SOALAN
SAYA merancang untuk kehamilan akan datang dan saya dicadangkan untuk memulakan pengambilan DHA tambahan harian. Perlukah saya mengamalkannya. Apa manfaatnya kepada saya dan bayi?
JAWAPAN
ASID Dokosaheksanoik (DHA) dijumpai dengan jumlah yang banyak dalam otak dan sistem saraf. Memandangkan asid lemak omega-3 tidak dapat dihasilkan badan, diet yang kaya dengan omega-3 adalah penting untuk memastikan proses tumbesaran dan perkembangan yang baik.
Kajian mendapati DHA terkumpul dalam otak janin semasa kehamilan dan berterusan sepanjang beberapa tahun terawal kehidupan. Pengambilan DHA yang tinggi semasa kehamilan menjurus kepada tahap DHA yang lebih tinggi di kalangan bayi semasa kelahiran dan merangsang perkembangan kognitif, daya tumpuan, kualiti pergerakan dan ketajaman penglihatan dari peringkat bayi hingga usia persekolahan.
Pakar dari The International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) mengesyorkan wanita hamil dan menyusu mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Penyusuan ibu secara berterusan akan memindahkan LCP ibu kepada bayi melalui susu ibu. Dengan itu, para ibu seharusnya mengekalkan pengambilan DHA semasa tempoh penyusuan. Manakala wanita yang kekurangan DHA lebih berkecenderungan untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.
(Sumber Utusan Malaysia)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan