Label

SEKS TENGAH MALAM, SUAMI PUAS, ISTERI TERSEKSA

SERANGAN seks di tengah malam menjanjikan kenikmatan tersendiri bagi kaum lelaki. Ia bakal menghilangkan rasa penat dan memulihkan kembali stamina mereka. Tapi apakah isteri merasakan perkara yang sama?

Selalunya reaksi yang berbeza diterima oleh wanita. Permintaan seks di tengah malam dianggap sebagai gangguan selain langsung tidak punya mood untuk melakukannya. Perkara ini juga diakui oleh pakar seksologi, menurut mereka sensasi seks yang asyik pada tengah malam ini hanya dirasai oleh golongan suami.

Bagi sebahagian isteri tindakan suami ini dianggap pula sebagai beban kerana mampu menurunkan kadar kenikmatan bercinta. Menjelang tidur yakni jam 11.30 malam atau 12 tengah malam, bukan seks yang ada difikiran wanita, tapi bagaimana dia perlu bangun keesokan hari dan menyiapkan keperluan anak dan suami, bukan seks. Walau pun ada yang melayani suami, ia selalunya hanya sekadar kewajipan dan mereka tidak akan mengalami kenikmatan.

Sikap egois


Lelaki yang merasakan seks tengah malam lebih nikmat daripada waktu biasa sebenarnya menunjukkan sikap egois mereka. Sebabnya, hubungan yang dilakukan ketika ini belum tentu memberikan kepuasan kepada kedua belah pihak.

Namun sekiranya ingin menjadikan seks sentiasa dinikmati bersama maka suami harus mampu membangun komunikasi yang efektif. Ertinya, mereka tidak segan bertanya kepada isteri, waktu untuk seks yang disukainya. Perlu diketahui, tidak semua isteri menyenangi pilihan waktu seks suami. Sekiranya isteri senang mengadakan seks di pagi hari, maka lakukannya di pagi hari kerana pada masa tersebut isteri mungkin akan mudah mencapai orgasma.

Boleh menimbulkan konflik

Dalam pada itu kata pakar, wanita yang merasakan seks di tengah malam sebagai beban selalunya tergolong dalam isteri berkerjaya. Mereka ini sudah mempunyai rutin hidup yang tetap. Masuk tidur jam 11 malam dan bangun jam lima pagi untuk menyediakan sarapan, menyiapkan anak ke sekolah sebelum berangkat pergi bekerja jam 7 pagi.

Seandainya hubungan seks dilakukan jam 12 malam, maka waktu istirahat dan kualiti tidur mereka akan terjejas, secara automatik stamina juga menurun. Perkara ini boleh memberi kesan negatif kepada psikologi isteri.

Bagi isteri moden, mereka akan menolak hubungan seks seperti ini, kerana merasakan mereka tidak akan mendapat kenikmatan dan rutin hidup menjadi tidak teratur. Jika terpaksa dilakukan, permintaan seks di tengah malam oleh suami ini boleh saja menimbulkan konflik sekaligus menjejaskan keharmonian rumah tangga. Sebab itu amat disarankan, para isteri yang tidak menyenanginya meluahkan rasa hati agar suami dapat memahami.

Bagaimana pun biasanya, fenomena midnight attack terjadi pada pasangan suami isteri yang baru berkahwin, jarang sekali berlaku pada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Sebabnya wanita yang lebih berusia biasanya cenderung memilih waktu untuk hubungan seks, selain berani menolak. Sedangkan wanita muda takut menolak, bimbang dimarahi suami atau takut mereka akan berlaku curang.

Isteri perlu persediaan

Sebenarnya hubungan seks dengan pasangan bukan semudah membalik telapak tangan. Berhubungan seks memerlukan persiapan bukan terus menerjah. Bagi kaum wanita ghairah seks mereka tidak muncul semudah lelaki.

Justeru perkara ini harus difahami oleh suami. Oleh itu bagi memastikan isteri bersedia, tiada salahnya anda memberitahunya terlebih dahulu agenda seks yang diinginkan.

Selalunya apabila diberitahu, isteri akan mulai berfikir cara untuk memuaskan suami dan dia sendiri akan melakukan persiapan. Di situlah berahi isteri mulai naik. Tatkala suami pulang, isteri sudah dalam keadaan sedia untuk berhubungan seks dan selalunya mereka akan cepat mengalami kepuasan.

(Sumber Mingguan Wanita)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Asalammualaikum. sy telah berkawin hampir setahun dan belum dikurniakan chya mata. ttpi suami sering melakukan hubungan di dubur. bolehkan terjadi kehamilan jika suami melepaskan air mani didalam dubur? apkah kesannya?

    BalasPadam