saya merancang untuk anak ketiga. Adakah tindakan saya memakan buah majakani menyebabkan saya tidak mengandung?

Mungkinkah ia disebabkan cucian perut oleh doktor terbabit? Saya ingin meminta nasihat doktor untuk saya merancang zuriat berikutnya.

ASNAH
Shah Alam, Selangor

JAWAPAN

SAYA tidak dapat memberi komen mengenai kesan sampingan manjakani (quercus infectoria) kerana tidak dibuat perbandingan kesahihannya secara ujian statistik saintifik, tetapi hanya secara perbandingan umum atau pemerhatian.

Prosedur ‘cucian perut’ yang anda maksudkan pula adalah prosedur ‘suction & curettage’ ke atas permukaan dalaman rahim yang disyaki masih mengandungi sisa kandungan yang masih melekat.

Seeloknya semua hasil ‘cuci’ ini dihantar untuk pengesahan makmal, bukan sahaja untuk mengesahkan terdapat sisa kandungan, tetapi untuk memastikan tidak terkandung tisu dinding otot rahim kerana ia boleh membawa erti kemungkinan komplikasi jangka panjang yang membabitkan kesuburan.

Prosedur itu jarang menyebabkan gangguan kesuburan kecuali jika anda mengalami jangkitan rahim (endometritis) ataupun hakisan otot rahim (sindrom Asherman).

Anda pernah hamil dua kali, berkemungkinan anda masih belum mempunyai masalah kesuburan. Jika ada pun, peluang anda berjaya hamil dengan rawatan kesuburan lebih tinggi berbanding wanita yang belum pernah hamil.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID TIDAK TERATUR SEJAK DARA (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada Jun 2010. Ketinggian saya ialah 160 sentimeter dengan berat 70 kilogram.

Saya teringin menimang cahaya mata secepat mungkin, tetapi mempunyai masalah haid tidak teratur sejak anak dara lagi. Pada mulanya haid teratur, tetapi setelah berjumpa doktor pakar untuk masalah jerawat pada muka dua tahun lalu, haid saya tidak teratur.

Saya mungkin mengambil ubat yang agak kuat menyebabkan tidak boleh hamil ketika pengambilan ubat jerawat itu.

Kemudian, saya berjumpa pakar sakit puan untuk mengatasi masalah haid. Hampir setengah tahun membuat susulan sehingga April 2010 dan haid saya kembali seperti biasa seperti sebelum berkahwin.

Bagaimanapun, apabila berkahwin, haid saya tidak teratur semula. Saya datang haid pada Jun, Julai kemudian September dan terkini pada 20 Disember lalu.

Adakah ubat untuk mengawal jerawat menjadi punca haid tidak teratur? Adakah saya berpeluang untuk hamil secara semula jadi atau perlu pengambilan ubat kesuburan?

Shim,
Shah Alam, Selangor.

JAWAPAN

SAYA  keliru dengan kenyataan anda sama ada mengalami haid tidak teratur sejak penggunaan ubat jerawat dua tahun lalu pada usia 26 tahun atau lama sebelum itu.

Anda tidak menyatakan tempoh penggunaan ubat jerawat terbabit. Saya andaikan ubat ini mungkin mengandungi bahan isotretinoin atau asid retinoik yang boleh menyebabkan kecacatan janin jika hamil dalam waktu berkenaan.

Apabila berjumpa pakar sakit puan, anda tentu sudah diberi penjelasan mengenai penyebab haid tidak teratur pada diri anda. Lazimnya ia disebabkan gangguan pengeluaran telur, sama ada jarang-jarang (oligo-ovulasi) atau tiada langsung (anovulasi).

Pada masa sama, doktor akan membuat pemeriksaan atau ujian pengecualian terhadap penyakit lain yang juga boleh menyebabkan gangguan haid contohnya hormon tiroid dan prolaktin.

Saya jangkakan mungkin penyakit anda ada kaitan dengan sindrom tertentu yang menyebabkan:

- Gangguan haid akibat gangguan pengeluaran telur

- Berlebihan hormon kelelakian (jerawat, kulit kasar dan berminyak serta rerambut tubuh berlebihan)

- Berlebihan berat badan (berat yang sesuai untuk ketinggian anda adalah di antara 49 hingga 63.7 kilogram)

Ubat mendatangkan haid lazimnya hanya bertindak pada lapisan endometrium sahaja, sama ada menebalkannya dahulu (menggunakan bahan estrogenik) atau mematangkannya (menggunakan bahan progestin).

Penyiasatan lanjut ke atas keupayaan ovari anda untuk menghasilkan telur matang serta ovulasi boleh dilakukan.

Jika ada, peluang anda hamil semula jadi memang ada, tetapi jika tiada, anda mungkin memerlukan rawatan kesuburan. Bahan isotretinoin atau asid retinoik juga boleh menyebabkan gangguan haid, tetapi dijangka pulih dalam masa tiga hingga enam bulan penggunaannya dihentikan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID DATANG SEMULA PADA USIA 64 TAHUN (SAKIT PUAN)

SOALAN

IBU saya kini berusia 64 tahun dan baru-baru ini ada memberitahu dia didatangi haid semula.

Sebenarnya haid ibu saya sudah berhenti semasa usianya 43 tahun.

Saya tidak pasti sama ada darah yang keluar itu adalah darah haid atau sebaliknya.

Adakah saya perlu membawa ibu untuk mendapatkan rawatan doktor pakar?

Ingin Tahu,
Kuala Lumpur.

JAWAPAN

SAYA nasihatkan anda segera membawa ibu anda berjumpa pakar sakit puan.

Sekiranya terdapat pakar sakit puan gine-onkologi (dengan kepakaran tambahan dalam bidang kanser sakit puan), pilihan ini lebih baik.

Secara semula jadi, putus haid (menopaus) dialami oleh wanita berusia di antara 45 hingga 55 tahun, kebanyakannya mengalaminya pada usia 50 hingga 51 tahun.

Doktor pakar akan memastikan tiada masalah pada faraj, pintu rahim (serviks) dan rahim ibu anda.

Di samping itu, kedua-dua ovarinya juga akan diperiksa walaupun pada usia begini, saiz ovari menjadi kecil dan menyebabkan ia mungkin sukar dikesan menggunakan pemeriksaan fizikal mahupun ultrabunyi.

Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk ibu anda menjalani pemeriksaan kesihatan am.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA SEKS USIA MUDA (SAKIT PUAN)

SEDARKAH anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,000 nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Dalam konteks Asia, sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143,000 kematian. Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan.

Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat kanser ini dan 80 peratus pesakit dikesan pada tahap akhir.

Kebanyakan kes kanser pangkal rahim disebabkan sejenis virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus (HPV). Ia disebarkan melalui hubungan seks. Virus itu akan menyerang sel-sel pada rahim sebelum menyebabkan perubahan pada sel-sel selular dan menjadi berbahaya.

HPV ialah satu kumpulan virus yang terdiri daripada lebih 100 virus saling berhubung kait. Ia juga dipanggil papillomaviruses kerana sesetengah daripada jenis virus itu boleh mengakibatkan ketumbuhan atau papiloma yang tidak berbahaya. Misalnya, virus yang menyebabkan kutil biasa di tangan dan kaki.

Namun, ia akan menjadi berbahaya apabila ketumbuhan berlaku di bahagian tengkorak atau genital (organ pembiakan).

Sekiranya dirawat jangkitan HPV akan hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan penyakit yang berisiko meragut nyawa.

Tetapi pendedahan lama tanpa merujuk kepada doktor akan menyebabkan perubahan dalam sel. Inilah yang meningkatkan risiko wanita terdedah kepada kanser pangkal rahim.

Menjelaskan tentang kanser pangkal rahim, Pakar Runding Obstetrisian dan Ginekologi Pusat Perubatan Pakar Pantai Klang, Selangor, Dr. S. Jeevaretanam berkata, mereka yang sering bertukar pasangan seks berisiko dijangkiti HPV.

Selain itu, mereka yang melakukan hubungan seks seawal usia 16 tahun turut berisiko.

"Wanita yang mempunyai tabiat merokok, melakukan hubungan seks dengan lelaki yang sering bertukar pasangan, penggunaan kontraseptif oral dalam jangka masa yang lama dan obesiti antara berisiko dijangkiti HPV. Bagaimanapun, terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan virus tersebut yang sekali gus mencegah serangan kanser pangkal rahim.

Ia juga dapat mencegah lebih daripada 70 peratus jangkitan virus dan kanser itu," tambahnya.

Dalam pada itu, timbul juga isu sama ada pemberian vaksin HPV secara percuma untuk pelajar berumur 13 tahun menggalakkan seks usia muda.

Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan berusaha memberi kesedaran kepada rakyat tentang kanser ini.

Vaksin HPV sebenarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai pencegahan awal.

Selain mengambil vaksin yang sesuai untuk mencegah jangkitan virus HPV, pemeriksaan Pap Smear juga digalakkan supaya langkah pencegahan diambil lebih awal. Dr. S. Jeevaretanam menjelaskan, pemeriksaan Pap Smear adalah kaedah mudah melihat sebarang perubahan pada sel-sel dalam pangkal rahim.

"Semua wanita digalakkan melakukan ujian Pap Smear diikuti pemeriksaan pelvik. Ujian tersebut perlu dibuat dalam tempoh masa tiga tahun setelah mempunyai hubungan seksual ataupun sudah pun berusia 21 tahun.

Ujian seperti itu merupakan perlindungan terbaik bagi menghalang wujudnya virus yang mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang," tambahnya.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU DARAH KELUAR BERKETUL-KETUL (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 23 tahun dan sudah berkahwin. Saya datang haid ketika berumur 10 tahun lagi.

Masalah saya kini haid berpanjangan, kadang-kadang sampai sebulan. Saya memang risau kerana haid saya juga berketul-ketul.

Sudah banyak kali saya berjumpa doktor, tetapi tidak tahu masalah saya. Saya berharap doktor dapat memberi pandangan.

Eja,
Kuantan, Pahang.

JAWAPAN

SAYA cadangkan anda berjumpa pakar sakit puan berhampiran untuk:

- Menjalani pemeriksaan fizikal, pemeriksaan menggunakan spekulum ke dalam faraj, ultrabunyi pelvis ke atas rahim dan ovari serta ujian darah hormon.

- Menilai lebih lanjut ke atas kemungkinan masalah di dalam rahim atau endometrium misalnya polip, hyperplasia dan seumpamanya. Ia lebih mudah dikesan menggunakan teknik ultrabunyi trans-vaginal.

- Mengetahui tahap pendarahan ke atas paras hemoglobin darah anda serta kesan (jika sudah berlaku anemia atau kekurangan darah).

- Diberikan rawatan ubat-ubatan bagi menghentikan pendarahan sementara menunggu hasil ujian dan rawatan sebenar. Jika perlu, anda mungkin diminta menjalani persampelan tisu endometrium secara biopsi ataupun DD&C.

- Mengetahui kesan lain yang berkait dengan penyakit anda misalnya pembesaran dan pengeluaran telur.

- Ujian Pap smear juga akan dilakukan (memandangkan anda sudah memulakan hubungan seks) walaupun ia mungkin tiada kaitan dengan masalah pendarahan anda.

Sewaktu ujian ini, doktor juga akan melihat permukaan faraj sehingga penghujung atasnya dan permukaan pintu rahim.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PULIHKAN NAFSU SECARA SEMULAJADI

NAFSU SEKS BAIK SUAMI MAHU PUN ISTERI ADA PASANG SURUTNYA. ADA MASANYA GHAIRAH BERGELORA HINGGA TIDAK DAPAT DITAHAN-TAHAN LAGI DAN ADA KETIKANYA LANGSUNG TIDAK BERNAFSU WALAU PUN SUDAH DIGODA BERIA-IA OLEH PASANGAN.

Namun sekiranya nafsu seks berpanjangan merudum maka sudah masanya untuk bertemu doktor untuk mengetahui sebab dan cara rawatannya. Pun begitu untuk mengakui punya masalah seks bukan sesuatu yang mudah.

Ramai yang sanggup memendamkannya daripada bertemu doktor kerana masih gusar dan dibayangi perasaan malu. Bagi anda yang termasuk golongan ini sebagai langkah permulaan anda mungkin boleh mencuba dulu cara semula jadi di bawah ini untuk mengatasi masalah nafsu yang semakin menghilang entah ke mana.

1. Kembalikan keyakinan diri

Tidak ada yang dapat menurunkan hasrat seksual seseorang selain rasa rendah diri. Oleh itu cubalah untuk mendapatkan kembali keyakinan diri. Manjakan diri ketika anda berasa tidak yakin ataupun sisihkan waktu untuk bersantai atau melakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda berasa lebih baik.

2. Urutan

Teknik urutan dapat dilakukan untuk meningkatkan rangsangan seksual terutama jika anda sedang stres, runsing atau marah. Sediakan bilik dengan suasana yang romantik, muzik yang lembut dan mulakan mengurut pasangan. Setelah siap mintalah pasangan mengurut anda pula.

3. Makan dengan betul

Jika tubuh lemah akibat tahap kesihatan yang buruk, tidak mustahil hubungan seksual juga akan terkena tempiasnya. Bukan saja masalah nafsu makin menurun tapi anda juga mungkin menghadapi masalah yang berkaitan dengan organ seksual anda. Bagi mengelakkan masalah ini dari berlaku amalkan pemakanan yang sihat. Makanlah lima sehingga sembilan jenis buah-buahan dan sayuran sehari untuk menjaga kesihatan. Vitamin dan antioksidan yang terkandung pada makanan akan membantu menjaga aliran darah pada organ seksual dan mencegah penyakit kronik tertentu.

4. Kurangi berat badan

Memiliki berat badan yang berlebihan mampu mempengaruhi kualiti kehidupan intim. Obesiti dapat menimbulkan penyakit pembuluh darah yang mengurangi aliran darah ke organ genital. Akibatnya ereksi sukar terjadi.

5. Senaman

Senaman teratur akan membantu meningkatkan aliran darah ke organ seksual. Selain itu, ia juga dapat membantu anda merasa lebih yakin pada diri sendiri. Sesuatu yang dapat meningkatkan keyakinan diri akan meningkatkan nafsu seks.

6. Berhenti merokok

Jika anda memang seorang perokok, fikirkanlah akan kemungkinan anda menghadapi masalah seks. Memang telah lama dikenal pasti bahawa rokok memiliki pengaruh yang buruk terhadap aliran darah ke organ seksual. Ia mampu menyebabkan penyempitan pembuluh darah di bahagian sulit. Di samping itu merokok juga melemahkan stamina baik untuk melakukan kegiatan harian mahupun aktiviti seks.

7. Hilangkan stres

Salah satu punca nafsu semakin menghilang adalah kerana stres. Tekanan di tempat kerja, masalah dengan pasangan ataupun anak-anak menyebabkan otak penat hingga tiada lagi memikirkan tentang aspek seks. Oleh itu belajarlah menguruskan stres jika tidak mahu kehidupan seks anda terus merudum.

Herba Berguna Untuk Tenaga Batin

• Ginko biloba

Herba yang memiliki khasiat penyembuhan ini berasal dari daun-daun tumbuhan ginko biloba. Ia dikatakan dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan organ seksual. Ginko biloba juga diyakini memiliki kesan meningkatkan hasrat, kesenangan seksual dan orgasma.

• Yohimbine


Ia mungkin agak asing bagi masyarakat kita namun Yohimbine telah lama digunakan di Afrika sebagai ubat perangsang nafsu berahi dan sering di sebut Viagra semula jadi. Yohimbine diyakini dapat memperbaiki impotensi pada lelaki walaupun percubaan secara klinikal belum lagi terbukti.

• Tongkat Ali

Sejak berzaman masyarakat Melayu mengaitkan herba ini dengan keperkasaan lelaki. Justeru tidak hairanlah banyak minuman dan juga ubat tradisi bagi memulihkan tenaga batin yang menggunakan herba ini. Tak salah juga jika anda mahu mencubanya.

(Sumber Mingguan Wanita)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

INGIN TAHU PROSES LAKUKAN IVF (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berusia 31 tahun dan pada Oktober 2010, saya menjalani laparoskopi kerana mengandung luar rahim.

Doktor sudah membuang tiub fallopio di sebelah kiri, sebelum itu saya sudah menjalani HSG dan doktor mengesahkan tiup fallopio sebelah kanan saya tersumbat.

Jalan terakhir untuk saya mendapatkan zuriat adalah dengan melakukan rawatan tabung uji (IVF). Bolehkah doktor terangkan proses yang harus saya lalui jika ingin melakukan IVF? Berapakah kos untuk melakukan IVF?

Shima,
Kuala Lumpur.

JAWAPAN

GABUNGAN penilaian sewaktu pembedahan laparoskopi dan maklumat HSG terdahulu dapat memberikan maklumat ke atas beberapa perkara berikut:

- Punca anda mengalami kehamilan ektopik contohnya endometriosis dan PID melalui pengamatan ke atas seluruh kandungan ruang pelvis anda.

- Keadaan tiub fallopio kanan anda sewaktu pembedahan laparoskopi.

- Prosedur 'salpingotomy' (jika ada dilakukan) bagi membuka tiub fallopio kanan yang dikatakan tersumbat.

- Rawatan perubatan susulan pembedahan terbabit.

IVF adalah proses rumit yang lazimnya hanya dilakukan oleh pakar sakit puan yang setelah itu menjalani latihan lanjut dalam bidang IVF.

Secara amnya terdapat tiga protokol rawatan IVF yang berbeza mengikut jenis ubat dan tempoh rawatan. Ia membabitkan beberapa proses:

1. Merangsang pembesaran sekumpulan telur di dalam ovari kanan dan kiri (lazimnya menggunakan sejenis suntikan yang diambil setiap hari sebelum ditambah suntikan kedua sehingga pada hari terakhir suntikan di mana suntikan ketiga akan diberi).

Pemantauan berterusan amat penting (termasuk pemerhatian anda terhadap perubahan yang dirasai) untuk mengelakkan komplikasi terlebih rangsangan, ini dinamakan sindrom hiper-stimulasi ovari atau OHSS.

2. 'Menyedut' kantung telur berpandukan imbasan ultrabunyi faraj (lazimnya menggunakan pembiusan atau ubat tidur). Anda lazimnya dibenarkan pulang pada hari yang sama tetapi diberikan cuti rehat.

3. Suami mengeluarkan air mani pada hari terbabit.

4. Di makmal IVF - sperma dan telur akan dieramkan bersama di dalam bahan cecair khas dan inkubator. Keesokannya pakar embriologi akan menilai sama ada sudah berlaku persenyawaan membentuk embrio.

5. Embrio yang terbentuk akan dieramkan untuk beberapa hari lagi. Anda juga diberikan ubat tertentu untuk membantu persediaan rahim menerima embrio kelak.

6. Embrio kemudiannya akan dimasukkan ke dalam rahim anda menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi. Tidak perlu berpuasa dan anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.

7. Ujian darah pengesahan kehamilan akan diaturkan pada kira-kira dua minggu selepas prosedur 'menyedut' telur.

Kos IVF adalah mahal, kebanyakannya sekitar RM12,000 hingga RM16,000 mengikut usia anda (keperluan dos ubat sederhana sahaja).

Sekiranya layak, anda boleh memohon bantuan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang menanggung kos IVF di pusat IVF terpilih. Peluang kejayaan sekali rawatan adalah sekitar 25 hingga 35 peratus, bagaimanapun ia bergantung kepada penyakit yang anda alami.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT DI PERUT, KENCING BERDARAH (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA seorang suri rumah dan baru bersalin enam bulan lalu. Selepas bersalin, saya mengambil pil perancang dan menyusukan bayi.

Ketika anak saya berusia dua bulan, saya mengalami kencing berdarah. Apabila kencing, saya tak berasa sakit tapi rasa ingin kencing lagi walaupun sudah kencing. Saya juga rasa sakit di bahagian perut terutama apabila saya mengangkat benda berat atau terlalu penat.

Saya mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengatakan saya mungkin mengalami batu karang. Saya ingin bertanya, adakah memakan pil perancang boleh menyebabkan batu karang?

Sehingga kini, hampir setiap hari saya menahan sakit dan kencing berdarah apabila mengangkat benda berat dan kadangkala sakit bahagian perut dan kencing berdarah selepas bersama dengan suami.

Adakah saya perlu menjalani ujian Pap smear atau rawatan lain?

Lily,
Kota Kinabalu, Sabah

JAWAPAN

PERKARA pertama adalah memastikan sama ada benar pendarahan itu berasal daripada sistem kencing ataupun faraj ataupun sebenarnya air kencing yang bercampur dengan darah haid.

Adakah darah itu sebati bercampur dengan air kencing ataupun adakah ia hanya dikesan apabila anda mengesat kemaluan?

Sekiranya anda disyaki mengalami batu karang dalam air kencing, pemeriksaan susulan lazimnya akan dilakukan bagi memastikan batu karang itu sudah keluar melalui air kencing.

Selain ujian air kencing, ujian sinaran-X dan/atau ultrabunyi dapat membantu mengesan lokasi batu karang ini. Anda juga mungkin dinasihatkan menjalani prosedur kecil menggunakan teropong ke dalam pundi kencing.

Ada juga kemungkinan ia bukannya batu karang tetapi jangkitan kuman di dalam air kencing yang lazimnya disebabkan bakteria. Mungkin juga pendarahan itu akibat luka pada bahagian bukaan saluran kencing (urethra) yang berlaku akibat geselan hubungan seks. Sama ada ia disebabkan batu karang ataupun jangkitan kuman, kedua-duanya memerlukan rawatan khusus.

Selain itu, doktor mungkin akan menjalankan ujian lanjut sekiranya anda disyaki mengalami kelainan pada kedudukan atau fungsi otot pengawal bukaan (sfinkter) saluran kencing. Kadangkala, kelemahan pundi kencing dan sfinkter ini boleh disebabkan trauma yang berlaku sewaktu proses bersalin.

Kita sedia faham setiap ubat atau bahan mempunyai kesan sampingan tersendiri. Namun dalam dunia perubatan moden, sesuatu ubat moden yang tersenarai untuk kegunaan umum perlu melalui tempoh ujian tertentu dan disahkan mempunyai kebaikan melebihi keburukannya. Kesahihan ujian ini bukan dilihat dari segi pengamatan tetapi mesti melepasi ujian kesahihan secara analisis statistik.

Setelah diluluskan untuk kegunaan umum, kesan sampingan ubat-ubatan ini masih dipantau dan laporan kesan sampingannya diberi perhatian, ia mungkin akhirnya mengubah hasil kajian.

Terdapat kesan sampingan kategori 'rendah', 'sangat rendah atau jarang' dan 'belum ditentukan' kekerapannya. Anda juga perlu faham, setiap orang menunjukkan pengalaman kesan sampingan yang berbeza apabila menggunakan sesuatu ubat, ada yang serasi dan sebaliknya ada yang didapati tidak sesuai.

Penggunaan pil perancang jenis tertentu ada dilaporkan menyebabkan masalah buah pinggang. Anda dinasihatkan berbincang dengan doktor mengenai hal ini. Ujian Pap smear memang disarankan bagi wanita yang pernah melakukan hubungan seks.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KAKI SERING KEKEJANGAN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA sering mengalami masalah angin dalam badan yang menyebabkan badan sakit-sakit. Sejak kebelakangan ini, sakit angin itu makin ketara menyebabkan bahagian pinggang sehingga kaki sebelah kanan saya sering sakit seperti kekejangan, terasa urat di bahagian itu juga terlalu tegang.

Saya berasa sangat sakit untuk berdiri tegak atau rukuk. Sukar untuk meluruskan kaki apabila berbaring dan rasa sakit amat ketara apabila bangun tidur.

Saya pernah beberapa kali bertemu doktor dan menyatakan masalah ini mungkin disebabkan otot. Saya sering diberikan uban tahan sakit.

Sakit itu akan hilang seketika selepas mengambil pil untuk tempoh lima hingga enam jam. Tapi saya keberatan untuk bergantung pada pil tahan sakit kerana bimbang kesan sampingannya. Saya juga pernah berurut tetapi masih belum pulih.

Untuk pengetahuan doktor, saya menghidap gastrik dan masalah angin dalam badan. Saya baru berumur 23 tahun dan belum berkahwin.

Apakah nasihat doktor untuk menangani masalah ini?

Odah,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

SUKAR untuk menamakan masalah anda dalam istilah perubatan moden kerana tiada penyakit yang dinamakan angin badan kecuali kembung perut atau usus.

Organ lain badan kebanyakannya mengandungi otot, lemak, salur darah, saraf, ligamen, sendi dan tulang, hampir semuanya padu berisi dan bukannya seperti usus atau perut yang boleh mengembang untuk mengisi muatan dan mempunyai mikro-organisma yang mengeluarkan gas atau angin.

Dalam keadaan anda pula, ‘angin’ yang dikatakan ini bukan sahaja terhad kepada pinggang dan bahagian kaki, tetapi juga dalam badan dan gastrik.

Anda bolehlah mendapatkan pemeriksaan doktor pakar tulang (otopedik) pula. Mungkin ia berkait dengan masalah saraf terhimpit pada tulang belakang sehingga menyebabkan bahagian tertentu lenguh-lenguh atau sakit. Ia boleh berlaku lebih-lebih lagi jika seseorang aktif dalam kegiatan aktiviti lasak atau fizikal sehingga mengalami trauma hentakan sama ada disedari ataupun tidak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MAHU TAMBAH BERAT BADAN CARA SIHAT (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA sudah ada tiga cahaya mata, tetapi terlalu kurus dengan ketinggian 157 sentimeter dan berat 42 kilogram saja.

Selepas anak saya yang ketiga berhenti menyusu badan, payudara saya seperti tiada. Anak bongsu saya kini berusia lapan tahun.

Saya ada terbaca artikel menyatakan pengambilan pil perancang boleh menambahkan berat badan. Adakah ia benar?

Saya juga cuba mengikut diet yang sesuai untuk menambah berat badan tapi tak bertambah. Bagaimana cara yang sesuai untuk menambahkan berat dengan cara yang sihat?

Shima,
Kuala Lumpur.

JAWAPAN

DENGAN ketinggian anda, berat badan yang ideal adalah antara 47 hingga 61 kilogram.

Ramai ibu yang mengalami kekenduran payudara setelah menghentikan penyusuan badan kerana kelenjar alveoli sudah tidak aktif lagi dan payudara kini lebih mengandungi tisu lemak, ini menjadikan payudara tidak pejal seperti sewaktu hamil atau penyusuan badan.

Dengan penyusutan berat badan (dan tisu lemak), payudara lebih kelihatan mengecil.

Pengambilan pil perancang tidak semestinya memberi kesan penambahan berat badan, malah sebaliknya ada wanita yang mengalami penurunan berat badan apabila mengambil pil perancang.

Eloklah anda mendapatkan nasihat pakar pemakanan bagi menambah berat badan anda kepada ideal dengan sihat menggunakan piramid makanan.

Memang terdapat hormon yang ada digunakan untuk menambah saiz payudara, tetapi ia mempunyai kesan sampingan jangka panjang yang boleh membahayakan kesihatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEPUTIHAN PEKAT, BERBAU (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berumur 26 tahun. Baru-baru ini saya mengalami masalah keputihan pekat dan berbau yang menyebabkan kegatalan pada faraj saya.

Kegatalan yang saya alami pada faraj seperti lain daripada yang lain kerana di celah bibir faraj timbul ruam. Saya berasa amat tidak selesa apabila mengalami kegatalan itu dan sentiasa ingin menggaru.

Apakah kaedah rawatan yang sesuai dan tidak memudaratkan bagi mengatasi masalah ini?

Nurul,
Shah Alam

JAWAPAN

TERDAPAT banyak punca jangkitan pada bahagian kemaluan. Ada yang berjenis kulat serta ada yang disebabkan bakteria, virus dan seumpamanya.

Eloklah anda berjumpa doktor dahulu. Pemeriksaan fizikal pada bahagian kemaluan dan rupa lelehan lazimnya membolehkan doktor membuat diagnosis awal mengenai jenis jangkitan yang paling mungkin supaya ubat permulaan dapat diberikan sementara menunggu hasil ujian kultur yang mengambil masa beberapa hari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUNYA LEBIH HORMON LELAKI (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berumur 30 tahun dengan berat 63 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter, baru memasuki alam perkahwinan. Saiz payudara saya 36B.

Sehingga kini saya tidak pernah didatangi haid. Perut saya tidak buncit dan tidak pernah mengalami sakit di perut. Untuk pengetahuan doktor, pada awal 2008 saya berjumpa doktor pakar sakit puan di sebuah hospital swasta.

Hasil pemeriksaan doktor pakar, dia mendapati saya mempunyai hormon yang lebih kepada hormon lelaki. Tiada sebarang ubat diberikan kepada saya.

Bagaimanakah caranya untuk saya mengembalikan hormon perempuan? Adakah saya boleh hamil dan berkeadaan normal seperti perempuan biasa?

Iza,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur

JAWAPAN

TIDAK pernah didatangi dinamakan amenorea primer. Mereka yang belum didatangi haid setelah menjangkau usia 16 tahun disarankan menjalani pemeriksaan doktor tanpa menunggu lebih lewat lagi kerana beberapa puncanya boleh memberi impak terhadap kehidupan atau potensinya untuk hamil kelak.

Saya andaikan, apabila memberikan jawapan permasalahan puan, doktor puan sudah pun melakukan beberapa ujian di samping pemeriksaan fizikal, antaranya:

- Pemeriksaan ciri-ciri fizikal sindrom tertentu yang menandakan kemungkinan keabnormalan kromosom contohnya sindrom Turner (terdapat kromosom Y iaitu kromosom lelaki). Deria bau anda juga mungkin sudah diperiksa.

- Memastikan tubuh anda menunjukkan perkembangan seksual sekunder contohnya kewujudan dan taburan rerambut kemaluan, bulu ketiak. Kadangkala pengambilan ubat berhormon yang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ciri seksual sekunder ini dalam jangkamasa lama boleh mengaburi penilaian ini.

- Mengesahkan kewujudan rahim. Memandangkan anda sudah pun berkahwin, ujian ultrabunyi secara trans-vaginal (melalui faraj) dapat memberikan imej yang lebih terperinci contohnya ketebalan lapisan haid (endometrium) pada bahagian terdalam dinding rahim dan seumpamanya.

- Melalui ultrabunyi juga, doktor akan mengimbas kedua-dua ovari. Ultrabunyi trans-abdomen juga boleh dilakukan untuk melihat kelenjar edrenal yang terdapat di bahagian atas buah pinggang.

- Memastikan tiada masalah berkaitan keabnormalan hormon contohnya berlebihan hormon kelelakian walaupun ini lazimnya menyebabkan haid yang tidak teratur atau jarang-jarang dan bukannya tidak pernah didatangi haid langsung.

- Selain ultrabunyi, ujian darah juga dilakukan termasuk ujian hormon tertentu dan analisis kromosom.

Anda mungkin ingin bertanya sekali lagi dengan doktor anda untuk kepastian, sama ada anda mempunyai berlebihan hormon lelaki ataupun sebenarnya mempunyai kromosom lelaki lebih-lebih lagi memandangkan anda tidak ditawarkan sebarang ubat.

Lebih elok jika anda meminta doktor menulis nama penyakit anda. Kadangkala penerangan perubatan mengenai istilah penyakit yang diterangkan doktor boleh disalah faham. Doktor juga boleh menerangkan mengapa anda tidak diberikan rawatan serta peluang untuk hamil.

Lazimnya pada usia begini, bagi mereka yang menunjukkan ciri-ciri fizikal atau sifat keperempuanan, punca yang paling kerap adalah masalah kongenital (gangguan pembentukan sistem peranakan yang sepatutnya berlaku sewaktu peringkat janin) yang menyebabkan rahim dan faraj tidak terbentuk.

Mereka boleh mempunyai ovari malah ujian kromosom menunjukkan mereka perempuan. Memandangkan mereka mempunyai ovari (mempunyai genetik kromosom perempuan), mereka menunjukkan ciri-ciri keperempuanan tetapi oleh kerana ketiadaan rahim (dan faraj), haid tidak terbentuk.

Mereka juga boleh mempunyai keabnormalan sistem buah pinggang. Keadaan ini dinamakan agenesia Mullerian (atau sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser).

Selain agenesis Mullerian, satu lagi punca lain yang juga mungkin adalah sejenis penyakit kromosom yang dinamakan sindrom testicular feminine yang mereka mempunyai kromosom lelaki, testis yang tersembunyi di bahagian inguinal atau abdomen, faraj yang pendek dan buntu di penghujungnya.

Lebih jarang lagi, ia disebabkan oleh ketumbuhan kelenjar adrenal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENYAKIT PUNCA LESU (SAKIT TUAN)

LELAKI sudah pastinya akan mengalami ereksi jika terdapat tindak balas rangsangan seksual. Ia adalah perkara biasa bagi seorang lelaki jika dia tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang baik.

Begitupun, jika keadaan tidak mengizinkan seperti ketika keletihan atau tekanan misalnya, tindak balas seksual tidak atau sukar untuk berlaku. Namun, ereksi masih boleh berlaku jika ia dipaksa tetapi akan memberikan kualiti erek yang berkurangan seperti tidak keras atau tidak cukup padat.

Bagi mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, situasi ini boleh berlaku kepada mereka bila-bila masa saja. Pesanan saya untuk kaum lelaki, jika anda mahukan daya ereksi yang terbaik, sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman berkala seperti joging, berjalan atau berenang dapat membantu menyihatkan badan. Senaman ini dapat membina stamina yang amat diperlukan ketika mahu bersama pasangan. Senaman kegel atau senaman ‘kemut’ juga membantu memantapkan benteng zakar.

Senaman ini boleh dilakukan empat hingga lima kali sehari dan setiap kali hanya dua atau tiga minit saja sudah mencukupi. Namun jika anda masih mendapati kemampuan ereksi kurang padat atau kurang meyakinkan, segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sesetengah lelaki gagal mempunyai daya ereksi mantap walaupun mengamalkan gaya hidup sihat kadangkala mempunyai masalah kesihatan dalaman. Ia seperti kemunculan penyakit kronik kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Jika kebetulan anda mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam darah, anda perlu mendapatkan rawatan kerana masalah ini turut memperlahankan perjalanan darah ke dalam otot zakar.

Sesetengah lelaki mengesyaki keadaan buah zakar kiri kelihatan lebih besar dan menyangka ia berkaitan dengan masalah lemah syahwat. Bagaimanapun, tanggapan itu salah. Jika anda berasa ragu selepas membuat pemeriksaan kendiri terhadap zakar, lebih baik anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Jangan sekali-kali memakan ubat kuat atau apa-apa alat untuk zakar yang dijual secara berleluasa di pasaran luar. Semua itu mungkin tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dan kemungkinan diperbuat daripada bahan tiruan.

Justeru, nasihat doktor adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mana-mana lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SALURAN AIR KENCING SAKIT (SAKIT TUAN)

HAMPIR setiap hari saya rasa sakit di saluran air kencing, terutama apabila alat kelamin menegang.

Ketika saya memegang bahagian itu, kadangkala ia terasa pedih sebelum kembali lembut. Adakah masalah ini satu penyakit serius?

AMY
Pulau Pinang

SALUR kencing lelaki bermula dari penghujung pundi kencing merentasi tisu lembut zakar sehingga ke pembukaan lubang air di penghujungnya. Salur ini lebih panjang berbanding perempuan.

Lapisan mukosa salur kencing lelaki mengandungi pepundi yang menghasilkan cecair jernih ‘mucus’ bagi melindungi salur kencing daripada tekanan air kencing selain membantu melancarkan pengeluaran air mani.

Jangkitan salur kencing ini akan mengakibatkan radang salur kencing serta menyakitkan ketika membuang air kecil dan ketika berlaku ereksi. Keradangan itu boleh menular ke pembukaan lubang kencing.

Selain jangkitan, tekanan kepada bahagian itu juga boleh menyebabkannya radang dan sakit. Tekanan yang dimaksudkan ialah onani atau urutan secara kasar pada penghujung zakar.

Jadi penting untuk anda menghentikan tabiat onani dan merujuk kepada doktor untuk meneliti pembukaan lubang kencing jika ada tanda jangkitan. Jangan biarkan keradangan itu berlarutan kerana bahagian itu boleh mengecut hingga menyukarkan pengeluaran air kencing kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DUA MINIT SAJA (SAKIT TUAN)

SAYA seorang yang aktif dan tidak merokok. Malah, saya juga rajin bersenam dan bersukan. Begitupun, sejak beberapa bulan lalu alat kelamin menjadi lembut dan warnanya agak kehitaman.

Paling merisaukan saya, jika ereksi ia hanya mampu menegang selama dua minit saja dan ini menyukarkan saya melakukan hubungan dengan isteri.

Adakah masalah saya ini bersifat sementara dan adakah ubat-ubatan yang boleh membantu mengatasi masalah ini? Harap doktor dapat membantu saya.

AZIM
Terengganu

SUDAH tentunya perubahan ini memberi tekanan dan membuatkan anda kurang yakin kepada kemampuan seksual. Jika perubahan cuma beberapa hari dan kemudian kembali seperti sedia kala, anda tidak perlu khuatir kerana ia mungkin disebabkan keletihan atau kurang aktif secara fizikal dan seksual.

Jika perubahan ini kekal dan makin ketara, ia petanda masalah kesihatan. Mengikut kajian pakar, fungsi ereksi yang menurun adalah petanda masalah badan yang kurang sihat. Jika anda tidak merokok dan sering bersenam, perkara yang perlu anda risaukan dan diberi perhatian ialah minum minuman keras, obes atau berat badan yang bertambah.

Ia juga mungkin akibat tertekan atau petanda masalah kesihatan dalaman seperti peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah, kekurangan hormon testosterone akibat peningkatan umur selain kenaikan berat badan dan kencing manis.

Sebilangan besar lelaki yang mendapati ereksi mereka kurang aktif dan meragam selepas menjalani pemeriksaan doktor adalah disebabkan glukosa dalam darah mereka tinggi dan kemungkinan mengalami diabetes.

Jadi, segeralah menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah anda yang sebenar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUKAN BUATAN ORANG (SAKIT TUAN)

ISTILAH klimaks atau ejakulasi memberi pelbagai kenikmatan kepada lelaki mahupun wanita. Namun, bagaimana pula jika anda mengalami ejakulasi tanpa dapat menikmatinya? Kebiasaannya, lelaki akan mencapai klimaks atau ejakulasi ketika di puncak rangsangan seksual.

Soalan ini jarang diketengahkan, namun ia berlaku pada sebilangan lelaki dan wanita. Saya ingin mengetengahkan perkara ini kerana ramai tersalah anggap.

Hakikatnya, orgasma dan ejakulasi dua perkara berasingan dan sebab itu ejakulasi tanpa orgasma wujud dan turut dihidapi individu tertentu.

Perlu difahami, penghayatan orgasma berlaku seawal peringkat kanak-kanak lagi. Anggota kelamin kanak-kanak yang terangsang membolehkannya mencapai orgasma tetapi tidak membabitkan pancutan air mani.

Begitupun, apabila tiada rasa nikmat atau klimaks ketika ejakulasi, seseorang lelaki akan mula bimbang kerana menganggapnya sebagai tidak normal.

Lelaki juga sukar menerima fenomena itu berlaku pada diri mereka kerana sukar memahami dan pada masa sama sukar menceritakan perkara itu kepada orang lain, mungkin akibat rasa malu atau ego.

Kebiasaan, jika perkara ini berlaku, masyarakat kita mudah menganggap ia masalah ‘buatan orang’. Mungkin kerana kurang ilmu terhadap perkara ini, kita lebih gemar membuat andaian sendiri.

Mengikut statistik, kurang satu peratus fenomena ejakulasi tanpa orgasma berlaku. Masalah ini turut dikenali sebagai ‘Anaesthetic Ejaculation’ dan ‘Ejaculatory Anhedonia’ yang bermakna pancutan air mani tanpa rasa yang biasa dialami ketika kemuncak seksual.

Sehingga kini, isu ini masih dalam kajian. Namun jika dilihat kembali perkara ini, kita akan faham bahawa semua kawalan sistem fungsi tubuh badan dikawal oleh otak.

Mesej dari badan ke otak dan penghantaran maklum balas dari otak ke badan memerlukan sistem otak dan sistem fungsi urat saraf yang kukuh.

Apabila dua sistem ini terganggu, keadaan ejakulasi tanpa orgasma boleh berlaku. Satu punca lain ialah amalan onani yang kerap.

Ini kerana ia boleh menyebabkan orgasma dan ejakulasi hanya dihayati dengan cara melakukannya sendiri, tetapi tidak ketika bersama isteri atau pasangan.

Apabila individu itu berusaha, dia boleh mencapai sedikit ejakulasi secara paksaan, tetapi tidak dapat berasa orgasma. Ada juga kes di mana orgasma dan ejakulasi berkurangan apabila lelaki itu memasuki usia emas atau mengalami penyakit yang menggugat fungsi saraf seperti kencing manis dan tekanan urat saraf.

Selain itu, penurunan tahap hormon testosteron dan pengambilan ubat bagi mengawal fungsi mental boleh menyebabkan masalah ini berlaku, sekali gus hubungan seksual lelaki menjadi hambar.

Mereka yang mengalami masalah ini perlu rujuk segera kepada pakar berkaitan. Jangan mendiamkan diri atau malu. Jika tidak, masa depan rumah tangga anda akan tergugat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UBAT 'RESDUNG' TAK BERKESAN (SAKIT TUAN)

ZAKAR saya sering mengeluarkan air mazi ketika bangun tidur, selepas membuang air kecil dan ketika terangsang walaupun sedikit. Ini menyukarkan saya bersolat. Saya baru empat bulan berkahwin.

Saya sering melakukan onani sebelum berkahwin, tetapi sudah meninggalkan tabiat itu.

Menurut bacaan saya, masalah ini dikenali resdung zakar dan ia boleh diubati dengan mengambil ubat resdung Antihistamines seperti Piriton dan Polaramine.

Begitupun, saya ingin mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan apa-apa pemeriksaan.

MAT
Kuala Lumpur

BAGI lelaki, air mani keluar secara sedar melalui ejakulasi yang berlaku akibat kemuncak rangsangan seksual, sama ada melalui persetubuhan atau sentuhan dengan tangan. Air mani boleh keluar dalam mimpi dan situasi ini dikenali mimpi basah, selain gejala ‘spermatorrhea’.

Jarang sekali air mani keluar akibat rangsangan mental, tanpa sentuhan kepada anggota kelamin dan ini berlaku akibat klimaks mental.

Jika air mani keluar tanpa klimaks, ia dikenali spermatorrhea dan dianggap penyakit mengikut kefahaman perubatan Cina dan India.

Situasi ini tidak boleh disamakan dengan pengeluaran air mazi. Air mazi biasa kelihatan ketika lelaki dalam keadaan teruja seks. Jika ia keluar banyak, ini dikenali sebagai resdung zakar.

Istilah resdung atau selesema hanya dikaitkan kepada hidung, iaitu mukosa dalam hidung yang menghasilkan banyak hingus dan cecair jernih akibat proses keradangan, manakala pengeluaran air mazi tiada kaitan dengan keradangan.

Ia lebih kepada tindak balas rangsangan seksual untuk menyediakan salur kencing licin untuk tujuan ejakulasi. Secara kebetulan, pengeluaran berlebihan membuatkan individu kurang selesa dan perasaan teruja seks berkurangan.

Tidak hairan jika perkara ini dianggap penyakit oleh pengamal perubatan Cina, India dan Pakistan. Mereka menggelar keadaan ini sebagai penyakit ‘Dhant’.

Mengikut pandangan mereka, jika lelaki mengalami pengeluaran air mazi yang banyak, tahap ereksinya boleh menurun dan dia boleh mengalami mati pucuk.

Dalam perubatan Barat pula, pengeluaran air mazi yang banyak hanya menggambarkan pundi mukosa salur kencing yang aktif.

Mengenai rawatan resdung zakar, tiada pendekatan boleh dianggap sesuai atau rawatan tepat boleh menyelesaikan masalah itu.

Ubat resdung yang biasa digunakan individu yang mendapat resdung hidung tidak 100 peratus sesuai. Malah, sebilangan besar yang mengamalkan ubat itu mendapati mereka akan mengantuk dan ereksi kurang mantap. Air mazi masih keluar tapi tidak banyak seperti sebelum memakan ubat.

Ubat resdung mengurangkan kemasukan darah dalam mukosa salur kencing dan otot zakar. Lelaki yang ada masalah atau gangguan pencapaian ereksi yang padat akan mengalami masalah jika memakan ubat resdung hidung.

Bagi saya, resdung zakar bukan penyakit. Lelaki yang mengalaminya perlu terima dan sesuaikan kehidupannya. Jangan anggap ia masalah dan risau serta tertekan sehingga mengancam hubungan kelamin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DOKTOR BOLEH KESAN 'BUAH' YANG HILANG (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 27 tahun dan bernikah setahun lebih. Saya dilahirkan dengan hanya sebiji buah zakar. Sejak berapa tahun lalu, saya mengalami masalah bengkak di atas zakar.

Apakah masalah ini dan adakah ia sejenis penyakit serta memberi kesan? Untuk pengetahuan doktor, saya dan isteri belum mendapat zuriat.

AZIM
Selangor

SEMEMANGNYA lelaki yang mempunyai satu buah zakar akan rasa bersalah apabila isterinya masih belum hamil selepas berkahwin.

Jika kebetulan ia tidak berfungsi, ada kemungkinan ia tidak dapat menghasilkan sperma atau kurang menghasilkannya.

Cara terbaik untuk mereka ialah menjalani ujian air mani mengetahui kedudukan sperma, iaitu sama ada bilangan sperma mencukupi, aktif dan berbentuk normal.

Ada sebilangan lelaki yang mempunyai satu buah zakar dalam kerandut dan tidak sedar buah zakar satu lagi yang tidak ada dalam kerandut berada berdekatan, mungkin di pangkal zakar atau di bahagian ‘Perineum’, kawasan antara lubang najis dan kerandut buah zakar.

Anda ada nyatakan yang anda sedar ada kebengkakan di atas atau berdekatan pangkal zakar sejak beberapa tahun lalu.

Selagi tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan, selagi itu anda tidak akan tahu apakah ia yang sebenarnya. Tanpa pemeriksaan lebih teliti dan secara fizikal, sukar untuk doktor memberi apa-apa komen atau diagnosis.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TOLAK SEKS KERANA TIDAK PUAS HATI

ADAT HIDUP BERUMAH TANGGA, PASTI AKAN DILANDA BADAI DAN GELORA. MASALAH YANG BERLAKU INI PULA TENTUNYA PELBAGAI PUNCA. TAPI SATU PERKARA YANG SELALU TERJADI MESKIPUN KONFLIK YANG DIHADAPI SUAMI ISTERI ITU TIADA KAITAN DENGAN SEKS NAMUN KEHIDUPAN SEKS AKAN TURUT MENERIMA TEMPIASNYA.

Suami balik lewat, lupa tarikh hari jadi, isteri merajuk dan sebagainya akan menyebabkan rasa tidak puas hati hingga membuatkan ada pasangan enggan mahupun menolak untuk melakukan seks.

Keadaan sebegini jika dibiarkan sudah tentu akan menggugat keharmonian rumah tangga. Selain itu ada beberapa lagi masalah suami isteri yang dikenal pasti boleh menjejaskan kehidupan seks dan menghasilkan situasi yang tidak menyenangkan.

1. Pasangan curang

Kecurangan adalah penyakit paling sukar untuk disembuhkan dalam hubungan suami isteri. Bila suami yang melakukan kecurangan, isteri akan merasakan diri telah dikhianati dan dibohongi. Sukar untuk memaafkan suaminya. Isteri akan menjadi seorang yang selalu curiga akan gerak-geri suaminya dan semua ini akan memberi kesan pada aktiviti seksual. Kecurangan yang dilakukan akan menjadi penghalang bagi hubungan seks suami isteri itu sendiri.

Baik buat suami atau isteri, imaginasi keduanya akan beralih kepada orang ketiga ketika hubungan intim hingga menjejaskan kenikmatan hubungan seks. Ubat paling mujarab untuk menyembuhkan keadaan sebegini adalah memaaf dan melupakan semua kecurangan yang berlaku setelah pasangan menyedari kesilapan yang dilakukan. Namun ia tidak semudah mengucapkannya. Buat yang berlaku curang sisihkan waktu untuk pasangan bagi memenangi kembali hatinya.

Berterus terang tentang segala-galanya supaya tidak timbul lagi perasaan curiga. Proses pemulihan akan memakan masa jadi bersabarlah.

2. Tertekan

Jika dibiarkan tekanan sama ada akibat pekerjaan atau masalah peribadi akan menjejaskan emosi, sistem kekebalan tubuh dan juga kehidupan seks suami isteri. Jadi bawa bertenang dan larikan diri anda dari situasi yang boleh menyebabkan anda tertekan.

Cara yang paling baik adalah dengan bercuti. Bawa pasangan anda ke tempat percutian yang indah namun jangan sesekali membawa bersama kerja-kerja anda.

Tinggalkan segala-galanya dan nikmati masa bersama dengan pasangan sepenuhnya. Sekiranya anda punya masalah, inilah masanya untuk anda meluahkan segala-galanya. Apabila anda mampu menangani tekanan yang dihadapi, bukan hanya diri anda yang merasa kesan bahagia malah pasangan anda juga. Seks juga akan menjadi satu perkara yang menyenangkan.

3. Tiada Mood

Kalau dulu hasrat untuk hubungan intim menggebu-gebu, kini segala-galanya sudah merudum. Ketika di tempat tidur anda membelakangkan suami dan menolak ajakan untuk seks dengan pelbagai alasan. Banyak penyebab hilangnya ghairah atau mood untuk seks. Antaranya mungkin kerana hal yang paling kecil seperti pasangan tidak mementingkan kebersihan, tiada kemesraan sebelum hubungan dan juga kerana hal yang besar seperti faktor orang ketiga.

Selain itu faktor kesihatan juga boleh menjadi penyebabnya. Pada pasangan jangan cepat berkecil hati bila isteri atau suami hilang mood untuk seks. Cari penyebabnya terlebih dahulu dan usahakan untuk mengembalikan keghairahannya dengan pendekatan sabar dan tidak terlalu memaksa.

4. Memperbesar-besarkan Perkara Remeh

Anda mementingkan kebersihan dan kesempurnaan, semua perkara harus dalam keadaan tersusun daripada almari pakaian hinggalah ke rak kasut. Pasangan anda pula punya sikap bertentangan.

Baju kotor diletakkan merata-rata, pinggan dan cawan dibiarkan atas meja tanpa dibasuh serta surat khabar pula disepah-sepahkan tanpa dilipat. Walau berulang kali diingatkan namun suami tidak pernah berubah. Menyakitkan hati bukan?

Jangan dibiarkan keadaan sebegini kerana ia akan menjadi duri dalam daging. Berterusan membiarkan perasaan sakit hati bersarang di jiwa akan memberi kesan pada hubungan suami isteri.

Turut menerima padahnya adalah hubungan seks dengan pasangan. Tidak mustahil anda akan mengambil tindakan menarik diri dari hubungan seks kerana perasaan sakit hati terhadap suami.

Jadi jangan biarkan masalah kecil berlarutan. Bagi suami ambil peduli bila isteri mula bersungut tentang sikap pengotor atau malas anda. Bagi isteri pula jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan terhadap suami anda, setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangannya.

(Sumber Mingguan Wanita)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIDAK SELESA KERANA KEPUTIHAN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berumur 29 tahun dan mempunyai anak pertama yang berusia 10 bulan. Masalah yang saya hadapi adalah keputihan menyebabkan kegatalan pada faraj saya.

Saya berasa amat tidak selesa apabila mengalami kegatalan itu dan sentiasa ingin menggaru serta boleh menyebabkan kawasan faraj melecet dan sakit apabila terkena air.

Untuk makluman doktor, saya bersalin normal, tetapi terpaksa menjalani jahitan sebanyak dua kali (mungkin disebabkan saya sibuk menjaga anak di wad akibat sakit kuning-jaundis).

Adakah disebabkan faktor jahitan saya boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi sensitif apabila berlaku pengeluaran keputihan terutama selepas datang haid (waktu subur)?

Apakah kaedah rawatan yang sesuai dan tidak memudaratkan bagi mengatasi masalah ini sama ada penggunaan alat pencuci khas atau pengambilan ubat?

Selain itu, saya juga sudah menjalani ujian Pap smear pada Disember lalu di klinik kerajaan, tetapi masih menunggu keputusan.

Risau
Putrajaya

JAWAPAN

SAYA
pasti sewaktu ujian Pap smear dilakukan, doktor juga memeriksa kawasan kemaluan luar, faraj dan permukaan pintu rahim anda. Sekiranya terdapat keputihan atau tanda jangkitan serta kesan kelukaan pada faraj, doktor pasti sudah memberitahu anda dan melakukan ujian kultur kuman menggunakan palitan lelehan atau keputihan.

Mungkin doktor akan memberikan krim antikulat atau antibiotik bersama krim mengandungi hormon tertentu buat sementara waktu untuk mempercepatkan pemulihan kulit faraj. Anda dinasihatkan berjumpa semula doktor di klinik kerajaan terbabit untuk mendapatkan hasil ujian dan rawatan bersesuaian.

Saya tidak fikir ia mempunyai kaitan dengan luka jahitan bersalin memandangkan ia sudah berlalu 10 bulan terdahulu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELUAR KEPUTIHAN BERKETUL-KETUL (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Masalah saya adalah di bahagian alat sulit.

Sejak beberapa bulan lalu, saya sudah lama tidak bersetubuh dengan suami kerana kami tinggal berjauhan dan bekerja.

Bulan lalu saya balik ke kampung untuk menyambut musim perayaan bersama keluarga.

Satu malam selepas bersetubuh dengan suami, saya rasa gatal di luar faraj, tidak lama kemudian ada keputihan yang mengalir keluar berketul-ketul.

Bagaimana caranya untuk saya menghindari masalah ini daripada terus gatal dan menghentikan ketulan putih itu?

Angela,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

LELEHAN dari faraj yang berkait dengan kegatalan lazimnya petanda jangkitan kuman pada kawasan faraj.

Geselan yang berlaku sewaktu hubungan seks boleh memindahkan kuman sama ada dari permukaan kulit bahagian kemaluan suami, atau dari permukaan kulit berhampiran kemaluan anda sendiri.

Sekiranya benar, rawatannya adalah secara ubat jangkitan, bergantung kepada jenis kuman berkenaan.

Doktor anda akan memberikan ubat antikulat atau antibiotik terlebih dahulu sementara menunggu hasil keputusan ujian makmal.

Ujian yang dimaksudkan adalah ujian kultur sampel yang diambil dari dalam faraj, bukan sahaja jenis kuman dapat diketahui malah jenis ubat yang sesuai turut disarankan.

Setelah sembuh, untuk mengelakkan jangkitan sedemikian, anda boleh mengamalkan langkah penjagaan bahagian kemaluan dengan mengesatnya dari hadapan ke belakang setelah membuang air kecil atau besar.

Anda juga boleh bertukar kepada pakaian dalam yang dibuat daripada kain kapas (mudah menyerap peluh), lebih kerap menyalin pakaian dalam, meminum air mencukupi dan tidak mencuci sehingga ke dalam faraj kerana perubahan pada kawasan ini sebaliknya boleh mengundang jangkitan kuman baru pula.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIGA BULAN DEMAM PANAS (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dan hamil selepas empat bulan berkahwin tetapi keguguran ketika kandungan berusia dua bulan.

Saya mengalami demam panas setiap malam selepas keguguran sehingga kini iaitu hampir tiga bulan saya demam. Saya sudah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan tetapi katanya itu masalah biasa seperti orang bersalin.

Saya juga mengalami kegatalan yang serius pada bahagian alat sulit saya. Apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi?

Meera,
Kedah

JAWAPAN

DEMAM
lazimnya adalah satu petanda jangkitan kuman. Walaupun begitu, ia jarang bertahan selama tiga bulan tanpa mengakibatkan kesan teruk kepada penghidapnya. Ia juga tidak memilih pada waktu tertentu sahaja misalnya malam.

Dalam keadaan anda yang baru lepas keguguran, pemeriksaan doktor dilakukan untuk memastikan demam itu tiada kaitan dengan komplikasi keguguran dahulu contohnya jangkitan kepada rahim (endometritis), ataupun sebab keadaan lain yang tiada kaitan dengan keguguran.

Demam juga mungkin bukan petanda jangkitan kuman tetapi masalah lain. Mungkin terdapat salah faham mengenai alasan demam panas selama tiga bulan adalah perkara biasa bagi orang bersalin, saya belum pernah membaca mengenai perkara ini.

Bagi wanita yang sedang hamil, panas tubuh badan (bukannya demam) adalah suatu kemungkinan akibat perubahan hormon.

Tidak salah untuk anda berjumpa semula doktor anda atau mendapatkan pemeriksaan doktor kedua untuk kepastian. Anda juga mungkin boleh membuat pemantauan sendiri menggunakan alat termometer yang mudah dibeli di farmasi dan mengambil suhu badan anda pada waktu malam dan pagi.

Ujian lanjutan seperti ujian darah boleh dilakukan tetapi rumusan bukan boleh dibuat berdasarkan satu jenis ujian sahaja.

Anda juga dinasihatkan mengutarakan semula masalah kegatalan pada bahagian kemaluan anda, lebih-lebih lagi jika ia berada pada tahap serius seperti yang anda nyatakan.

Kegatalan sebegini lazimnya sudah pun memberi perubahan kepada bahagian terbabit. Pemeriksaan doktor dapat membantunya membuat diagnosa berdasarkan ciri-ciri perubahan yang berlaku.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WANITA HAMIL RISAU BERAT BADAN MENINGKAT TERUK (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA kini hamil enam minggu. Berat saya 63 kilogram dan tinggi 160 sentimeter. Sewaktu hamil sebelum ini, berat saya mencecah 80 kilogram dan anak lahir secara normal seberat empat kilogram.

Saya risau kalau berat akan bertambah lebih teruk berbanding waktu hamil sebelum ini.

Adakah perlu saya mengamalkan diet mengurangkan karbohidrat dan lemak untuk memastikan berat badan tidak terlalu naik seperti sebelum ini?

Gee,
Shah Alam

JAWAPAN

WALAUPUN peningkatan berat sepanjang kehamilan boleh mencapai sekitar 25 peratus daripada berat badan asal (seperti yang anda alami iaitu sebanyak 27 peratus), ia hanya sebagai panduan saja.

Berat badan 80 kilogram (kg) ke atas adalah salah satu faktor risiko penyakit diabetes mellitus (kencing manis) sewaktu kehamilan.

Atas sebab itu, wanita hamil yang mencapai berat badan 80kg ke atas disarankan menjalani ujian darah toleransi glukosa yang lebih dikenali sebagai MGTT.

Anda juga melahirkan bayi seberat empat kilogram, ini termasuk dalam kategori makrosomia (bayi bersaiz besar) dan berkemungkinan ada kaitan dengan penyakit diabetes mellitus yang tidak dikesan sebelum kelahiran.

Malah, doktor mungkin tidak menyangka bayi anda seberat itu daripada saiz rahim mahupun pemeriksaan ultrabunyi.

Kadangkala sukar untuk mengagak berat janin dengan hampir lebih-lebih lagi jika ibu bersaiz besar ataupun jika saiz janin itu sendiri yang terlalu besar, ralat ukuran melalui ultrabunyi boleh tersasar sehingga satu kilogram.

Jika dikesan atau disyaki bersaiz besar, doktor akan melakukan pemeriksaan lanjutan iaitu melihat struktur organ janin dengan lebih terperinci, indeks air ketuban, ujian MGTT dan menasihati anda menjalani pembedahan Caesarean bagi mengelakkan trauma kelahiran terhadap anda dan bayi.

Pengambilan karbohidrat dan gula ringkas serta lemak bagi sesiapa saja eloklah dihadkan (bukan dihentikan) mengikut keperluan piramid makanan.

Anda boleh mengambil makanan dengan kandungan kalori berjumlah kira-kira 1,200 hingga 1,800 kcal sehari berpandukan kepada nasihat pakar dietetik.

Anda juga elok menjalani ujian MGTT, sekiranya normal mungkin anda diminta menjalaninya sekali lagi apabila kandungan memasuki usia 28 minggu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELIRU SAMADA ALAMI KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berumur 26 tahun, berkahwin dan mempunyai anak berumur setahun sebulan. Semasa anak saya berumur tujuh bulan, saya hamil untuk anak kedua, tetapi gugur kerana ketika itu, saya sering mengangkat benda berat. Kandungan itu gugur pada tiga minggu kehamilan.

Keguguran itu lengkap iaitu tiada yang tertinggal di dalam rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kini saya musykil kerana tidak didatangi haid.

Tarikh 3 November lalu adalah tarikh akhir haid saya yang bermula pada 27 Oktober. Pada 6 Disember, penguji kehamilan yang dibeli di farmasi menunjukkan saya positif. Tetapi pada 8, 9 dan 10 Disember, ada cecair keluar dari vagina berwana coklat dan kehitaman, ia juga berbau seperti darah, tetapi hanya sedikit dan tidak berlanjutan.

Adakah darah yang keluar itu menunjukkan saya mengalami keguguran? Pada masa sama, saya tetap berasa mual. Apakah pandangan doktor?

Nursaridah,
Shah Alam

JAWAPAN


ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk memastikan keadaan sekarang:

- Sama ada benar anda hamil lagi. Ujian ultrabunyi dapat membantu mengesan kantung kandungan di dalam rahim, mengesahkan anda hamil.

Jika kurang jelas, ujian ini dilakukan secara transvaginal. Jika kantung kandungan tidak dapat dikesan, ujian pengesahan kehamilan secara ujian darah akan dilakukan, lebih-lebih lagi anda masih berasa mual.

- Kadangkala, ujian air kencing untuk kehamilan boleh menjadi positif walaupun sebenarnya seseorang tidak hamil. Ini dinamakan ‘positif palsu’.

Ujian darah lebih tepat dan ia mengukur paras hormon yang sama (hCG) serta keputusannya dapat diketahui selepas beberapa jam sahaja.

- Setelah anda disahkan hamil, status kehamilan terbabit perlu diketahui sama ada masih hamil atau sedang/sudah keguguran serta lokasi kehamilan sama ada di dalam atau di luar rahim.

- Apabila diulangi, perbezaan paras hormon bhCG ini (sama ada meningkat ataupun sebaliknya menurun) boleh memberi maklumat sama ada kandungan itu masih ada ataupun sudah keguguran.

Lazimnya ia diulangi selepas 48 jam untuk memberi maklumat tambahan mengenai kemungkinan kandungan terbabit jenis ektopik (luar rahim).

Bagaimanapun jika kantung kandungan sudah dikesan, ujian terbabit mungkin diulangi selepas sehari sahaja.

- Sementara menunggu hasil keputusan, doktor lazimnya menasihatkan anda berehat dan memberi ubat mengandungi hormon progestin untuk membantu menghentikan pendarahan.

Anda juga mungkin dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks buat sementara waktu. Sewaktu pemeriksaan dalaman, doktor juga akan melihat keadaan permukaan pintu rahim (serviks) anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEAJAIBAN 9 BULAN (SAKIT PUAN)

“TAHNIAH, anda disahkan hamil,” itulah ayat keramat yang pastinya dinantikan pasangan yang mendirikan rumah tangga terutamanya si isteri.

Bermula daripada saat itu, pelbagai persiapan sama ada di segi luaran mahupun dalaman, dilakukan bagi memastikan anak di dalam kandungan mendapat yang terbaik.

Bermacam-macam petua diamalkan khususnya yang disarankan oleh orang tua-tua yang lebih berpengalaman, termasuk pelbagai pantang larang sepanjang kehamilan.

Namun, seiring dengan perubahan zaman, petua penjagaan kandungan juga melalui fasa baru dan mungkin ada antara petua berkenaan tidak lagi sesuai diamalkan kini.

Minggu awal kehamilan adalah tempoh yang paling penting kerana pada peringkat itu embrio masih lagi belum cukup kuat.

Pakar Obstetrik Klinik The Glasgow Holistic, Dr Low Kok Kwan, berkata emosi si ibu adalah elemen penting sepanjang tempoh kehamilan kerana ia boleh mempengaruhi emosi bayi secara langsung.

Ibu mengandung tidak terlepas daripada berdepan sindrom kemurungan yang sering dihadapi wanita yang gagal menangani emosi mereka.

Katanya, kerisauan dan kemurungan yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan juga sistem penghadaman bayi berkenaan.

“Kebimbangan atau kemurungan yang lebih serius juga akan memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan termasuk memendekkan kematangan saluran penghadaman bayi.

“Malah, mereka juga berisiko menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak dan memberi kemudaratan jangka panjang kepada anak mereka,” katanya.

Wanita yang mengalami masalah itu dinasihatkan merujuk kepada pakar perubatan atau kaunselor bagi meluahkan sebarang apa yang mengganggu fikiran mereka.

Kesihatan bayi bermula daripada dalam kandungan, jika perkembangan ketika dalam kandungan sempurna maka bayi yang dilahirkan akan mempunyai tahap kesihatan tinggi.

Dr Low berkata wanita mengandung, terutamanya apabila kandungan memasuki usia enam hingga sembilan bulan, akan berhadapan dengan kesukaran untuk bergerak.

Ketika itu, berat kandungan semakin meningkat dan pastinya membataskan keupayaan si ibu untuk bergerak seperti biasa.

Masalah bengkak kaki atau edema adalah perkara biasa yang dihadapi ibu mengandung, bagaimanapun ia tidak mendatangkan masalah serius. Ia lazimnya dikaitkan dengan saiz anak dalam kandungan yang lebih besar daripada biasa.

“Bagaimanapun, jika bengkak kaki itu disusuli dengan tekanan darah tinggi dan kencing kotor, itu menandakan wanita berkenaan menghidapi toksemia.

“Seandainya berlarutan, keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan,” katanya.

Wanita mengandung patut menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing secara berkala di klinik.

Selain itu, mereka juga sering mengalami sakit pinggang dan bahagian belakang badan. Keadaan ini berlaku disebabkan kelonggaran ligamen tulang sendi dan juga postur badan yang ‘terlari’ sedikit berikutan beban yang terpaksa dibawa.

Bagaimanapun, masalah yang dihadapi mereka boleh dilegakan dengan rehat secukupnya dan kurangkan berdiri serta jalan buat sementara waktu.

Perkembangan bayi dalam kandungan perlu dipantau dari semasa ke semasa supaya sebarang kecacatan atau masalah pada bayi dapat dikenal pasti pada peringkat awal.

Beliau berkata, pemeriksaan berkala adalah penting untuk meramal, mencegah dan mengesan komplikasi pada ibu dan bayi dalam kandungan.

Malah, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebanyak 15 peratus kandungan akan mengalami komplikasi yang memerlukan rawatan dan rundingan doktor.

“Lazimnya, wanita akan membuat pemeriksaan selepas 12 minggu tidak didatangi haid, pengesahan kehamilan perlu dilakukan oleh doktor kerana bukan semua kes tidak datang haid disebabkan mengandung.

“Pemeriksaan pertama ini adalah penting untuk menentukan usia kehamilan dan menganggar tarikh untuk bersalin,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan imbasan bunyi diguna bagi memeriksa keadaan bayi dalam kandungan dan secara tidak langsung dapat mengesan jika ada sebarang kelainan pada kandungan.

Imbasan bunyi adalah teknik pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi tinggi dan dengan penggunaan komputer akan menghasilkan imej organ dalam badan.

Pemeriksaan ini dilakukan pada trimester pertama (tiga bulan pertama) kehamilan dan pada minggu yang ke-18. Ia kemudian diulang pada minggu ke-34 untuk melihat tumbesaran janin dan kedudukan uri.

Sepanjang tempoh kehamilan, pelbagai makanan sampingan diambil ibu mengandung, baik secara tradisional mahupun moden, semata-mata mahu memastikan bayi mendapat yang terbaik.

Dr Low berkata masyarakat Cina sering mengamalkan pengambilan herba yang diyakini dapat memberikan kebaikan kepada si ibu dan anak dalam kandungan.

“Namun, mereka tidak sedar ada antara herba itu tidak sesuai diambil untuk ibu mengandung dan lebih membimbangkan ia memberi kesan negatif kepada bayi.

“Mereka dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil ubatan herba tanpa merujuk dulu kepada doktor kerana dikhuatiri membahayakan kandungan,” katanya.

Beliau berkata penjagaan kandungan bukan hanya dari segi kebaikan anak dalam kandungan tetapi turut merangkumi semua aspek, lebih-lebih lagi kesihatan si ibu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MENYUSU BOLEH LANGSING BADAN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA melahirkan anak sulung pada Ogos lalu secara Caesarean. Saya menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuhnya.

Saya mula mendapat haid pada usia anak saya dua bulan lebih. Haid berlaku selama enam hari dan saya mula solat pada hari ketujuh. Pada hari ke-11, saya didatangi haid semula selama tiga hari.

Adakah ini normal bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya? Saya juga ingin memulakan rawatan di pusat pelangsingan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk mula melakukannya? Adakah rawatan ‘sauna infrared’ selamat diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayinya?

Atie,
Johor

JAWAPAN

HORMON
prolaktin yang meningkat sewaktu penghasilan susu badan boleh menyebabkan gangguan ovulasi dan kesan terhadap haid.

Haid lazimnya menjadi sedikit sahaja, malah ia juga boleh tiada sama sekali terutama jika menyusu badan sepenuhnya.

Kadangkala ia boleh menyebabkan gangguan haid seperti yang anda alami.

Bagaimanapun, anda boleh menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai penyebab lain gangguan haid.

Sukar untuk menjawab sama ada kaedah infrared selamat untuk ibu mahupun ke atas susu yang dihasilkannya berbanding kaedah yang sudah berpuluh atau ratusan tahun digunakan.

Anda perlu mendapatkan laporan hasil kajian yang dikatakan oleh pusat rawatan terbabit dan mengkajinya dari sudut statistik.

Kajian saintifik perubatan moden lazimnya menggunakan analisis statistik untuk mengetahui perbandingan kesan sesuatu rawatan sama ada penting ataupun tidak dan bukannya membandingkan angka bulat atau peratus terbabit sahaja. Sebagai contoh, pancaran sinar matahari berlebihan atau berterusan dikenal pasti sebagai faktor risiko kanser kulit.

Penyusuan badan itu sendiri adalah salah satu kaedah rawatan pelangsingan badan semula jadi.

Di samping itu, pemakanan berkhasiat dalam kalori yang memadai untuk wanita yang menyusu badan serta senaman fizikal secara rutin sangat penting.

Mengambil jalan singkat tanpa disertai bukti kajian saintifik menyeluruh mungkin boleh mendatangkan mudarat terhadap dua organ penting dalam pemprosesan dan metabolisme bahan iaitu hati dan buah pinggang mahupun kesan terhadap mutasi atau sebaliknya, pembahagian sel tubuh.

Dalam perubatan moden, setiap rawatan atau ubat mempunyai kesan sampingan tersendiri dan ini bermakna ia bukanlah selamat atau sesuai 100 peratus.

Kita perlu berhati-hati dan lebih bersikap kritikal dengan istilah yang digunakan dalam pemasaran.

Sebagai contoh, istilah ‘membantu’ dan ‘mungkin’ sering dikaburi keghairahan kita atau diabaikan makna sebenarnya terhadap hasil kajian.

Ia satu penemuan penting atau bersejarah sekiranya terdapat kaedah atau pemakanan yang mempunyai kuasa terhadap detoksifikasi badan atau darah.

Ini kerana ia bermakna peluang mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang terus menjadi cerah dan tidak perlu lagi menjalani rawatan dialisis atau bergantung kepada penderma buah pinggang untuk pemindahan organ itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAYI MATI DALAM KANDUNGAN (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA baru kehilangan bayi dalam kandungan yang berusia tiga bulan.

Keguguran itu disebabkan jantung bayi saya sudah tidak berdenyut atau dalam kata lain, bayi saya meninggal dalam kandungan.

Apakah punca kematian bayi dalam kandungan? Berapa lama masa yang diperlukan untuk saya hamil semula kerana saya sangat menginginkan anak?

Lisa

JAWAPAN

ANDA mengalami keguguran trimester pertama. Walaupun usia keguguran dikesan setelah ia berusia tiga bulan, ia boleh berlaku lebih awal lagi, seawal sejurus setelah pemeriksaan antenatal sebelumnya iaitu pada usia dua bulan.

Terdapat banyak penyebab keguguran yang berlaku dalam tempoh ini, mujurlah kebanyakannya disebabkan faktor pembentukan janin dan ia lazimnya tiada kaitan dengan kehamilan berikutnya iaitu tidak berulang.

Penyebab utama adalah keabnormalan kromosom. Dalam segelintir kes, ia disebabkan penyakit dalaman ibu iaitu diabetes mellitus dan penyakit auto-antibodi.

Anda boleh memilih untuk menjalani satu siri ujian palitan vagina, ujian darah, ujian kromosom, HSG atau histeroskopi untuk mengetahui sama ada terdapat penyakit yang boleh menyebabkan keguguran, lebih-lebih lagi keguguran berulang (tiga kali berturut-turut).

Namun ia mungkin kelihatan ‘membazir’ kerana kosnya yang begitu mahal dan mungkin sebenarnya tidak perlu untuk anda.

Begitu juga dengan ujian kromosom terhadap janin yang keguguran itu, namun ia mungkin tidak perlu kerana jarang untuk ia berulang, juga kosnya mahal.

Setelah keguguran (walaupun keguguran trimester pertama), lazimnya suatu tempoh masa diperlukan untuk wanita, bukan sahaja untuk pulih secara fizikal (contohnya jika berlaku kehilangan darah), malah juga kesihatan mental (kesedihan bahkan kemurungan akibat kehilangan kandungan terbabit).

Bagi mereka yang menjalani prosedur cucian D&C, lazimnya doktor menasihatkan tempoh berehat selama dua hingga tiga bulan untuk lapisan dalaman rahim (endometrium) ‘tumbuh’ elok semula bagi mengelakkan risiko uri melekat ke dalam otot dinding rahim (plasenta akreta).

Buat sementara itu, eloklah anda mengambil pil asid folik dan multivitamin (mengandungi beberapa bahan antioksidan) untuk persediaan kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIDAK TAHAN SENGGUGUT (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA sudah berkahwin lebih kurang enam bulan yang lalu dan belum dikurniakan cahaya mata. Kitaran haid saya tidak bermasalah dan stabil seperti biasa. Namun, sejak berkahwin, saya mengalami senggugut yang sangat teruk setiap bulan. Senggugut itu pula disertai sakit-sakit badan, sakit kepala yang teruk dan muntah-muntah. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dan nasihat berhubung masalah ini.

JAWAPAN

SENGGUGUT yang puan alami itu sebenarnya kerap dihadapi kebanyakan wanita. Senggugut ini boleh berlaku ketika wanita itu pada usia remaja, di bangku sekolah atau sudah masuk zaman pekerjaan.

Dan, masing-masing ada punca yang berlainan. Contohnya senggugut semasa remaja kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa sebab dan akan hilang atau beransur kurang apabila umur meningkat dan selepas bersalin.

Sebaliknya, senggugut yang berlaku ketika usia lanjut selalunya berpunca daripada masalah seperti endometriosis. Senggugut kadangkala menjadi serius seperti berlakunya muntah-muntah yang teruk, sakit kepala dan memerlukan seseorang itu mengambil cuti atau ubat penahan sakit yang kuat.

Puan Su, seperti yang saya terangkan diatas, kalau Puan Su boleh hamil secepat mungkin, ia akan dapat membantu puan sekurang-kurangnya untuk dua tahun. Kehamilan dan menyusukan bayi dapat mencegah ovari daripada aktif dan berlakunya haid. Ini dapat mengurangkan masalah senggugut.

Alternatif yang lain, puan boleh mengambil pil penahan sakit yang kuat bagi mengurangkan sakit semasa haid. Sekiranya puan belum bersedia untuk hamil, pil perancang keluarga adalah yang paling sesuai.

Bagi masalah kesuburan, biasanya doktor akan memberi masa sehingga 12 bulan bagi pasangan yang masih muda sebelum mereka diberi bantuan untuk hamil. Sekiranya puan masih sukar hamil dalam masa enam bulan lagi, saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar. Salah satu daripada caranya adalah melakukan siasatan bagi mengetahui masalah kesuburan puan dan ini membabitkan prosedur laparaskopi.

Laparaskopi bertujuan untuk melihat keadaan saluran peranakan puan dan di samping itu kami juga mengambil kesempatan melihat punca-punca senggugut tadi.

Info: Senggugut

- Ada dua jenis iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.

- Senggugut primer berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid dan memang susah dicari puncanya.

- Senggugut sekunder pula biasanya mempunyai punca dan yang paling biasa disebabkan masalah endometrisis. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan semasa haid maka ia akan terus membesar dan merebak.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEKS TENGAH MALAM, SUAMI PUAS, ISTERI TERSEKSA

SERANGAN seks di tengah malam menjanjikan kenikmatan tersendiri bagi kaum lelaki. Ia bakal menghilangkan rasa penat dan memulihkan kembali stamina mereka. Tapi apakah isteri merasakan perkara yang sama?

Selalunya reaksi yang berbeza diterima oleh wanita. Permintaan seks di tengah malam dianggap sebagai gangguan selain langsung tidak punya mood untuk melakukannya. Perkara ini juga diakui oleh pakar seksologi, menurut mereka sensasi seks yang asyik pada tengah malam ini hanya dirasai oleh golongan suami.

Bagi sebahagian isteri tindakan suami ini dianggap pula sebagai beban kerana mampu menurunkan kadar kenikmatan bercinta. Menjelang tidur yakni jam 11.30 malam atau 12 tengah malam, bukan seks yang ada difikiran wanita, tapi bagaimana dia perlu bangun keesokan hari dan menyiapkan keperluan anak dan suami, bukan seks. Walau pun ada yang melayani suami, ia selalunya hanya sekadar kewajipan dan mereka tidak akan mengalami kenikmatan.

Sikap egois


Lelaki yang merasakan seks tengah malam lebih nikmat daripada waktu biasa sebenarnya menunjukkan sikap egois mereka. Sebabnya, hubungan yang dilakukan ketika ini belum tentu memberikan kepuasan kepada kedua belah pihak.

Namun sekiranya ingin menjadikan seks sentiasa dinikmati bersama maka suami harus mampu membangun komunikasi yang efektif. Ertinya, mereka tidak segan bertanya kepada isteri, waktu untuk seks yang disukainya. Perlu diketahui, tidak semua isteri menyenangi pilihan waktu seks suami. Sekiranya isteri senang mengadakan seks di pagi hari, maka lakukannya di pagi hari kerana pada masa tersebut isteri mungkin akan mudah mencapai orgasma.

Boleh menimbulkan konflik

Dalam pada itu kata pakar, wanita yang merasakan seks di tengah malam sebagai beban selalunya tergolong dalam isteri berkerjaya. Mereka ini sudah mempunyai rutin hidup yang tetap. Masuk tidur jam 11 malam dan bangun jam lima pagi untuk menyediakan sarapan, menyiapkan anak ke sekolah sebelum berangkat pergi bekerja jam 7 pagi.

Seandainya hubungan seks dilakukan jam 12 malam, maka waktu istirahat dan kualiti tidur mereka akan terjejas, secara automatik stamina juga menurun. Perkara ini boleh memberi kesan negatif kepada psikologi isteri.

Bagi isteri moden, mereka akan menolak hubungan seks seperti ini, kerana merasakan mereka tidak akan mendapat kenikmatan dan rutin hidup menjadi tidak teratur. Jika terpaksa dilakukan, permintaan seks di tengah malam oleh suami ini boleh saja menimbulkan konflik sekaligus menjejaskan keharmonian rumah tangga. Sebab itu amat disarankan, para isteri yang tidak menyenanginya meluahkan rasa hati agar suami dapat memahami.

Bagaimana pun biasanya, fenomena midnight attack terjadi pada pasangan suami isteri yang baru berkahwin, jarang sekali berlaku pada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Sebabnya wanita yang lebih berusia biasanya cenderung memilih waktu untuk hubungan seks, selain berani menolak. Sedangkan wanita muda takut menolak, bimbang dimarahi suami atau takut mereka akan berlaku curang.

Isteri perlu persediaan

Sebenarnya hubungan seks dengan pasangan bukan semudah membalik telapak tangan. Berhubungan seks memerlukan persiapan bukan terus menerjah. Bagi kaum wanita ghairah seks mereka tidak muncul semudah lelaki.

Justeru perkara ini harus difahami oleh suami. Oleh itu bagi memastikan isteri bersedia, tiada salahnya anda memberitahunya terlebih dahulu agenda seks yang diinginkan.

Selalunya apabila diberitahu, isteri akan mulai berfikir cara untuk memuaskan suami dan dia sendiri akan melakukan persiapan. Di situlah berahi isteri mulai naik. Tatkala suami pulang, isteri sudah dalam keadaan sedia untuk berhubungan seks dan selalunya mereka akan cepat mengalami kepuasan.

(Sumber Mingguan Wanita)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENGANTIN BARU TAKUT BERSENGGAMA DENGAN SUAMI (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA berkahwin selama hampir enam bulan, namun saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan suami.

Suami juga tidak memaksa saya untuk melakukan hubungan kelamin, tetapi saya selalu berasa bersalah. Untuk pengetahuan puan, kami pernah cuba untuk melakukan hubungan seks namun apabila waktu tusukan, saya menolak suami saya.

Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan rasa takut itu. Saya sentiasa rasa bersalah apabila tidak dapat melayan kehendak nafsu suami. Apakah yang harus saya lakukan?

Mira,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

KADANGKALA saya menerima pasangan dengan masalah sedemikian, malah ada beberapa pasangan yang sudah berkahwin selama lebih lima tahun.

Anda dinasihati berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan kaunseling awal. Pemeriksaan fizikal ke atas alat kelamin luaran sehingga ke selaput dara juga boleh dilakukan.

Lazimnya pemeriksaan dan penerangan menggunakan gambar rajah dapat membantu wanita memahami struktur anggota kelamin mereka dengan lebih mendalam dan berasa lebih yakin serta ‘berani’ melakukan hubungan seks.

Lazimnya wanita ini didapati tiada masalah fizikal, ia berpunca daripada kebimbangan atau ketakutan setelah mendengar cerita rakan atau saudara serta kepercayaan bahawa selaput dara mereka terlalu tebal dan seumpamanya.

Kebanyakan pasangan tidak memerlukan apa-apa ubatan selain gel pelincir, itupun untuk permulaan saja.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ASID LEMAK UNTUK WANITA HAMIL (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA merancang untuk kehamilan akan datang dan saya dicadangkan untuk memulakan pengambilan DHA tambahan harian. Perlukah saya mengamalkannya. Apa manfaatnya kepada saya dan bayi?

JAWAPAN

ASID
Dokosaheksanoik (DHA) dijumpai dengan jumlah yang banyak dalam otak dan sistem saraf. Memandangkan asid lemak omega-3 tidak dapat dihasilkan badan, diet yang kaya dengan omega-3 adalah penting untuk memastikan proses tumbesaran dan perkembangan yang baik.

Kajian mendapati DHA terkumpul dalam otak janin semasa kehamilan dan berterusan sepanjang beberapa tahun terawal kehidupan. Pengambilan DHA yang tinggi semasa kehamilan menjurus kepada tahap DHA yang lebih tinggi di kalangan bayi semasa kelahiran dan merangsang perkembangan kognitif, daya tumpuan, kualiti pergerakan dan ketajaman penglihatan dari peringkat bayi hingga usia persekolahan.

Pakar dari The International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) mengesyorkan wanita hamil dan menyusu mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Penyusuan ibu secara berterusan akan memindahkan LCP ibu kepada bayi melalui susu ibu. Dengan itu, para ibu seharusnya mengekalkan pengambilan DHA semasa tempoh penyusuan. Manakala wanita yang kekurangan DHA lebih berkecenderungan untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PANDUAN IBU HAMIL DI BULAN RAMADAN (SAKIT PUAN)

ADA di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.

Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.

Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.

Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.

Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.

Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.

Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.

Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.

Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

VIRUS HERPES KEKAL SEPANJANG HAYAT (SAKIT PUAN)

SOALAN

SAYA ingin tahu mengenai penyakit herpes. Selain jangkitannya menerusi persetubuhan, apa punca lain seseorang mendapat jangkitan penyakit berkenaan?

Maksudnya, jika pasangan yang sudah berkahwin tidak pernah menghidap penyakit ini sebelumnya, tetapi mengalaminya setelah bersetubuh, walhal sebelum itu kedua-duanya tidak pernah mengadakan persetubuhan dengan orang lain, bagaimana penyakit ini boleh dijangkiti?

Harap doktor dapat memberi penjelasan terperinci.

Afi,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

SEBELUM saya menjawab soalan anda dengan lebih lanjut, anda perlu faham bahawa terdapat beberapa jenis penyakit herpes.

Selain itu, seseorang itu perlu dipastikan sama ada dia benar-benar mengalami jangkitan herpes, lebih-lebih lagi sekiranya ia herpes yang berkait dengan jangkitan kelamin. Ini kerana ia boleh membawa implikasi tuduh-menuduh dan kesan negatif terhadap hubungan atau kepercayaan pasangan.

Di samping itu, terdapat kesan atau ciri-ciri penyakit yang menyerupai herpes kelamin, tetapi apabila dijalankan ujian lanjutan atau pengesahan, ia bukannya begitu.

Herpes disebabkan oleh sekelompok virus. Terdapat beberapa jenis virus dalam kelompok herpes, antaranya adalah jenis virus herpes simplex jenis 1 (HSV type 1), virus herpes simplex jenis 2 (HSV type 2), virus herpes zoster (VZV) iaitu virus penyebab penyakit campak dan kayap, virus cytomegalo (CMV) dan virus Epstein-Barr (EBV) .

Herpes yang membabitkan kawasan kemaluan dinamakan herpes genital dan disebabkan oleh virus herpes simplex sama ada HSV jenis 1 atau HSV jenis 2. Ia lazimnya dijangkiti melalui hubungan seks sama ada jenis oral-vaginal, oral-zakar, penis-vaginal atau di luar tabii (anal). Ini termasuk jika menggunakan alat bantuan seks secara berkongsi.

Walaupun HSV jenis 2 yang lebih kerap menjadi penyebab penyakit herpes genital, virus HSV jenis 1 juga mungkin menyebabkan penyakit di kawasan yang sama.

Sekiranya pasangan sudah dijangkiti virus HSV (melalui sentuhan pada rekahan kulit-ke-kulit atau kulit-ke-membran mukosa genital dan mulut), mana-mana jenis hubungan di atas boleh menjadi punca dia menjangkiti genital pasangannya, bergantung kepada kawasan sentuhan berlaku, lazimnya kawasan genital, muka atau tangan.

Herpes genital boleh menyebabkan simptom seperti biji berair pada kawasan kemaluan yang kemudiannya pecah dan menyebabkan ulser pedih.

Namun sebenarnya ramai yang mendapat jangkitan herpes tanpa mengalami apa-apa simptom dan menjangkiti orang lain tanpa disedari.

Ia jarang menyebabkan kesan serius kepada orang dewasa contohnya kerosakan hati.

Apabila masuk, virus HSV ini akan kekal di dalam tubuh untuk selama hayat secara pasif atau dorman di ganglion saraf berhampiran (bukannya di dalam aliran darah) dan boleh aktif semula dan menyebabkan rasa sakit atau pedih. Ia juga boleh menimbulkan ruam pada kawasan kulit yang dibekalkan deria oleh saraf itu.

Ujian darah serologi boleh menunjukkan kehadiran antibodi (imuno-globulin G) dalam nilai tertentu sama ada terhadap HSV jenis 1 atau HSV jenis 2. Ujian mengesat menggunakan kapas (swab) ke atas cecair atau ulser terbabit pula boleh diuji untuk kehadiran virus itu sendiri secara kultur atau teknik PCR tetapi ia jauh lebih mahal.

Kesimpulannya:

- Herpes genital disebabkan oleh satu daripada kelompok virus herpes iaitu HSV.

- Herpes genital lebih lazim disebabkan oleh HSV jenis 2, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh HSV jenis 1.

- Membran mukosa bahagian genital seseorang itu boleh dijangkiti HSV berkenaan melalui sentuhan oleh bahagian pasangannya yang mengandungi virus itu sama ada pada mulut, tangan atau kemaluannya.

Setelah dijangkiti, seseorang itu tidak boleh menjangkiti semula virus HSV jenis itu kepada pasangannya, kecuali jika ia daripada jenis HSV yang lagi satu (terdapat jenis HSV 1 atau 2).

- Sekiranya pasangannya itu mempunyai penyakit herpes pada bahagian genitalnya juga, berkemungkinan herpes genital yang dialami pasangannya itu disebabkan oleh sentuhan pada genitalnya oleh orang lain yang lazimnya melalui hubungan seksual sama ada dari bahagian oral, zakar, vagina, dubur atau rekahan kulit yang sedang aktif dijangkiti.

- Ramai yang mempunyai antibodi herpes simplex tanpa menyedari pernah mengalami apa-apa simptom jangkitan dahulunya kerana jangkitan HSV boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa simptom.

Sekiranya benar jangkitan herpes genital terbabit berpunca daripada hubungan seksual pasangan dengan orang lain, eloklah jika kedua-dua pasangan ini menjalani ujian lain yang juga berkait dengan penyakit jangkitan seksual seperti VDRL, Chlamydia, gonorea, HIV dan seumpamanya.

Eloklah kita mengamalkan hubungan seks dengan seorang pasangan saja, sentiasa menjaga kebersihan anggota yang kerap bersentuhan seperti tangan atau muka, menjalani ujian berkaitan yang diperlukan dan mendapatkan rawatan sekiranya ia berlaku.

Satu lagi fakta penting adalah memandangkan herpes genital pada wanita hamil (lebih kepada herpes aktif dalam trimester ketiga kehamilannya) boleh menyebabkan kesan serius kepada bayi yang akan dilahirkannya (jangkitan berlaku sewaktu kelahiran), wanita hamil yang mengalami jangkitan herpes genital pertama kali waktu itu (menghampiri kelahiran) lazimnya dinasihatkan bersalin secara pembedahan Caesarean.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme